Sedap betul makan satay di Zaini Satay di Ampang, Kuala Lumpur

                                                                                                         
Zaini Satay, Ampang
 Zaini Satay yang terletak di Ampang Kuala Lumpur diusahakan oleh Haji Zaini Ismail dan isterinya, Harison Ahmad sejak dari tahun 80-an lagi. Rasa satay kat sini lain macam sikit. daging satay yang betul-betul lembut dan sedap. Mungkin ada resepi turun temurun yang digunakan oleh Zaini Satay ni. Zaini Satay ni juga pernah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Selain itu, chef terkenal ada juga memberi komen yang positif pasal Zaini Satay ni. Zaini Satay ni menyediakan beberapa jenis menu satay. Antaranya adalah, satay daging, satay ayam, satay kambing, satay perut dan nasi himpit. Kuah kacang diorang pun sedap. Zaini Satay beroperasi setiap hari bermula 6 petang hingga 11.30 malam.
tengah bakar satay
satay daging, satay ayam dan satay kambing bersama-sama nasi himpit dan kuah kacang yang tip top meletup sedap!
Kalau korang nak cari Zaini Satay ni, alamat Zaini Satay adalah Stall no 5 (opposite 7-eleven), Jalan Kerja Ayer Lama, 68000 Ampang, Kuala Lumpur. Kalau nak cari guna gps pun boleh. Gps koordinat dan google map adalah seperti di bawah:
gps koordinat Zaini Satay : 3°09'38.3"N 101°45'31.1"E atau 3.160645, 101.758634

Lepak di Taman KLCC, Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar PETRONAS (PETRONAS Twin Towers) di Ampang, Kuala Lumpur pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum di atasi oleh Burj Khalifa dan menara Taipei 101. Sekarang ni Menara Berkembar Petronas dari segi kedudukannya telah jatuh ke banguan ke-11 tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996). Menara berkembar petronas ni telah menjadi mercu tanda untuk bandaraya Kuala Lumpur. Selain itu, satu lagi binaan yang juga menjadi mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur adalah menara Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari Menara Berkembar Petonas ni.
Menara Kuala Lumpur tu maybe next posting aku cuba post la dalam blog ni, sebab aku tak berkesempatan lagi untuk melawat ke menara KL tu. Di Menara Berkembar Petronas ni, aku just jalan-jalan makan angin kat kawasan taman KLCC tu je. Dekat taman tu pun dah best. Ramai orang lepak petang-petang sambil ambil gambar berlatar belakangkan bangunan twin towers tu. Kalau korang nak jogging pun ok gak kat sini. Ada taman mainan kanak-kanak, kolam yang besar yang ada air pancut. Kalau malam lagi cantik air pancut tu. Siap air pancut berirama yang berwarna-warni. 
ramai orang dok melepak tepi tasik petang-petang
pemandangan waktu malam...
aku juga ada rakam suasana taman KLCC ni sebagai kenangan-kenangan. Korang boleh tengok video tu kat bawah ni.
Tempat ni memang famous pun. So tak susah nak cari. Dari jauh pun dah boleh nampak. Walaubagaimanapun, aku bagi juga la gps koordinat dan google map sebagai panduan ke sini.
gps koordinat : 3°09'28.1"N 101°42'43.0"E

