Tu diaaaaa....char koay teow lobster di Debab Char Koay Teow Lobster, Bertam Kepala Batas

Debab Char Koay Teow Lobster, Bertam Kepala Batas
 Debab Char Koay Teow yang terletak di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang, rare sikit dari kedai char koay teow yang biasanya kita pergi makan. Cuba korang teka apa yang rare kat sini...? errmmmmm korang tak payah teka lah sebab dalam tajuk posting aku ni pun aku dah habaq kat korang hahahahha... Di Debab Char Koay Teow ni, selain udang biasa yang selalu kita makan dengan char koay teow, di sini ada kelainan sikit di mana diorang pakai lobster... haaaa apa macam? ko ado? 
dalam restoran Debab Char Koay Teow
Tapi bukan la semua char koay teow diorang main hentam campak lobster dalam tu. Upon request la.... Kalau taknak lobster, order yang biasa udah ler...yang lobster ni korang boleh pilih ikut saiz jugak la, bukan main tibai je apa-apa saiz, jenuh nak bayar nanti... Aku sebab tengok dah rare sangat ni, ada lobster nak plak dalam char koay teow.....of coz la nak try, tapi bajet tak berapa nak hado...jadi ambil lobster yang paling kecil la. Anak lobster apa fiorang kasi aku.. kuikuikui kui..... Selain tu, di sini jugak ada ketam lembut, nasi goreng udang.. rasa cam ada gak menu lain...korang boleh check menu list tu sendiri kalau korang datang sini.
char koay teow lobster (ni lobster saiz kecil sekali)

char koay teow biasa

ni selera minum aku, selera korang, korang pilih sendiri laaa

menu char koay teow ikut saiz lobster
Kepada yang nak menerai (try) makan char koay teow bersama lobster, boleh la datang ke restoran ni yang terletak di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan jika korang nak cari tempat ni.
gps koordinat Debab Char Koay Teow Lobster : 5°31'00.8"N 100°27'03.3"E
atau 5.516892, 100.450927

makan di DS Kitchen, Bertam Kepala Batas

Restoran DS Kitchen, Bertam Kepala Batas
Restoran DS Kitchen yang terletak di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang ni, kiranya salah satu kedai makan yang menyediakan makanan masakan ala thai. Di kawasan Bertam saja pun dah bercambah-cambah kedai ala thai ni. Ok la kan....lagi banyak lagi bagus... lagi banyak pilihan untuk orang ramai memilih. 
Di DS Kitchen ni, aku makan yang biasa-biasa je. Al maklum laaa, poket rabak la katakan. Antara yang aku order tu adalah seperti gambar di bawah.
tomyam

nasi goreng patprik

nasi goreng budak makan (anak aku punya)

koay teow goreng budak makan (anak aku punya)
Lokasi DS Kitchen ni secara spesifik, korang boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah. Senang je nak cari.
gps koordinat : 5°31'00.9"N 100°27'04.6"E  atau 5.516906, 100.451289

Mai makan nasi kukus di D' Ariff Nasi Kukus Gerrraammm, Bandar Perda Pulau Pinang

Warung D' Ariff Nasi Kukus, Bandar Perda, Pulau Pinang

D' Ariff Nasi Kukus
Kalau nak makan nasi kukus, boleh la datang di Warung D' Ariff Nasi kukus yang terletak di Bandar Perda Pulau Pinang. Menu utama di sini semestinya nasi kukus. Diorang panggil nasi kukus gerrraammm... nak tau sejauh mana geram tu kena tengok dan geram sendiri. Restoran ni buka dari pukul 10 pagi hingga ke lebih kurang 10.30 malam. Breakfast start pukul 8. Kalau ikut dalam menu, breakfast ada roti canai, roti tampal, roti bakar dan segala jenis roti lah...
Selain tu juga, di D'Ariff ni jugak ada menu western. Tapi kalau nak makan western, kena datang petang sikit. Dalam menu tulis untuk hidangan western ni, diorang buat start pukul 6 petang hingga ke malam. 
Untuk makan tengahari aku di sini, mesti la aku cuba nasi kukus kan...so aku order la nasi kukus ayam dan nasi kukus ikan keli.
nasi kukus geram ayam + telur mata

nasi kukus geram ayam biasa

nasi kukus keli biasa
Senang owner D'Ariff tak payah basuh pinggan sangat. Apa taknya, kalau korang nak bungkus ke, nak makan di kedai ke, diorang still guna kertas je...lepas makan terus buang..
Bagi yang nak makan nasi kukus ni, boleh la datang dengan menggunakan gps koordinat dan google map seperti di bawah.
gps koordinat : 5°22'03.9"N 100°26'07.7"E  atau 5.367750, 100.435475

