Restoran Bangkok Station tepi station minyak petron

restoran Bangkok Station
Restoran Bangkok Station ni bersebelahan dengan station minyak petron di Jalan Permatang Batu yang menuju ke Bukit Mertajam. Bangkok Station ni juga ada satu lagi restoran yang terletak di Bandar Perda. Boleh klik SINI untuk tengok Bangkok Station yang di Bandar Perda tu.
Tempat makan yang cantik dan unik dalam Bangkok Station
Restoran yang di sebelah Petron ni nampak cantik seolah-olah restoran eklusif untuk orang kaya-raya je..hahahahaha... Tapi sebenarnya bukan la macam tu, cuma kalau korang masuk feel dia lain macam sikit la...
Biasalah menu di sini, dah nama restoran pun Bangkok Station, menu pun semuanya ala-thai dan sedap-sedap belaka.
Untuk santapan aku kali ni di sini, aku order yang set A. Dalam set A tu ada ikan stim limau, tapi aku tukar ke siakap tiga rasa. Kemudian tomyam campur, daging goreng, kailan ikan masin, otak-otak seafood, telur dadar dan nasi untuk 5 orang makan. Aku tambah ayam goreng kunyit dengan fries untuk anak aku.
Set menu Bangkok Station

Siakap tiga rasa

otak-otak seafood

tomyam campur

kailan ikan masin

daging goreng

telur dadar

somtam

ayam goreng kunyit

french fries
Kepada yang nak datang Bangkok station ni, waktu operasi Isnin hingga Khamis bermula 12 tengahari - tengah malam. Jumaat dan Sabtu, 12 tengahari - 1 pagi dan Ahad bermula dari  5 petang - 1 pagi. Aku juga sertakan google map dan gps koordinat sebagai panduan dan rujukan korang.

gps koordinat : 5°21'53.1"N 100°25'45.2"E atau 5.364756, 100.429223

Kota Kuala Kedah, tinggalan bersejarah untuk tatap generasi muda

pintu masuk ke Kota Kuala Kedah
rumah api yang terdapat dalam kawasan Kota Kuala Kedah
 Kota ini dikenali sebagai "Kota Kuala Bahang" yang terletak di Kuala Sungai Kedah kira-kira 12 kilometer dari bandar Alor Setar. Kota ini merupakan benteng pertahanan melayu yang tertua di utara Malaysia. Pada mulanya Kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh. Pembinaannya mendapat bantuan dari pihak Portugis, iaitu semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah (1602 - 1620), yang memerintah kota Seputeh. Kota ini pernah dimusnahkan oleh armada Acheh pada tahun 1619 dan Portugis telah diusir keluar dari sini. Setelah diperbaiki, sekali lagi kote ini telah dimusnahkan oleh armada Buhis (1770).
Semasa pemerintahan Sultan Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-20 (1778 - 1797), baginda mengarahkan agar kota ini dibina semula (1780 - 1782) seperti dalam pelan atau kedudukannya yang ada sekarang. Hafiz Sab, seorang arkitek menjawat jawatan sebagai maharaja Kadhi telah mengetuai pembinaan semula kota ini dengan menggunakan buruh-buruh dari India.
Kota ini dikelilingi dengan merian yang dibeli dari belanda dan British. Di dalamnya telah didirikan sebuah istana. Disamping menjadikan sebagai pusat pertahanan, kota ini juga menjadi pusat pentadbiran semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804 -1845). Semasa pemerintahan baginda, kota ini telah diserang dan dimusnahkan oleh armada Siam pada 12 November 1841. Kota ini kemudiannya diduduki oleh tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Kota Kuala Kedah telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 31.08.1978.
Muzium Kota Kuala Kedah terletak di tengah-tengah Kota

tapak istana yang dirobohkan

meriam lama

meriam belanda
Meriam Belanda ini merupakan meriam benteng yang diperbuat daripada besi. Pada bahagian atas bibir mulutnya, tertulis perkataan 'AKER 1849' Pada awal tahun 1900, meriam ini diletakkan diperkarangan Istana Kota Pumpong dan dianggarkan berusia 155 tahun.
peluru meriam
Galeri gambar-gambar lagi sekitar Kota dan dalam muzium boleh tengok seperti dibawah. Tapi kalau nak feel lagi berkenaan dengan Kota Kuala Kedah ni, kena datang sendiri ke tempat ni.

