Warung Paksu Mee Udang/Mee Ketam, Juru Pulau Pinang . Mee Ketam memang terbaik!!!!

Warung Paksu Mee Udang/Mee Ketam Juru Pulau Pinang
Salah satu tempat yang mesti korang cuba makan di Pulau Pinang adalah mee ketam di Bagan Nyior Juru, Pulau Pinang. Landmark paling mudah dari simpang traffic light Juru Mac donald tu, ambil ke kiri, jalan terus hingga jumpa simpang empat traffic light, ambil simpang ke kanan (menghala ke Kuala Juru). Dari situ, korang straight je sampai jumpa simpang tiga. Warung Paksu mee udang ni korang akan nampak betul-betul dekat dengan simpang tiga ni. Warung Paksu mee udang/mee ketam ni memang terkenal dikalangan orang ramai. Kira aku nak cakap tempat ni famous la... Mula beroperasi pada pukul 12 tengahari hingga malam, tapi tak buka sampai lewat malam.
Alamat Warung Mee Udang/Mee Ketam:
385, Mk 12, Bagan Nyiur Juru, 
Bukit Mertajam, 14100, 
Simpang Ampat, Pulau Pinang, 
14100 Simpang Ampat, 
Pulau Pinang.
parking yang luas untuk para pelanggan warung paksu mee udang/ketam
Kehadiran orang ramai memang tidak mengecewakan. Sentiasa akan ada orang datang ditambah pula Warung Paksu ni menyediakan tempat parking yang luas dan selesa untuk para pelanggan diorang. Parking ni di seberang jalan warung. Cuma nak pesan sikit, kalau nak lintas jalan tu, hati-hati sikit la. Takut tak perasan ada kereta keluar dari simpang tiga tu. Yang unik Warung Paksu Mee Udang/Mee Ketam ni, warung ni di bawah rumah mereka yang diubahsuai sikit untuk dijadikan tempat makan. 
Kalau korang datang ke sini, semestinya korang kena makan mee ketam or nasi goreng ketam dan juga mee udang or nasi goreng udang. Biasanya orang akan order mee ketam la kat sini. Memang terbaik bak hang!!!
Kebanyakan orang luar datang ke sini, memang mencari mee ketam. Dalam sepinggan mee tu di letakkan sekali dengan seekor ketam yang besar. Isi ketam yang banyak dan padat dan padu membuatkan selera aku bertambah-tambah. Kuah agak pedas sikit la. Budak-budak yang tak tahan pedas mungkin tak sesuai kot.
Oleh yang demikian, atas alasan ingin merasai keempat-empat menu utama di sini, aku berjaya mengoder tiga menu dari empat menu utama tersebut. Sengaja aku tinggalkan satu menu utama untuk korang agar korang tahu bertapa sedapnya makanan itu..hihihihihi....aku cuba nak tiru dialog Hitler (kalau korang perasan la..kui kui kui)....
Mee Ketam

Mee Udang (udang dalam timbunan mee, lupa nak gali sebelum nak snap gambar)

Nasi goreng udang, udang asing kat pinggan lain
Begitu la menu yang sempat aku makan. Cuma nasi goreng ketam je tak sempat nak order ditambah dengan bajet yang juga tidak mengizinkan..hihihi.. 
suasana dalam warung paksu mee udang/mee ketam
Kalau korang nak datang ke Warung Mee Udang/Mee Ketam Juru ni, selain korang boleh ikut pandu jalan yang aku dah explain kat awal posting ni, korang boleh juga terus pakai gps koordinat dan juga google map yang telah aku sediakan seperti dibawah ni.
Gps koordinat Warung Mee Udang/Mee Ketam Juru : 5°19'36.9"N 100°24'53.1"E