Daging Bakaq Danok terbaik di Restoran Iwan Char Koay Teow, Bertam, Kepala Batas

Iwan Char Koay Teow, Bertam, Kepala Batas

Meja makan yang banyak di Iwan Char Koay Teow ni...
Iwan Char Koay Teow ni terletak di Pusat Bandar Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Kalau dari susur keluar tol Bertam, ambil kanan, jumpa simpang empat (ada bank rakyat) belok ke kanan. Korang akan jumpa nanti restoran Iwan Char Koay Teow ni.  Di sini sebenarnya bukan saja jual char koay teow, ada juga menu-menu lain yang menarik. Yang paling aku suka adalah Daging Bakaq Danok yang super duper osem. Sos cicah pun terbaik. Rasa macam makan daging harimau menangis yang juicy dan creamy..yumm yumm yummmm.... 
Lagi satu yang patut korang cuba adalah nasi goreng udang. Aku rasa diorang guna udang galah kot..namapak cam udang galah yang viral rm1 seekor tu... Udang besar banyak ekor jugak la untuk sepinggan nasi goreng udang tu. Selain tu of coz la korang kena cuba char koay teow diorang tu. Tapi tekak aku masih berselera untuk makan Daging Bakaq Danok tu... masing-masing punya selera kan..
Daging Bakaq Danok

nasi goreng udang

char koay teow
Selain tu, aku menambahkan lagi menu sebagai melayan selera lapar aku yang tengah menggila sekarang ni dengan nasi putih set keli dan juga mushroom soup.
nasi set keli goreng

mushroom soup

air bandung dan bandung cincau
Kepada yang berminat nak makan petang di Bertam Kepala Batas, boleh la datang ke Iwan Char Koay Teow ni. Buka petang hingga malam. Untuk memudahkan pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk korang.
gps koordinat : 5°31'00.8"N 100°26'52.1"E   or     5.516875, 100.447806

Jalan-jalan cuci mata dalam IKEA Damansara - aktiviti best orang perempuan

route map laluan dan bilik pameran barang IKEA secara terperinci
IKEA Damansara ni aku rasa adalah IKEA yang pertama di Malaysia, pastu timbul la IKEA Cheras, IKEA Tebrau dan yang terbaru akan dibuka pada 2019(mungkin) adalah di Batu Kawan, Pulau Pinang. Jadi orang utara dah tak payah pi panjat KL kalau nak shopping di IKEA. IKEA ni memang tempat aktiviti paling best la untuk yang kaki shopping terutamanya geng-geng wanita. Asal pi je IKEA mesti balik dengan barang...mula-mula niat nak tengok-tengok je..tapiiiiiii...lu pikir la sendiri..hihihi.. Gambar kat atas ni korang boleh tengok berapa banyak deparment perabot yang diasingkan mengikut kategori tertentu.
Start point untuk korang explore dalam IKEA

berlonggok barang yang kecil-kecil (yg ni pelekat habuk untuk karpet)
banyak perobot cantik-cantik
gudang barang IKEA yang tinggi melangit 
tingkat bawah IKEA
Lepas penat jalan-jalan dalam IKEA, boleh singgah di kafe IKEA. Memang ramai orang di kafe ni. nak beli makanan pun kena beratur panjang. Makanan di IKEA ni rare la sikit. Alang-alang dah datang, korang patut cuba makan walaupun kena beratur panjang...kedai mamak boleh je beratur panjang..takan tempat sejuk camni pun tak boleh. Lagi satu IKEA ni memang tempat shopping artis-artis kot. Apa taknya, asal aku datang je, mesti terjumpa artis-artis dok shopping. Aku malas la nak layan artis-artis tu...nanti depa minta sain plak kat aku ni...kuikuikui...
kafe IKEA
kepak ayam
sayur-sayuaran
meatball
Itu antara yang aku makan la...ada bnayak lagi menu yang korang mesti cuba. Maaf la yer..nama betul menu tu aku lupa..hahaha.. Bagi yang nak datang ke IKEA Damansara ni, aku sertakan di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan untuk korang.
gps koordinat : 3°09'25.3"N 101°36'46.6"E

Warung roti canai, Kampung Batu 9 Kebun Baru, Telok Panglima Garang

warung roti canai

view dari dalam warung
Sesiapa yang nak bersarapan pagi di Telok Panglima Garang, Selangor, boleh la datang ke warung roti canai di Kampung Batu 9 Kebun Baru ni. Warung ni betul-betul dekat simpang jalan. Selain roti canai, diorang cakap nasi lemak di sini pun sedap gak. Boleh la nak cuba makan.
roti canai
Kepada yang nak bersarapan pagi di warung ni, di sini aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 2°54'45.1"N 101°28'57.4"E atau 2.912536, 101.482601

