Gerai makan dekai Nilai 3,Negeri Sembilan... isi perut sebelum shopping

Antara menu di Bundle Cafe, Nilai 3

Bundle Cafe
Kalau para suami-suami tak tahu Nilai 3 tu apa benda sebenarnya, korang boleh tanya isteri-isteri korang...or yang tak kawin lagi tu boleh tanya aweks korang... takde aweks tanya mak korang.... Akun boleh jamin 90% tahu Nilai 3 nih... Nilai 3 ni tempat nak shopping barang-barang rumah yer abang-abang.... Paling banyak yang aku nampak ada di sini, karpet ler..... bertimbun-timbun karpet ada di sini. Ada satu kedai yang terlajak banyaknya karpet. Boleh tengok dalam posting aku berkenanan kedai tu.
Tengah-tengah  Nilai 3 tu ada gerai makan, kalau-kalau korang nak makan kan... Bagi orang luar yang tak tahu gerai yang jauh-jauh sikit dari Nilai 3 ni, boleh la datang sikit. Ada nasi campur, ada nasi ayam dan ada juga sup-sup.
soto

satu lagi gerai bertentangan dengan bundle cafe
GPS koordinat :  2°51'11.7"N 101°48'16.9"E atau 2.853258, 101.804698

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

ada coconut shake biasa, special dan double special
Sampai Melaka, jangan lupa cari coconut shake. Salah satu yang famous, ada di Batu Berendam. Coconut shake Batu Berendam.
Nak beli coconut shake Batu Berendam ni, kena beratur panjang gak ler... tapi masa aku datang ni, maybe waktu pagi lagi, so tak ramai sangat la.
Coconut Shake Batu Berendam ni ada tiga pilihan iaitu coconut shake biasa, coconut shake special dan coconut shake double special.
Diorang buka setiap hari dari Isnin hingga Ahad. Cuba waktu perniagaan hari Ahad, dari 9.30 pagi hingga 4.00 petang manakala hari lain bermula dari 9.30 pagi hingga la 10.30 malam.
Laluan hadapan gerai ni agak sibuk sikit la. Parking biasanya akan dikawal oleh anggota RELA.
coconut shake in progress

senarai harga coconut shake

buah kelapa ready to buat coconut shake
Memang sedap la coconut shake ni, korang kena pilih yang special sebab special ada ais krim. Terbaik la... Lagi satu, korang boleh gak nak beli kuih keria gula melaka Batu Berendam. Keria ni pun makanan famous di Melaka ni. Kalau rajin boleh pergi cari keria antarabangsa. Kalau mals nak pergi situ, yang sini pun ok jugak. Sambil beli coconut shake, boleh makan sekali kuih keria ni...
gerai jual kuih keria gula melaka Batu Berendam

Kuih keria
Kepada yang nak mencari coconut shake dan keria Batu Berendam ni, aku sediakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan jalan ke sini.
gps koordinat : 2°15'06.5"N 102°15'13.8"E atau 2.251807, 102.253838

Ayam Tandoori dan Roti Nan di Restoran Pak Putra, Melaka

Restoran Pak Putra, Melaka
Restoran Pak Putra ni terletak di Jalan Kota Laksamana, Melaka. Tak jauh dari pusat bandar Melaka. Dekat restoran ni, orang datang nak makan roti nan, ayam tandoori. Restoran ni ala-ala North Indian & Pakistan Cuisine.
Antara menu popular adalah plain nan, onion nan, cheese nan, plnata nan, butter nan dan banyak lagi la.... makan bersama-sama ayam tandoori.
Menu lain yang ada selain roti nan ayam tandoori ni, diorang juga ada menu vegeterian... Tapi biasanya orang cari roti nan ayam tandoori jer... Nak datang, datang petang-petang sikit ek..
ayam tandoori

roti nan

kentang dimakan bersama roti nan
Nampak sedap kan? Nak tau sedap ke tak, kena la datang dan cuba sendiri. Boleh tengok antara menu-menu yang ada seperti gambar di bawah ni:

buku menu
menu
 Sebagai rujukan lokasi restoran Pak Putra ni, aku sertakan gps koordinat dan juga google map sebagai rujukan pencarian korang jika nak datang ke sini.
gps koordinat : 2°11'42.3"N 102°14'37.2"E atau 2.195083, 102.243674