Makan western food di Paparoger Cafe & Delivery di Seberang Jaya

Paparoger Cafe & Delivery
Kalau nak makan petang or malam western food di area Seberang Jaya, Pulau Pinang, korang boleh cuba di Paparoger Cafe & Delivery. Kedai ni betul-betul bertentangan dengan stesen minyak petron Seberang Jaya dan juga berdekatan dengan pasar awam Seberang Jaya. Menu di Paparoger ni berkonsepkan makanan barat (western food). Di sini juga diorang ada menu signature dish. Signature dish ni cam menu diorang sendiri la. Mied grill, lamb chop (set), grill dory cheese (set), tortilla sandwich, nasi goreng buluh runcing dan char ho fun antara signature dish diorang.
buku menu dan senarai harga signature dish paparoger
Taknak makan signature dish, ada banyak lagi menu lain yang korang boleh pilih. Pilihan di tangan anda...hihiihihi.. Makan petang aku untuk kali ni, aku makan mushroom sup with garlic bread, bolognese spaghetti, chicken chop dan nasi goreng buluh runcing. Rasanya sangat sedap dan menyelerakan.
Nasi Goreng Buluh Runcing

chicken chop

mushroom sup with garlic bread

bolognese spaghetti
Kepada yang ingin mencuba di paparoger, boleh lah datang ke Seberang Jaya seperti yang aku  dah explain seperti diawal bicara dalam posting ni... Bagi membantu pencarian korang dengan lebih berkesan, aku sertakan gps koordinat dan google map seperti di bawah:
gps koordinat paparoger cafe : 5°23'31.7"N 100°24'05.6"E

Restoran mamak Al-Jaffar Simpang Empat Semanggol

 Restoran Mamak Al-Jaffar Simpang Empat Semanggol
Restoran Al-Jaffar ni satu-satunya restoran mamak yang ada di Simpang Empat Semanggol, Perak. Sebelum ni tidak pernah ada restoran mamak di kawasan kampung ni. Budak-budak kampung dah ada port untuk melepak malam-malam. Bukan saja budak-budak, orang tua pun ramai yang melepak. Tambahan pun restoran mamak Al-Jaffar ni ada layar TV besar. Hujung minggu mesti ramai orang layan game bola EPL. Masa season world cup lagi la meriah.
roti canai kuah banjir

Megi sup
Biasanya kalau nak melepak tu, diorang order yang light light je, macam roti canai or yang goreng-goreng. Teh tarik off course la selalu orang order, sinonim dengan kedai mamak teh tarik ni...
teh tarik
Restoran Al-Jaffar ni dekat deretan kedai Taman Seri Semanggol. Sebelah kedai mamak ni adalah kedai farmasi Semanggol. Dah sampai Simpang Empat semanggol, memang senang nak cari restoran Al-Jaffar, sebab takda dah restoran mamak lain kat sini...hahahahaha..

gps koordinat restoran mamak Al-Jaffar Simpang Empat Semanggol : 4°56'53.0"N 100°37'52.5"E

Makan tengahari di Bawal Goreng Kelapa Sawit, Juru Pulau Pinang

Ok, apa kena mengena kelapa sawit dengan bawal goreng? Sebenarnya kedai ni orang panggil bawal goreng kelapa sawit disebabkan kedai ni tempat makannya di bawah pokok kelapa sawit. Tempat tumpuan orang ramai waktu tengahari di Juru, Pulau Pinang, bukan saja dari orang melayu, orang cina dan india pun turut datang ke bawal goreng kelapa sawit ni. Kalau dari simpang tiga Mac Donald Juru tu, ambil ke kiri terus ke Jalan Tok Kangar. Bawal goreng kelapa sawit kat area-area situ sebelah kanan jalan.
bawal goreng panas-panas
Ikan bawal digoreng panas-panas, diangkat dari kuali terus ke pinggan korang. Nak minta ikan lain, takde ek...keli pun takde...hal ada bawal sahaja yang digoreng panas-panas. Bukan la bermaksud korang datang sini just makan bawal goreng dengan nasi kosong je...hahahaha... Ada banyak lagi lauk di sini, macam-macam gulai, sayur dan lain-lain.
pelbagai lauk pauk
Tempat makan disediakan khemah yang besar di bawah beberapa batang pokok kelapa sawit. Selain air bancuh (kopi, teh, teh tarik etc), di sini juga ada jual air tebu dan air kelapa sama ada gelas besar ataupun gelas kecil.
gerai air kelapa

