Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga |
Pasar Bisik, Kuala Muda Penaga ni adalah jeti nelayan tempatan. Muara Kuala Muda ni adalah sempadan negeri Pulau Pinang dan Kedah. Kalau korang datang sini, korang akan perasan ada dua jeti nelayan. Satu di sebelah kedah dan satu lagi di sebelah Pulau Pinang. Jeti nelayan yang aku datang ni adalah jeti nelayan Kuala Muda, Penaga iaitu di sebelah negeri Pulau Pinang.
bot-bot nelayan berlabuh bersama hasil tangkapan laut |
Apa yang uniknya pasar bisik ni?? haaaaa... pasar bisik ni uniknya dekat bisik-bisik. Bila korang nak beli, korang kena bisik dulu harga yang korang tawarkan kepada nelayan. Kalau harga yang korang bisik tu nelayan setuju, makan korang akan dapat beli la hasil laut tu. Kalau tak, diorang akan tunggu dulu orang lain bisik letak harga lain. Macam-macam ada hasil laut, ada ikan, udang ketam, ikan pari, kepah....
Tapi cara nak beli tu bukan kita main pilih-pilih sendiri, diorang dah longgok-longgok dah ikan siap siap. Korang kena pandai estimate sendiri harga untuk setiap longgokkan tu. Biasanya orang yang pandai bisik ni, dia dah tahu harga pasaran ikan. Kalau main hentam je bisik, silap-silap lagi senyum lebar la si nelayan tu sebab korang beli harga mahal...hahahaha..
orang ramai tengah dok congak-congak harga ikan sebelum start berbisik |
longgokkan udang, kepah |
longgokkan ketam |
longgokkan ikan |
Masa aku sampai di Pasar Bisik, Kuala Muda Penaga ni dalam pukul 10 pagi lebih. Kebetulan masa tu bot-bot nelayan baru sampai. Bila diorang bawa naik je hasil tangkapan diorang tu ke jeti, semua orang yang dok tunggu tadi terus serbu. Kebanyakan yang nampak macam expert berbisik orang cina. Aku rasa diorang orang berniaga kot...bawa duit berkepuk-kepuk. Habis satu longgok, beli pulak longgok yang lain...kalau lambat nak buat keputusan, alamatnya tinggal plastik kosong je la...hihihihi
Lokasi secara spesifik ke Pasar Bisik, Kuala Muda Penaga Pulau Pinang ni, korang boleh je guna gps koordinat yang aku dah sediakan untuk korang. Selain tu korang boleh rujuk juga google map seperti di bawah.
gps koordinat Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga : 5°34'34.5"N 100°20'28.9"E
No comments:
Post a Comment