Asam Pedas Selera Kampung di Bandar Melaka

Asam Pedas Selera Kampung, Melaka

Dalam restoran Asam Pedas Selera Kampung
Melaka memang terkenal dengan asam pedas. So kalau dah sampai melaka, jangan hairan pulak bila hampir semua restoran ada asam pedas..... macam korang pergi Kedah la, mana ada asam pedas, semua restoran mesti ada gulai.
Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka, dekat-dekat dengan Dataran Pahlawan semua tu. 
Parking agak mencabar jugak lah. Ikut nasib korang la. Masa aku datang ada dua kali juga la memusing, last-last dapat parking betul-betul depan restoran Asam Pedas Selera Kampung ni.
Berbalik kepada menu asam pedas, ada banyak juga la masakan asam pedas di sini, aku cuma sempat nak merasa asam pedas ikan kembong dan asam pedas ikan pari....
Menu lain yang aku rasa sedap adalah masak lemak daging salai. Sedap arrr bagi aku.... Sebab dari review yang aku baca dari blog-blog, diorang cakap masak lemak pun sedap jugak... tu yang aku nak try tu...
Untuk pengetahuan korang juga Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni juga selalu diterjah oleh blog-blog femes, Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan program-program makan yang lain.
asam pedas ikan pari

asam pedas ikan kembong

masak lemak daging salai

ayam goreng

sayur
Kepada yang nak datang sini, restoran Asam Pedas Selera Kampung ni terletak di alamat Jalan PM3, Mahkota Aquare Bandar Hilir, 75000 Melaka. Boleh guna gps dan google map seperti di bawah ni.

gps koordinat : 2°11'23.5"N 102°14'51.5"E atau  2.189853, 102.247633

Kota A Famosa dan sekitarnya....jalan-jalan cuci mata Melaka.

Kota A Famosa, Melaka
Melaka Bandar Bersejarah. Di Melaka memang banyak tempat bersejarah yang boleh kita lawati. Sejarah tanah melayu banyak bermula dari zaman kesultanan melayu melaka. Tapi yang peliknya sekarang Melaka takde sultan pun....
Tempat yang femes setiap kali orang datang Melaka adalah Kota A Famosa, kota tinggalan penjajah yang menjadi bukti sejarah tamadun Melaka. 
Bahagian atas bukit, Kota A Famosa
Kota A Famosa ni sebahagian je tempat menarik di sini. Disekitar kawasan Kota A Famosa ni, banyak lagi tempat menarik yang korang boleh enjoy. Banyak juga muzium-muzium yang ada di kawasan ni. Nak pergi semua kena datang awal pagi la....aku pun tak lempat nak layan semua sekali muzium di kawasan ni.
kereta kuda
Dekat sini juga korang boleh enjoy naik beca dan kereta kuda. Pusing-pusing dalam kawasan tu jugak. Dataran pahlawan pun dekat area ni jugak...so kalau rasa dah panas berpeluh-peluh kat tengaha panas, boleh lepak dalam komplek dataran pahlawan ni plak...boleh shopping apa yang patut....cincaluk ke, gula melaka ke.....
Muzium kapal
Dalam banyak-bnayak muzium, muzium kapal ni aku rasa cam rare sikit la dari muzium lain... sebab muzium tu pun dah bentuk kapal zaman dulu-dulu.... Kalau rasa nak tengok view bandar Melaka dari pandangan atas, korang boleh cuba naik menara tamingsari....
menara tamingsari
Banyak lagi la tempat menarik di sekitar A Famosa ni... tak sempat aku round semuanya... Kalau korang datang, wajib round sampai habis. Masalah nak datang sini, waktu cuti sekolah ke, perayaan ke, adalah masalah nak cari parking....memang mencabar...bab ni korang kena bertabah la sikit.. Kalau nasib korang baik, boleh terus dapat parking.....Sebab tu la kalau korang dah dapat parking, stay je parking kat situ....nak pergi round-round situ, jalan kaki jer....
Dalam blog ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan lokasi untuk korang, jika korang nak datang sini.
gps koordinat : 2°11'30.5"N 102°15'01.3"E atau 2.191803, 102.250366

Makan malam di Restoran Ikan Bakar Parameswara, Umbai, Melaka

Ikan Bakar Parameswara, Umbai, Melaka

penuh dengan manusia, pening aku tengok....
Kalau korang kat Melaka, nak cari tempat makan malam yang sempoi dan femes, boleh la cuba di restoran Ikan Bakar Parameswara di Umbai, Melaka. Masa aku datang ni waktu cuti sekolah, jadi penuh la dengan manusia yang datang ke sini. Waktu ramai macam ni, kalau nak datang kena tempah meja dulu..... tempah meja je ek, bukan sekali order makanan. Makanan order bila dah sampai. Kalau datang hari biasa, tak payah la nak tempah-tempah. Kawasan restoran sangat luas dan bila ramai orang dah rasa macam pergi kenduri/kerja kawin la pulak. Restoran ni buka start pukul 5 petang hingga malam. Tutup pada hari Isnin.
Kawasan yang pun ok, agak luas dan selesa la untuk parking. Kalau korang datang waktu petang, boleh la makan sambil layan angin laut, sebab ikan bakar parameswara ni duduk kat sebelah laut jer.... diorang siap buat laluan titi di celah-celah pokok bakau untuk pengunjung nak rilek-relik.
kawasan parking restoran ikan bakar parameswara

kawasan hutan bakau sebelah dengan ikan bakar parameswara.
Jadi, bila dah sampai, terus pergi beratur untuk pilih ikan or seafood yang di masak ikut pilihan menu yang kita nak. Ada banyak pilihan seafood yang fresh-fresh. So, nak di pendek cerita, pilihan-pilihan menu yang aku makan tu, boleh tengok gambar seperti di bawah ni.
mula-mula pilih ikan dulu, ikan fresh....