khemah makan bawah pokok kelapa sawit

tempat ambil nasi, lauk, sebahagian ada tempat makan

tempat goreng ikan bawal
Satu lagi yang menarik Bawal Goreng Kelapa Sawit ni, tempat parking yang luas dan selesa. Tak payah nak berebut-rebut, walaupun ramai orang datang, parking bukanlah satu masalah besar.
tempat parking Bawal Goreng Kelapa Sawit
Bagi yang tak biasa dengan kawasan Juru ni, maybe lebih mudah bagi korang untuk ikut je gps koordiant. Justeru itu, bagi merealisasikan usaha pencari korang, di sini aku sertakan gps koordinat dan juga google map sebagai rujukan korang.
gps Bawal Goreng Kelapa Sawit Juru : 5°19'12.5"N 100°25'59.9"E

Sarapan pagi di Restoran Nasi Kandar Subaidah Seberang Jaya

Restoran Nasi Kandar Subaidah, Seberang Jaya
Restoran Nasi Kandar Subaidah yang terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang ni memang sentiasa ramai dengan pelanggan, apatah lagi di belakang restoran Nasi Kandar Subaidah ni ada bangunan yang menempatkan pelbagai pejabat-pejabat pelbagai agensi. Restoran ni buka 24 jam. 
Aku datang sini nak sarapan pagi. Banyak juga menu untuk sarapan pagi ni. Selain makanan standard sarapan pagi macam roti canai, nasi lemak, terdapat juga makanan lain yang boleh korang makan sebagai sarapan pagi. Untuk menu sarapan aku kali ni di Subaidah, aku pilih mee goreng, capati dan roti john.
mee goreng

roti john

capati
Kedudukan Restoran Nasi Kandar Subaidah ni adalah bersebelahan dengan highway. Kalau nak pergi Subaidah ni dari highway menuju ke selatan, korang kena exit susur keluar Permatang Pauh dulu, kalau terlepas susur keluar ni, bye-bye ler.....lebih selamat, better guna gps koordinat seperti di bawah:
gps koordinat Restoran Nasi Kandar Subaidah Seberang Jaya : 5°24'26.7"N 100°24'28.7"E

Makan sampai kenyang di D'Fiesha Licious Steamboat & Grill, Bertam Kepala Batas

D'Fiesha Licious Steamboat & Grill
D'Fiesha Licious Steamboat & Grill ni terletak di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Malam-malam bila aku lalu depan kedai ni, ramai betul orang datang makan. Korang pun tahu kan, mana-mana kedai makan berkonsepkan Steamboat & Grill, kena masak sendiri alah macam Soeul Garden tu...
Harga per head aku tak ingat berapa, tapi korang boleh makan sampai kenyang la kat sini.
Ada dua perasa untuk steamboat sama ada tomyam(pedas) ataupun sup(tak pedas). Korang boleh refill sendiri kalau dah habis. Kuah ni adalah untuk korang celur/masak makanan seperti mee, megi, speggeti, sayur, sosej, sayur dan banyak lagi la ada.
Untuk yang grill pula, ada daging dan ayam yang diperab dengan pelbagai perisa perab yang sedap-sedap.
Selain tu pelbagai jenis seefood pun ada seperti udang, kepah, siput buluh dan banyak lagi lah....
antara makanan yang ada di D'Fiesha Licious Steamboat & Grill
Dah ambil semua tu, pi masak sendiri kat atas meja korang. Di atas setiap meja ada disediakan dapur untuk steamboat & grill. Dapur tu menggunakan gas yang dalam tin, alah macam tin spray cat tu. Korang guna je, kalau gas habis, minta diorang refill kan balik.
steamboat & grill in action
Kalau korang nak try makan di D'Fiesha Licious Steamboat & Grill, boleh cari di Bertam Walk, Bertam Kepala Batas. Selain tu korang boleh je guna terus gps koordinat dan google map seperti di bawah ni:
gps koordinat D'Fiesha Licious Steamboat & Grill : 5°30'54.7"N 100°26'54.4"E