Pak Mat Western Cafe, tempat makan makanan barat citarasa hotel, harga warung

Pak Mat Western Citarasa Hotel Harga Warung

antara ruang di dalam Pak Mat Western
Pak Mat Western Cafe yang terletak di Simpang Ampat, Pulau Pinang. Ada cakap tempat ni Bukit Minyak...arghhhhhhhh!! Aku dah conpius yang mana satu...tapi takpe, kalau korang nak datang ke sini, korang ikut je gps koordinat yang aku selitkan dalam posting ni kat bawah sekali.
Pak Mat Western ni buka bermula dari pukul 5 petang. Waktu-waktu ni kalau korang datang, memang jemmed tahap gaban la. Area ni kawasan perindustrian, so orang ramai baru start nak balik kerja pukul 5 petang. Tambahan pulak Pak Mat Western ni betul-betul tepi jalan raya yang super duper busy dan juga dekat dengan simpang tiga jalan.
Pak Mat Western ni memang famous la, mana taknya, page-page food review yang terkenal macam VitDaily, The Vocket, Laparpo, RCM dan macam-macam lagi lah dah jejak kaki kat sini. Yang bestnya masa aku datang sini pun, masih ada lagi yang buat food review ala-ala Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Aku pun blogger food review gak...hahahahaha.. tapi tak famous la macam depa tu....blogger baru nak up..kui kui kui....
Disebabkan dah jadi famous, Pak Mat Western tak menang tangan bila sentiasa diserbu orang ramai yang nak mencuba sendiri western food/makanan barat di sini. Sebab tu kadang-kadang ada orang review kat sini service lambat sebab dah terlalu ramai, diorang lost control. Tanbah-tambah kalau weekend memang ramai gila orang, kalau korang kena berdiri tunggu meja dalam 10-15 minit, itu biasa la. Tapi time aku ok jer...service cepat, makanan pun sampai cepat....mungkin aku datang weekdays kot.
Menu pulak sangat banyak pilihan untuk korang nak cuba. Daripada review dari blog-blog yang famous, aku dapati kebanyakan menu sangat sedap. Untuk kunjungan aku kali ni, aku order lamb chop, spaghetti bolognese, mushroom soup with garlic bread dan nasi goreng ayam grill (nasi goreng ni ada nama dia, tapi aku tak ingat).
lamb chop terbaik!

spaghetti bolognese

nasi goreng ayam grill

mushroom soup with garlic bread
Bagi yang nak merasai keenakan masakan barat di Pak Mat western, korang boleh cari dengan menggunakan gps koordinat dan juga google map seperti yang telah aku sediakan di bawah ni:

                              gps koordinat Pak Mat Western : 5°19'20.6"N 100°27'00.1"E

Makan malam di restoran Afanee Seafood, Bertam Putra, Kepala Batas

Afanee Seafood, Bertam Putra

bahagian dalam restoran Afanee Seafood
Restoran Afanee Seafood ni terletak di Bertam Putra, Kepala Batas Pulau Pinang. Kat restoran ni, menu masakan ala-ala masakan thai. Semua menu yang berkaitan masakan ala thai ada di restoran Afanee Seefood ni. Ada menu yang disediakan mengikut set tertentu. Kalau taknak set, boleh pilih ala cart je. Nak makan siakap tiga rasa, siakap stim, tomyam, patprik, sotong goreng tepung....semua ada.... Menu makan malam aku kat sini, takde la order yang menu skala besar..hihihi...aku just order yang biasa-biasa je....hujung bulan kan...faham-faham la yer... Antara menu yang aku order untuk famili aku malam tu adalah kerabu megi, nasi goreng kampung, tomyan, daging masak halia, nasi goreng patprik....
tu diaaa.....menu makan malam aku
Kepada yang ingin mencuba untuk makan di restoran Afanee Seafood ni, boleh la cari di Bertam Putra, Kepala Batas. Aku juga sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan tambahan untuk korang.
gps koordinat Afanee Seafood : 5°31'08.5"N 100°28'48.6"E