udang goreng butter

sotong goreng tepung

ikan cencaru bakar

kailan ikan masin

tomyam

siakap tiga rasa (dah nak tinggal tulang dah ni)

nasi lemak, boleh makan dengan ikan bakar
Begitu la ceritanya......harga macam mana? boleh tahan la....korang boleh check harga dalam gambar di bawah ni.
senarai harga ikut saiz
Kepada yang nak datang ke Restoran Ikan Bakar Parameswara ni, ianya terletak di Umbai, Melaka. Bagi yang tak biasa dengan tempat ni, aku sertakan gps koordinat dan juga google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang. Selamat menjamu selera.
gps koordinat : 2°09'21.7"N 102°20'10.1"E atau 2.156025, 102.336129

Sate Kajang Haji Samuri, Hentian Rehat (RNR) Sungai Buloh (restoran jejantas)

Sate Kajang Haji Samuri, RNR Sungai Buloh
Kalau korang singgah rnr Sungai Buloh, jangan lupa untuk makan Sate Kajang Haji Samuri di sini. Yang ni cawangan diorang la...Yang betul-betul restoran ada di Kajang. Dah banyak dah cawangan diorang ni...kualiti masih dijaga...siap ada kilang memproses sate...Korang boleh layan TV mengenai sejarah sate kajang Haji Samuri ni yang dioarang paparkan..
Sate Kajang
Boleh lah jer datang makan sate kajang ni....
gps koordinat : 3°11'20.9"N 101°35'11.9"E atau 3.189151, 101.586639

Sedapnya makan seafood yang fresh di Medan Selera Ikan Bakar, Jeti Kuala Perlis

Medan Selera Ikan Bakar, Jeti Kuala Perlis

gerai makan dari hujung ke hujung semuanya sedap-sedap
Kalau korang jalan-jalan di Negeri Perlis ni, tak lengkap kalau tak singgah makan di Medan Selera Ikan Bakar yang dekat dengan Jeti Kuala Perlis. Jeti ni untuk sapa-sapa yang nak pergi ke Pulau Langkawi.
Korang jangan imagine medan selera ni macam yang dekat tesco ke, mydin ke...bukan macam tu.....
Medan selera ni semua gerai makan dari hujung ke hujung menyediakan makanan yang seafood sedap-sedap belaka. Banyak gerai ek...bukan ada satu jer..
Ikan-ikan, ketam, udang, sotong, siput, kepah semuanya fresh-fresh dan boleh pilih sendiri yang mana korang suka sebelum dimasak. Medan Selera ni start buka petang sampai ke malam. Kalau korang datang petang-petang sikit, boleh tengok sunset sambil-sambil makan. Sebabnya sebelah medan selera ni, laut..... so memang dapat tengok permandangan sunset yang cantik la.... Sempat gak lagi aku snap sekeping dua sunset tu.
sambil makan, sambil tengok sunset
Masuk-masuk je dalam medan selera tu, dan lalu jer depan gerai diorang, terus diorang promote kat korang gerai diorang....korang boleh jalan-jalan la dulu sampai ke hujung.. cuci mata dulu kan, pastu korang pilih la mana yang korang suka. Aku penah pergi dua tiga kali di sini, lain-lain gerai...sedap semuanya... Kali ni aku singgah di gerai yang hujung sikit...
ni gerai yang aku terjah
 Menu aku yang aku order di sini adalah siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, sup sayur, telur dadar, petai bakar dan ulam.
Dah order masak siakap tiga rasa, tetiba tukar fikiran nak minta suruh bakar....tapi dah terlewat semint, tak sempat suruh tukar diorang dah nak start masak....so maintain je la siakap tiga rasa tu.
ikan, udang, sotong, ketam dan lain-lain...boleh pilih sendiri
Tapi sedap gak la siakap tiga rasa tu...kuah pun sempoi. Sotong goreng tepung pulak, memang wajib kena order kalau datang sini...memang terbaik! sedap betul sotong goreng tepun tu... So, gambar-gambar kat bawah ni, adalah menu makan petang aku yang ohsem sambil tengok sunset.....terbaikkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!
siakap tiga rasa

sotong goreng tepung

sup sayur

petai bakar

telur dadar

ulam

sambal
Kepada yang nak datang ke sini, korang cari jer, Jeti Kuala Perlis. Medan Selera Ikan Bakar ni dekat-dekat je dengan masjid terapung dan hotel Putra Brasmana. Aku sertakan sekali di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 6°23'44.0"N 100°07'42.2"E atau 6.395548, 100.128389