Makan tengahari nasi campur mami world, AEON Big Seberang Jaya

Nasi Campur mami world
Kalau nak makan tengahari nasi campur dekat tempat yang sejuk ada aircond, boleh la datang ke gerai Nasi Campur Mami World di food court (medan selera) AEON Big, Seberang Jaya. Satu-satunya nasi campur melayu di situ. Satu lagi adalah nasi kandar Hussain. Nasi Campur Mami World ni pun sedap jugak la. Yang unik sikit, korang boleh makan guna pinggan besar. Tapi kalau tak suka pinggan besar, boleh je ambil pinggan yang saiz biasa.
pelbagai lauk dan senarai harga Nasi Campur Mami World

sepinggan besar nasi campur 
Golongan wanita syok makan sini, sebab lepas makan boleh terus shopping dalam AEON Big hihihii...food court ni kalau tengok waktu tengahari memang ramai la orang datang makan terutamanya kakitangan kerajaan dan swasta. Waktu lunch la katakan. Tambah-tambah kalau waktu hujan, susah nak parking or nak kena meredah hujan di tempat makan kat luar tu, lebih baik datang food Aeon Big jer, tak kena hujan langsung..
gps AEON Big Seberang Jaya : 5°23'20.2"N 100°24'32.8"E

Jom makan pulut durian di Cafe Milla Hana Pulut Kedah, Tikam Batu, Kedah

Cafe Milla Hana Pulut Kedah
Musim-musim tengah banyak durian ni, ramai orang jual durian ditepi-tepi jalan. Sebab dah banyak sangat, harga durian pun jatuh jugak. Ada yang jual serendah RM4 sebiji. Mungkin ada yang lagi murah kot. Ada yang suka makan dengan pulut, ada yang suka buat bubur, ada yang suka makan dengan cendol, ada yang suka makan macam tu je...masing-masing punya pilihan. Haaaaa... oleh yang demikian, aku nak share kat korang satu tempat yang sempoi untuk makan durian ni. Sapa-sapa duduk area utara ni, aku nak suggest kat korang Cafe Milla Hana Pulut Kedah yang terletak di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.
longgokan durian di Cafe Milla Hana Pulut Kedah
 Cafe Milla Hana Pulut Kedah ni, betul-betul bertentangan dengan Pasar Awam Tikam Batu. Makna kata kalau jumpa pasar awam ni, pastinya korang akan jumpa dengan Cafe Milla Hana Pulut Kedah ni. Yang menariknya di sini, korang boleh makan durian sampai kenyang dengan syarat tak boleh bawa balik. Makan sampai muntah hijau pun takpa...hihihi. Ada pakej-pakej yang korang boleh pilih. Semuanya aku dah tolong snap senarai menu untuk korang. Senarai menu tu boleh tengok kat bawah sekali. Aku dah tempek kat situ. Itu kalau korang datang memang nak makan durian sesaja. 
tempat makan yang luas dan selesa
Kalau korang nak makan dengan pulut, pun ada juga disediakan. Sama ada korang nak pilih set or ala carte je pun boleh. Pulut ni korang boleh pilih nak makan pulut durian or pulut mangga. Dua-dua ada. Menu-menu sampingan yang lain macam cendol durian, ais krim durian, durian creepe pun ada juga. Tempat makan pun agak selesa dan luas. Korang boleh pilih dan duduk temapat yang ada aircond or tempat yang terbuka. Kalau nak selesa sikit, duduk tempat aircond la kan...hihihihi. lagi satu nak bagitau kat sini, Cafe Milla Hana Pulut Kedah ni beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin. Isnin cuti. Start dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.
pulut durian (now you see)

pulut durian (now you don't)
Oleh sebab purpose aku datang ke Cafe Milla Hana Pulut Kedah ni aku nak makan pulut durian, so aku order pulut durian je. Aku ambil yang set. Makan durian sampai muntah hijau, lain kali aku datang...hihihihi.. Kalau ambil set, korang boleh dapat durian creepe, ais krim durian, cendol durian...ikut set yang korang pilih la. Memang terbaik la pulut durian ni. Pulut yang lembut, lemak berkrim disukai ramai. Kalau tak cukup lemak lagi, korang boleh tambah sendiri santan ikut citarasa korang sebab diorang sediakan sekali santan untuk korang adjust sendiri ikut suka hati korang. Ok la, korang boleh tengok sendiri la gambar-gambar lain di bawah, menu-menu yang ada di Cafe Milla Hana Pulut Kedah ni dan juga gps koordinat untuk datang ke sini.





