Asal usul Ais Tingkap atau nama lainnya Ais Sarbat pada mulanya ianya dijual dari tingkap. Namun pada masa sekarang ianya tidak dijual melalui tingkap lagi tetapi nama Ais Tingkap masih dikekalkan bagi memperingati asal usul terciptanya 'Ais Tingkap'.
|
tudiaaaa.....ais tingkap |
Ais Tingkap dihasilkan menggunakan 25 jenis rempah asli dari Asia Barat. Bagaimanapun, resipi itu telah diubah suai agar kena dengan cita rasa warga tempatan yang suka dengan rasa manis dan sejuk. Bahan yang digunakan diimport terus dari India antaranya biji selasih, kembang semangkuk, getah anggur dan beberapa lagi jenis herba dan akar kayu. Cara membuatnya dimulakan dengan meletakkan ais kepal dan air gula dalam gelas, kemudian disembur dengan campuran herba dan akar kayu diikuti sirap yang dihasilkan daripada pati bunga ros. Kemudian ia dicampur dengan tiga bahan utama iaitu biji selasih, kembang semangkuk dan getah anggur sebelum dicampur air kelapa. Harga segelas Ais Tingkap ni hanya RM2 sahaja.
Selain Ais Tingkap, ada juga menu lain seperti cendol kacang, ais kacang, laici, air kelapa, air kelapa laici dan limau ais. Aku cuba jugak la cendol di sini.
|
cendol pulut dari gerai ais tingkap |
|
cucur udang ni pun famous juga, kena order dari gerai lain...di Ais Tingkap takde cucur udang |
Kepada sesiapa yang nak mencuba ais tingkap ni, boleh la datang ke Lebuh Tamil bersebelahan dengan pasar Chowrasta. Nak memudahkan lagi pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map lokasi Ais Tingkap ni secara spesifik.
gps koordinat Ais Tingkap : 5°25'04.2"N 100°19'53.1"E
No comments:
Post a Comment