|
pintu masuk ke Kota Kuala Kedah |
|
rumah api yang terdapat dalam kawasan Kota Kuala Kedah |
Kota ini dikenali sebagai "Kota Kuala Bahang" yang terletak di Kuala Sungai Kedah kira-kira 12 kilometer dari bandar Alor Setar. Kota ini merupakan benteng pertahanan melayu yang tertua di utara Malaysia. Pada mulanya Kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh. Pembinaannya mendapat bantuan dari pihak Portugis, iaitu semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah (1602 - 1620), yang memerintah kota Seputeh. Kota ini pernah dimusnahkan oleh armada Acheh pada tahun 1619 dan Portugis telah diusir keluar dari sini. Setelah diperbaiki, sekali lagi kote ini telah dimusnahkan oleh armada Buhis (1770).
Semasa pemerintahan Sultan Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-20 (1778 - 1797), baginda mengarahkan agar kota ini dibina semula (1780 - 1782) seperti dalam pelan atau kedudukannya yang ada sekarang. Hafiz Sab, seorang arkitek menjawat jawatan sebagai maharaja Kadhi telah mengetuai pembinaan semula kota ini dengan menggunakan buruh-buruh dari India.
Kota ini dikelilingi dengan merian yang dibeli dari belanda dan British. Di dalamnya telah didirikan sebuah istana. Disamping menjadikan sebagai pusat pertahanan, kota ini juga menjadi pusat pentadbiran semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804 -1845). Semasa pemerintahan baginda, kota ini telah diserang dan dimusnahkan oleh armada Siam pada 12 November 1841. Kota ini kemudiannya diduduki oleh tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Kota Kuala Kedah telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 31.08.1978.
|
Muzium Kota Kuala Kedah terletak di tengah-tengah Kota |
|
tapak istana yang dirobohkan |
|
meriam lama |
|
meriam belanda |
Meriam Belanda ini merupakan meriam benteng yang diperbuat daripada besi. Pada bahagian atas bibir mulutnya, tertulis perkataan 'AKER 1849' Pada awal tahun 1900, meriam ini diletakkan diperkarangan Istana Kota Pumpong dan dianggarkan berusia 155 tahun.
|
peluru meriam |
Galeri gambar-gambar lagi sekitar Kota dan dalam muzium boleh tengok seperti dibawah. Tapi kalau nak feel lagi berkenaan dengan Kota Kuala Kedah ni, kena datang sendiri ke tempat ni.
Lokasi secara spesifik Kota Kuala Kedah ni, boleh la rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah ni.
gps koordinat : 6°06'30.8"N 100°17'11.1"E atau 6.108541, 100.286428