santan untuk pulut durian

cendol durian

durian creepe

ais krim durian

menu pakej makan durian samapai puas

menu 1 : Cafe Milla Hana Pulut Kedah

menu 2 : Cafe Milla Hana Pulut Kedah

menu 3 : Cafe Milla Hana Pulut Kedah
Lokasi mengikut google map dan gps koordinat untuk ke Cafe Milla Hana Pulut Kedah ni pun aku sertakan sekali untuk memudahkan pencarian korang. Bagi yang tak biasa datang ke Tikam Batu, better pakai je gps koordiant seperti di bawah:
gps koordinat Cafe Milla Hana Pulut Kedah : 5°35'17.6"N 100°26'22.4"E

Makan tengahari di kedai Pak Man Tomyam, Taman Pauh Indah, Permatang Pauh

Kedai ni takda la pulak signboard nama kedai. Aku pun confius nama kedai ni. Bila tanya kat diorang kedai ni nama apa, diorang pun cam blur-blur..hihihi....tapi diorang cakap kedai ni kebanyakan orang panggil kedai Pak Man Tomyam.
Kedai Pak Man Tomyam
Makan tengahari di kedai Pak Man Tomyam ni pun sedap juga. Banyak lauk yang sedap-sedap. Gulai-gulai pun macam mak-mak masak kat rumah. Ada gulai daging, gulai ayam, gulai ikan masin. Dulu-dulu sebelum aku tahu nama kedai ni namanya kedai Pak Man Tomyam, aku secara peribadi panggil kedai ni "kedai teh ais sedap". Sebabnya teh ais kat sini memang sedap dan aku suka teh ais ni.
teh ais sedap
Selain makan tengahari, kedai Pak Man Tomyam ni juga buka pada waktu malam. Malam tak jual lauk tengahari la...Menu goreng-goreng pada waktu malam. Makan malam kat sini pun sedap dan sempoi.
nasi makan tengahari aku.....
Sekali lagi nak nak bagitau lokasi Pak Man Tomyam ni berdekatan dengan jalan utama, Taman Pauh Jaya, betul-betul depan kedai ni bus stop. Diseberang jalan pulak ada stesen minyak petron. Selain tu, korang boleh juga rujuk google map di bawah dan juga gps koordinat.
gps koordinat Pak Man Tomyam : 5°22'28.6"N 100°25'17.8"E

Bersarapan pagi di Kapitan Bandar Perda, Pulau Pinang

Sekiranya korang berada disekitar Bandar Perda, Pulau Pinang waktu pagi dan tengah mencari-cari sarapan pagi, korang boleh cuba di Kapitan Perda ni. Standard biasanya orang nak makan roti canai kan. Pagi-pagi nak parking kawasan ni pun senang. MPSP tak operasi lagi la kot pagi-pagi...staf depa pun tengah cari breakfast...hihihihi..(ni andaian aku saja)...kalau kena saman, jangan marah aku ek..kui kui kui...
Kapitan Bandar Perda, Pulau Pinang
So, untuk sarapan aku pagi tu, aku pilih untuk makan capati dan tosei. Capati dan tosei ni kat kedai melayu jarang ada. Kalau roti canai tu bersepah la. Sedap juga la bagi aku sekali-kali makan makanan yang jarang-jarang kita makan ni. Minum standard la kalau restoran kapitan/mamak, mesti order teh tarik tapi tak boleh minum selalu takut kena potong kaki plak nanti.
capati dan tosei

teh tarik
Selain tu, aku tengok kalau nak makan nasi pagi-pagi pun dah ada, sebab dah ada pun pelbagai lauk kat bahagian nasi kandar. Aku tak pasti diorang dah ready untuk menu nasi or just baru nak setup. Tapi yang pasti lauk dah ada. Tak caya tengok gambar di bawah ni....
pelbagai lauk yang ada
Lokasi kapitan Bandar Perda ni, macam aku cakap tadi la kan, kat Bandar perda. Secara spesifik boleh guna gps koordinat dan juga boleh rujuk google map seperti di bawah:
gps koordinat kapitan perda : 5°22'05.6"N 100°26'12.6"E