|
ARANGO roti bakar arang |
ARANGO roti bakar arang selain korang boleh makan untuk sarapan pagi di
ARANGO sarapan pagi, Tempat
sarapan pagi dengan tempat makan malam ARANGO ni tak sama ek.
Sarapan pagi tempat lain, makan malam tempat lain. Untuk makan malam ni, lokasinya di tapak tempat letak kereta berhanpiran simpang tiga bertentangan dengan bangunan wisma persekutuan. Bertentangan dengan jalan yang satu lagi, adalah
mee pokok cherry. Disebabkan ARANGO ni dekat parking, ARANGO ni juga dikenali sebagai ARANGO PARK.
Jadi pada sesiapa yang nak makan roti bakar telur meleleh yang rare sikit, boleh la datang cuba di ARANGO ni. Ada banyak menu pilihan disediakan. Kawasan untuk ARANGO makan malam ni pun agak luas dan selesa. Malam-malam ramai juga orang yang datang ke sini. Cara nak order, kena pi ambil menu sendiri kat kaunter. tulis dalam satu kertas yang disediakan menu pilihan korang. Pasti kan korang tulis betul-betul ni meja korang sebelum hantar ke kaunter. Aku dah terkena bila aku order empat menu je, tetiba datang menu double dengan menu yang aku tak order pun. Puncanya, ada customer di meja lain tulis no meja main cincai-cincai. Kebetulan no meja yang dia tulis seakan-akan no meja aku. kan dah terkona....hahahaha..
Empat menu ARANGO yang aku order tu, korang boleh tengok di bawah ni....
|
ARANGO sosej (aku order 2 set) |
|
ARANGO mambo lamb grill |
|
ARANGO hot cheezy special |
Banyak lain menu lain yang menarik dan sedap. Semua menu tu korang boleh rujuk dalam senarai menu yang aku sempat snap seperti di bawah ni....
|
senarai menu 1 |
|
Senarai menu 2 |
|
Senarai menu 3 |
ARANGO PARK ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula 7 malam hingga 11.30 malam. Sebagai panduan tambahan lokasi ARANGO PARK (makan malam ni), aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang cari.
GPS ARANGO PARK Kepala Batas : 5°30'48.2"N 100°26'08.4"E
sodapnyaaa....
ReplyDelete