Sate Kajang Haji Samuri di RnR Elmina

Restoran Sate Kajang RnR Elmina
 Sate Kajang Haji Samuri dah memang terkenal di Malaysia ni. Tempat yang original restoran sate kajang ni semestinya lah di Kajang Selangor. Sate Kajang sekarang ni dah banyak cawangan dah. Diorang siap dah ada kilang untuk memproses sate ni, makulm la dah banyak cawangan. Restoran yang aku datang ni adalah salah satu cawangan sate kajang Haji Samuri yang terletak di RnR Elmina.
dah macam nak beli fast food daaaaaa....
Dekat RnR ni, restoran sate kajang Haji Samuri ni dah macam restoran fast food dah aku tengok...tapi diorang jual sate la semuanya... ada macam-macam jenis sate. Ada sate ayam, daging, perut, rusa, kambing, arnab, kucing.....ehhh kucing takde! hihihihihi...
sate daging, ayam dan perut
Lokasi cawangan restoran sate kajang ni senang je....kalau korang lalu highway guthrie, jumpa je RnR Elmina terus kona masuk ke situ...Korang akan jumpa la sate kajang kat RnR tu.
gps koordinat : 3°10'22.5"N 101°31'10.2"E

Makan western food di Raintown Brother Western, Kamunting Perak

Raintown Brother Western, Kamunting
Masa aku lalu depan restoran ni, hati terus rasa macam nak singgah makan. Nama restoran ni yang rare, lain dari yang lain yang hati aku terdetik nak tahu apa yang special dengan restoran Raintown Brother Western ni. So far memang banyak menu disediakan dan rekaan dalaman kedai cantik sangat. Menu hidangan mereka buat kita tak tahu nak pilih yang mana. Tempat ini memang sesuai untuk korang sekeluarga atau datang bersama rakan-rakan. Harganya setiap hidangan yang disajikan berpatutan dengan saiz portion yang memang buat korang kenyang sangat. Kalau korang tak habis boleh lah kongsi. 
deko-deko dalam restoran Raintown Brother Western
Dalam banyak-banyak menu yang ada dalam list, aku pilih nak makan burger malam tu. Burger diorang pun sedap gak la aku rasa. Nanti-nanti kalau datang lagi, aku nak cuba menu lain plak. Dengar-dengar western sini memang sedap. Selain menu utama western food, korang boleh try juga makan koay teow kerang. Aku rekomen untuk korang cuba. Memang sedap dah terbaik. Aku siap order satu lagi sebab rasa macam tak cukup makan satu jer...hihihihi.  Rasa koay teow kerang di Raintown Brother Western ni macam rasa makan koay teow doli. Kat Taiping memang famous la dengan koay teow doli.
burger

koay teow kerang

minuman aku order

Tengok pun dah mengiurkan, kalau korang berhajat nak singgah, aku sertakan lokasi restoran ini : No.15, Lorong PK 7, Jalan Stesyen Kawasan Perusahaan Kamunting, 34600 Taiping, Perak. Boleh hubungi nombor berikut untuk sebarang pertanyaan atau tempahan 017-513 5494, 016-5192305 atau 013-4486184. Waktu operasi bermula dari pukul 4:00 PM – 11:30 PM. Beroperasi setiap hari kecuali hari selasa. Selasa cuti. Aku sertakan juga gps koordinat dan google map sebagai rujukan.

gps koordinat Raintown Brother Western : 4°53'50.5"N 100°42'47.6"E


makan malam di The BBQ Garage, Kamunting Taiping

The BBQ Garage, Kamunting
Restoran The BBQ Garage yang terletak di Kamunting, Taiping dalam negeri Perak ni menyediakan menu utama yang berkonsepkan makanan barat ataupun kita panggil western food. Bila aku sampai sini, tetiba aku konpius sikit nama kedai ni...sebabnya kat signboard luar tepi jalan, tulis The BBQ Garage yang sebesar-besar alam. Pastu kat tepi dinding restoran tu pulak tulis Deli Cafe...Maybe The BBQ Garage dengan Deli Cafe tu merujuk kepada restoran yang sama kot...aku rasa....huznuzonnn..
dua tingkat restoran, boleh pilih nak makan di atas atau di bawah

pandangan tingkat bawah dari tingkat dua restoran
The BBQ Garage ni dari segi deko-deko dalaman agak unik sikit..lain dari yang lain.. Restoran ni jugak ada dua tingkat. Korang boleh pilih nak makan kat tingkat satu or dua. Kita famous jugak la restoran ni, ramai dah orang review dekat restoran ni dalam blog-blog dan vlog ataupun channel pasal makanan di youtube. Aku pernah tengok The BBQ Garage dalam channel apatah aku tak ingat.
Ok berbalik kepada restoran ni, masa aku datang sini, dalam pukul 10 malam. So kira makan malam la kan..hihihi...tak pasti plak aku restoran ni start buka pukul berapa. 
Ada banyak menu western yang sedap-sedap di sini. Aku cuma order satu je, meatball cheesy. Menu-menu lain korang boleh refer buku menu yang aku sempat snap. Selain tu, di The BBQ Garage ni juga, ada menu shell out...alaahhh yang makan seafood atas kertas tu...

menu western di The BBQ Garage
meatball cheesy
menu minuman

air yang aku order
Kepada yang ingin datang makan di restoran ni, aku sediakan untuk korang gps koordiant dan juga google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang.
gps koordinat The BBQ Garage : 4°53'59.1"N 100°41'05.4"E