|
Restoran Adily Meru, Ipoh |
|
Restoran Adily Meru, Ipoh |
Tempat makan tengahari yang meletup sedap di Meru, Ipoh, korang boleh cuba di Restoran Adily Meru. Restoran ni terletak sebelah jalan yang nak menuju ke Chemor. Kira cam senpadan Meru-Chemor la... Kalau nak di ikutkan alamat Restoran Adily Meru ni adalah dalam kawasan Chemor. Alamat: Restoran Adily, A1, Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak.
Makanan tengahari di Restoran Adily ni punya la banyak. Banyak pilihan makanan untuk korang pilih. Menu di sini menawarkan lebih 100 pilihan menu tengahari. Menu special di sini adalah gulai kawah, kurma kambing (kawah) dan sup tulang (kawah). Masakan ala kampung, aneka ikan bakar, hidangan sayur, ulam-ulaman, ABC, air kelapa muda dan banyak lagi lah....
Jadi tak hairan la restoran Adily ni menjadi tumpuan orang ramai untuk makan tengahari di sini. Kawasan parking pun ada luas dan selesa. takde la nak parking bersepah sangat nanti.
|
ruang makan yang luas dah selesa |
Restoran Adily ni beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat. Jumaat tutup.
Gambar-gambar dibawah ni adalah gambar yang aku sempat snap sekitar restoran Adily ni.
|
ni makanan tengahari aku |
|
antara lauk pauk yang ada...... |
|
ulam-ulaman |
|
lauk pauk |
|
ikan bakar, keli bakar |
|
ayam goreng |
|
lauk lagi.... |
Kepada yang berada di Ipoh, tengah mencari-cari tempat makan tengahari sempoi, boleh la datang ke restoran Adily Meru ni. Sebagai panduan korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan.
gps koordinat : 4°41'57.4"N 101°05'11.7"E atau 4.699267, 101.086570
No comments:
Post a Comment