Sarapan pagi di warung bertentangan dengan pangsapuri pesona, Pauh Jaya, Permatang Pauh

warung sarapan pagi depan pangsapuri pesona, Taman Pauh
Kadang-kadang sarapan pagi di warung yang macam ni pun sempoi jugak. Makan tepi-tepi jalan, bawah pokok yang redup...tapi bukan jalan yang sesak la... Warung ni terletak betul-betul di hadapan pangsapuri pesona, Pauh Jaya di Permatang Pauh Pulau Pinang. 
warung koay teow kerang dan capati

warung buat air, nasi lemak
Apa ada di sini? Dalam pemerhatian aku, di sini ada koay teow kerang, capati, pelbagai kuih muih, nasi lemak dan off course ada air minuman. Kalau korang nak makan capati, kena datang lewat sikit la...dalam pukul 8.30 pagi baru capati ni datang. yang mana masuk keja pukul 8.30 menang tak sempat la nak makan capati. Tapi takpe, korang boleh layan yang lain, macam koay teow kerang ke.
koay teow kerang
Lokasi mengikut arah panduan gps, korang boleh rujuk gps koordinat seperti di bawah ni:
gps koordinat : 5°22'32.9"N 100°24'50.4"E

Sarapan pagi roti canai di Astaka Bandar Perda Pulau Pinang

kedai roti canai Astaka Bandar Perda
Salah satu alternatif kedai roti canai yang terletak di Astaka Bandar Perda Pulau Pinang. Kepada pengemar roti canai yang berada di area Permatang Pauh, boleh la datang ke sini. Selain tu, korang boleh juga makan kuih muih yang di jual di kedai sebelah. Sarapan pagi aku kat sini, aku order roti banjir jer. Sedap jugak la dari roti canai mamak. Mamak punya aku tak berapa suka sangat tang kuah diorang.

roti canai banjir
lokasi kedai roti canai ni, korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni:
gps koordinat : 5°22'05.1"N 100°25'33.7"E

Makan Yong Tau Foo famous Bagan Ajam, Pulau Pinang

Yong Tau Foo Bagan Ajam
Yong tau foo ni start beroperasi pukul 4 petang. Sesuai la yong tau foo ni untuk makan petang-petang. Kedai yong tau foo ni sebenarnya terletak dalam medan selera a.k.a food court atau lebih spesifik medan selera ni, diorang panggil Taman Selera EMBA. Sampai sekarang aku masih compius kenapa diorang panggil taman, tempat makan kot..Lokasinya di area Pantai Bersih Bagan Ajam, cxamndsx,xdlrdmButterwoth. Korang kena masuk agak ke dalam sikit. Dekat area tu ada dua food court yang berdekatan. Korang kena cari fourt macam gambar yang aku snap kat bawah ni.

Taman Selera EMBA Bagan Ajam (food court a.k.a medan selera)
Food ni betul-betul bertentangan dengan rumah flat dan juga berdekatan dengan sekolah Men. Keb. Dato' Onn. Yong tau foo ada dekat kedai hujung kiri. Nak pilih yong tau foo ni kena beratur dulu. Lepas dah pilih semua bahan yang korang suka tadi, seterusnya korang kena pilih nak makan yong tau foo sama ada dengan mee. bihun ataupun koay teow. Lagi satu kuah di sini guna kuah sup. Kuah sos hitam pekat tu takde ek kat sini. Dah settle pilih semua bagai, nanti diorang akan hantar makanan tu ke meja korang. Harga semangkuk yong tau foo tu ada di selit di bawah mangkuk tu. Harga ikut apa yang korang pilih tadi la kan.
semangkuk yong tau foo

dari dalam food court, boleh nampak rumah flat

ada banyak deretan kedai makan dalam Taman Selera EMBA
Selain yong tau foo, korang boleh juga try makan makanan yang lain di Taman Selara EMBA ni. Aku nak cuba makan cucur udang...ada orang cakap cucur udang pun sedap kat sini. Tapi malangnya kedai cucur udang tak buka pulak. So, aku terjah la pulak kedai mee goreng. Mee goreng pun sedap beb...aku suka la...kalau datang sini lagi boleh repeat makan mee goreng ni lagi. 

mee goreng
Jika korang nak datang ke sini, dan tak tahu Bagan Ajam tu kat mana...korang boleh guna gps koordinat dan juga google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°26'51.4"N 100°22'48.4"E