Lokasi secara spesifik Kota Kuala Kedah ni, boleh la rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah ni.


gps koordinat : 6°06'30.8"N 100°17'11.1"E atau 6.108541, 100.286428


Peminat Sushi, boleh makan Sushi di Sushi King, Sunway Carnival Mall Seberang Jaya

Sushi King Sunway Carnival Mall Seberang Jaya

deretan sushi yang bergerak terus ke meja korang
Para peminat-peminat makanan Jepun a.k.a sushi yang berada di Sekitar Seberang Jaya Pulau Pinang, korang boleh singgah di Sushi King yang terletak dalam Sunway Carnival Mall. Tingkat berapa aku tak ingat, tapi dah masuk situ, korang pusing-pusing mesti jumpa punya la.....
Masuk je dalam sushi king tu, korang duduk je kat meja boleh terus pilih sushi mana yang korang nak yang lalu depan meja korang....kalau takde kat situ, boleh order secara berasingan. Sebab kadang-kadang sushi yang korang suka tu dah habis atas rail yang dok bawa sushi ke hulu-kehilir tu.
Aku bab-bab sushi nak tak berapa minat sangat. Aku tak tahu pun nama-nama setiap sushi tu. Ni masuk pun sebab nak temankan famili aku jer....
So gambar-gambar kat bawah ni adalah antara sushi yang famili aku makan. Kalau korang rajin, tolong la listkan nama-nama setiap sushi tu ek....
kicap dan wasabi
sushi 1
sushi 2

sushi 3
sushi 4

sushi 5
sushi 6

sushi 7
sushi 8
sushi 9
       
 Cer korang namakan setiap satu sushi tu. Sushi 1 hingga sushi 9. Korangkan peminat sushi kan... Kepada yang nak ke Sushi King ni, tapi tak tahu kat mana Sunway Carnival Mall ni, aku sertakan gps koordiant dan google map sebagai panduan korang.

gps koordinat : 5°23'55.3"N 100°23'53.6"E atau 5.398688, 100.398225

Restoran MDI Idaman Sungai Dua, Gelugor Pulau Pinang

restoran MDI Idaman
dalam restoran MDI Idaman
 Restoran makan tenghari MDI Idaman yang terletak di Sungai Dua, Gelugor Pulau Pinang boleh la korang nak jadikan salah satu Alternatif untuk makan tengahari. Restoran ni berdekatan dengan Universiti Sains Malaysia (USM). So, Budak, budak USM memang buat port makan diorang la, bukan di MDI Idaman ni je....semua kedai/restoran makanan yang terdapat di sekitar USM memang laku keras la....Ada sat restoran yang memang famous yang aku nak terjah tu, tutup plak....tu yang datang MDI Idaman ni.... 
lauk pauk yang banyak

lauk pauk yang banyak

ni makanan tengahari aku
Ok la....korang boleh le nak cuba makan di sini. Restoran yang dekat-dekat dengan USM pintu masuk yang ada masjid USM.


Makan tengahari di restoran Mie Langgar, Alor Setar

Restoran Mie Langgar

Gambar depan restoran Mie Langgar (ihsan dari google view)
Makan tengahari yang banyak lauk dan sedap di Alor Setar ni, korang boleh singgah di restoran Mie Langgar. Waktu tengahari memang menjadi tumpuan orang ramai di sini...
Yang menjadi tarikan di restoran mie langgar ni aku rasa adalah menu bakar diorang. Memang banyak menu yang bakar-bakar ni. Ada ikan bakar, daging bakar, ayam bakar....bakar-bakar....
Diorang punya tagline yang awesome 'lkan bakar power' dan 'bawal goreng power'. Dengar pun dah rasa macam nak makan...hahahahhaaha..
Parking korang kena park di sepanjang jalan tu. Ada anggota RELA tolong jaga kan. Kadang tu susah gak la nak dapat parking.
dalam restoran Mie Langgar (sorry gambar blur sikit)
Kat bawah ni korang boleh layan la gambar-gambar yang aku sempat snap untuk tatap korang. Menu yang bakar-bakar memang nampak sedap.
daging bakar

keli bakar

ayam bakar
ulam-ulaman


sebahagian dari lauk-lauk yang ada
Kepada yang nak datang ke restoran Mie Langgar ni, Korang boleh cari di Alor Setar Kedah. Bagi yang tak biasa dengan Alor Setar, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat : 6°08'31.8"N 100°23'36.1"E atau 6.142154, 100.393357