|
Restoran Haji Ramli Pantai Cenang Langkawi |
|
ikan-ikan segar, boleh pilih sendiri untuk dimasak |
Restoran Haji Ramli terletak di kawasan paling mendapat tumpuan pelancong di Langkawi iaitu di Pantai Cenang. Agak sibuk di Pantai Cenang terutamanya pada waktu malam. Banyak restoran-restoran di sepanjang Pantai Cenang ni. Risau gak nak masuk sebarangan restoran, takut makanan tak halal. Tapi restoran Haji Ramli ni menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong.
Restoran haji Ramli ni macam restoran nelayan la. Banyak menu yang korang boleh pilih dan juga ikan, sotong, ketam dan lain-lain makanan laut boleh pilih sendiri yang segar-segar.
Ikan yang segar-segar ni korang boleh pilih nak masak macam mana pun. Nak bakar pun boleh. So, aku pilih ikan siakap. Biasanya aku minta untuk masak tiga rasa, tapi kali ni aku minta diorang bakar ikan siakap tu. Sotong goreng tepung memang wajib ada la...yang tu memang feveret aku....yang lain-lain tu aku order samping sebagai pelengkap selera.
|
Ikan siakap Bakar (tak letak sambal, kalau sambal lagi sedap) |
|
sotong goreng tepung |
|
tomyam |
|
sayur kailan ikan masin |
|
telur dadar |
Kepada yang nak makan malam di restoran Haji Ramli ni, boleh la datang ke Pantai Cenang, Langkawi. Bagi yang tak biasa dengan Langkawi, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai pnduan dan rujukan korang.
gps koordinat : 6°17'47.0"N 99°43'24.8"E atau 6.296396, 99.723546
No comments:
Post a Comment