Nasi Kandar Beratur Original, Masjid Kapitan Keling, start buka pukul 10 malam

Nasi Kandar Beratur Original, Masjid Kapitan Keling
masa beratur, sebelah kiri Masjid Kapitan Keling manakala
sebelah kanan tempat makan nasi kandar

Datang ke Pulau Pinang ni, kalau tak makan nasi kandar memang ada something wrong la dengan korang. Pulau Pinang memang terkenal dengan nasi kandar...macam Melaka yang terkenal dengan asam pedas power, Kelantan yang terkenal dengan nasi kerabu, begitu juga dengan tempat-tempat lain di Malaysia ni. Di Pulau Pinang, restoran nasi kandar bersepah-sepah di seluruh Pulau Pinang. Kalau nak cari nasi kandar yang original, biasanya berada di sebelah Pulau. Kalau di tanah besar, macam Perai, Seberang Jaya, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan lain-lain ada juga nasi kandar. Cuma yang original resepi turun temurun biasanya di sebelah pulau. Dah banyak dah restoran nasi kandar aku dah review dalam blog aku ni. Korang boleh search sendiri dalam blog aku ni....Untuk posting kali ni aku pilih Nasi Kandar Beratur Original yang terletak berhampiran Masjid Kapitan Keling Goerge Town. Nasi kandar ni start beroperasi pada pukul 10 malam. Korang korang datang siang atau sebelum pukul 10 malam, korang akan dapati restoran tu buka...Kenapa buka siang?????? Kata 10 malam baru buka????? Ok, korang relaks jap, tarik nafas panjang-panjang, ok hembusssss.....kihkihkih...   Sebenarnya, waktu siang orang lain berniaga, Nasi Kandar Beratur Original ni hanya start pukul 10 malam. Pada waktu pertukaran tokey, sebelum pukul 10 malam, semua pekakas ditukar habis termasuk kerusi meja. Begitulah yang berlaku setiap hari. Dan waktu ni juga, orang dah mula beratur sambil tunggu restoran tu beroperasi bermula 10 malam.
Walau pun aku dah banyak kali masuk ke Pulau Pinang ni, jalan-jalan cari makan, tapi inilah pertama kali aku makan di Nasi Kandar Beratur Original ni. Bukannya apa, cuma tak larat nak tunggu pukul 10 malam hhahahahaha......

Lokasi Nasi Kandar Beratur Original ni, macam aku dah cakap tadi, korang cari je Masjid Kapitan Keling sebab nasi kandar ni memang betul-betul di sebelah masjid tu. Jalan di situ agak sibuk sikit la.. Harap-harap waktu malam tak sesibuk waktu siang...dan harap-harap juga ada banyak parking kat situ pada waktu malam. Kalau korang masih tak dapat cari juga, aku sertakan sekali gps koordinat Nasi KAndar Beratur Masjib Kapitan Keling ni dan juga google sekali. 
gps koordinat Nasi KAndar Beratur Masjib Kapitan Keling : 5°25'00.7"N 100°20'15.4"E

Hanya di Pulau Pinang ada Ais Tingkap yang sedap!

gerai ais tingkap, Lebuh Tamil

Lebuh Tamil, Goerge Town, yang terletak bersebelahan dengan Pasar Chowrasta yang bertentangan dengan ibu pejabat polis kontinjen Pulau Pinang, menempatkan lebih kurang 25 gerai pengusaha makanan. Banyak juga gerai yang famous di sini termasuklah Ais Tingkap. Gerai lain yang famous di sini adalah gerai cucur udang, laksa penang dan teh halia famous. Korang boleh order cross gerai, diorang akan hantar. Macam kes aku, aku duduk di gerai ais tingkap, tapi order juga cucur udang di gerai lain. Boleh je.... 
Senarai menu dan harga di gerai ais tingkap
Makanan yang dijual di sini menggunakan resepi turun temurun yang diwarisi dari nenek moyang mereka yang berasal dari India. Kebanyakan bahan-bahan asli diimport terus dari India demi mengekalkan rasa keasliannya.
Asal usul Ais Tingkap atau nama lainnya Ais Sarbat pada mulanya ianya dijual dari tingkap. Namun pada masa sekarang ianya tidak dijual melalui tingkap lagi tetapi nama Ais Tingkap masih dikekalkan bagi memperingati asal usul terciptanya 'Ais Tingkap'.
tudiaaaa.....ais tingkap
Ais Tingkap dihasilkan menggunakan 25 jenis rempah asli dari Asia Barat. Bagaimanapun, resipi itu telah diubah suai agar kena dengan cita rasa warga tempatan yang suka dengan rasa manis dan sejuk. Bahan yang digunakan diimport terus dari India antaranya biji selasih, kembang semangkuk, getah anggur dan beberapa lagi jenis herba dan akar kayu. Cara membuatnya dimulakan dengan meletakkan ais kepal dan air gula dalam gelas, kemudian disembur dengan campuran herba dan akar kayu diikuti sirap yang dihasilkan daripada pati bunga ros. Kemudian ia dicampur dengan tiga bahan utama iaitu biji selasih, kembang semangkuk dan getah anggur sebelum dicampur air kelapa. Harga segelas Ais Tingkap ni hanya RM2 sahaja.
Selain Ais Tingkap, ada juga menu lain seperti cendol kacang, ais kacang, laici, air kelapa, air kelapa laici dan limau ais. Aku cuba jugak la cendol di sini.
cendol pulut dari gerai ais tingkap

cucur udang ni pun famous juga, kena order dari gerai lain...di Ais Tingkap takde cucur udang
Kepada sesiapa yang nak mencuba ais tingkap ni, boleh la datang ke Lebuh Tamil bersebelahan dengan pasar Chowrasta. Nak memudahkan lagi pencarian korang, aku sertakan gps koordinat dan google map lokasi Ais Tingkap ni secara spesifik.
gps koordinat Ais Tingkap : 5°25'04.2"N 100°19'53.1"E

Tak lengkap ler datang Penang kalau tak singgah makan di Original Penang Kayu Nasi Kandar

Original Penang Kayu Nasi Kandar

orang ramai beratur untuk ambil nasi kandar
Original Penang Kayu Nasi Kandar yang terletak di Lebuh Nipah, Bayan Lepas, Pulau Pinang menjadi tumpuan peminat-peminat nasi kandar. Nasi kandar di Original Penang Kayu Nasi Kandar ni memang terbaik. Tak lengkap ler kalau korang datang ke Penang ni tak singgah makan di tempat ni. Original Penang Kayu Nasi Kandar ni adalah nasi kandar yang famous juga la di Pulau Pinang ni. Walaupun aku dah banyak kali dengar kewujudan dan kesedapan yang selalu diperkatakan orang, nanum inilah kali pertama aku berkesempatan untuk merasai sendiri nasi kandar di restoran ni. Setelah aku merasainya sendiri, makan dengan ini aku mengesahkan bahawa khabar angin yang aku dengar selama ini berkenaan Original Kayu Nasi Kandar ternyata benar.
nasi briyani, ayam madu, bendi rebus

nasi briyani, ikan kari, sayur kobis
Korang boleh pilih la nak nasi putih or nasi briyani. Bagi aku, aku pilih nasi briyani la kan....nasi putih dah selalu sangat makan. Nak mencari restoran ni, 2-3 kali aku berpusing-pusing...tapi last-last jumpa juga la... Nak senang untuk ke sini, korang boleh pakai je gps koordinat yang aku dah sediakan seperti di bawah. Google map pun kali sertakan sekali. Orignal Penang Kayu Nasi Kandar ni aku rasa macam diorang ambil empat or lima unit kedai untuk restoran diorang je. Boleh pilih nak makan di dalam atau di luar.
Restoran yang luas dan selesa
gps koordinat Original Penang Kayu Nasi Kandar : 5°20'12.4"N 100°17'34.5"E

Kari kepala ikan terbaik di Rumah Makanan Pak Long, Lunas Kedah

Rumah Makanan Pak Long, Lunas Kedah
ruang makan yang luas dan pelbagai pilihan hasil laut untuk dimasak
Tempat yang terbaik untuk merasai keenakkan kari kepala ikan di Lunas, Kedah, korang kena cari Rumah Makanan Pak Long. Korang jangan rasa pelik plak ek...bunyi  macam rumah ibadat kan...hahahhaha. Tapi Rumah Makanan Pak Long adalah restoran makanan macam restoran yang lan-lain. Landmark paling mudah nak cari adalah stesen minyak petron Lunas. Rumah Makanan Pak Long ni betul-betul berada disebelah stesen minyak petron ni. Selain menu utama kari kepala ikan, menu lain yang juga mendapat tempat dihati pelanggan adalah mee udang. Tapi untuk kali ni, aku just nak makan kari kepala ikan je. Mee udang lain kali....kuikuikui.. Yang lagi best, ikan kita boleh pilih sendiri yang fresh. Ada banyak pilihan ikan yang ada. Kalau bajet besar boleh pilih yang mahal sikit. Untuk selera aku kali ni, aku pilih ikan bawal untuk dibuat kari dan sotong untuk sotong goreng tepung. Untuk sayur, aku pilih kailan ikan masin dan cendawan goreng. Kari ikan bawal yang aku order memang terbaik, sedap beb! Lagi satu sotong goreng tepung pun memang terbaik, sangat ranggup...lain sikit dari sotong goreng tepung dengan restoran lain yang dah pernah makan, tapi sangat sedap. Begitu juga dengan sayur, sedap dan lazat.....


kari bawal

sotong goreng tepung

kailan ikan masin

cendawan goreng
Gambar-gambar di atas hanya menu selera aku je....yang penting korang kena order kali kepala ikan. Menu lain, ikut suka korang la nak makan apa. Nak tahu menu-menu lain yang ada di Rumah Makanan Pak Long ni, korang boleh tengok buku menu seperti di bawah. Maaf kalau tak berapa jelas.
menu-menu makanan Rumah Makanan Pak Long

kalau nak menu western food pun ada jugak
Lokasi Rumah Makanan Pak Long di Lunas Kedah ni, macam aku dah cakap tadi bersebelahan stesen minyak petron, korang boleh juga guna gps koordinat dan google map seperti di bawah jika korang nak datang ke sini.
gps koordinat Rumah Makanan Pak Long : 5°24'44.0"N 100°32'40.7"E

Bersarapan pagi di Pelita Nasi Kandar, Chai Leng Park, Perai

Pelita Nasi Kandar, Chai Leng Park, Perai
Pelita Nasi Kandar, Chai Leng Park, Perai Pulau Pinang beroperasi 24 jam. Walaupun 24 jam, kalau korang nak makan nasi kandar pagi-pagi, korang takan dapat makan sebabnya pagi-pagi Pelita Nasi Kandar ni hanya sediakan menu sarapan pagi sahaja. Kalau nak makan nasi kandar datang tengahari sikit, baru ada. Sarapan pagi pun hanya ada roti canai, capati, tosai etc....dan nasi lemak.
senarai menu pelita nasi kandar
Korang nak makan makanan goreng-goreng pun masih belum ada waktu pagi. Asalnya nak makan mee goreng, disebabkan takda lagi, jadi aku order la capati dan roti canai telur. Dan macam biasa, minum semestinya teh tarik.
capati dan roti canai telur
teh tarik
Lokasi untuk ke Pelita Nasi Kandar Chai Leng Park, korang boleh guna gps koordinat dan juga google map seperti di bawah.
gps koordinat Pelita Nasi Kandar Chai Leng Park : 5°23'24.4"N 100°23'24.8"E