Kebelakangan ini, telah timbul satu aliran agama yang menolak mazhab sebagai panduan kepada umat Islam. Golangan ini berkata Manhaj kita adalah Al-Quran dan Sunnah, dan kita perlulah mengikut kata-kata Al-Quran dan Sunnah tanpa perlu merujuk kepada imam-imam besar. Pada dasarnya pernyataan tersebut sangat tepat kerana Al-Quran dan Sunnah lah adalah pegangan kita kerana hanya kedua-dua sumber tersebut dapat membimbing manusia kepada kebenaran.
Namun begitu, untuk merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, tidak semudah untuk kita mentafsirkan mengikut pemahaman kita semata-mata apatah lagi dengan ilmu yang terbatas sedangkan para sahabat pun berbeza pendapat terhadap sesuatu hukum selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ketika nabi masih hidup, tidak menjadi masalah kerana setiap masalah/hukum akan dirujuk terus kepada baginda nabi.
Hadis adalah salah satu komponen sunnah. Sunnah pula merupakan sumber atau dalil kepada hukum syarak selepas Al-Quran. Hadis bukan hukum kerana hadis adalah dalil atau hukum. Oleh yang demikian, hukum berbeza daripada dalil. Kita wajib berpegang kepada dalil kerana ia mengandungi hukum syarak. Apa pula hukum syarak? Dalam definasi yang mudah adalah hukum hasil dari tuntutan syarak yang diketahui atau diistinbatkan daripada sesebuah dalil sama ada Al-Quran ataupun Sunnah.
Bagi meleraikan sesuatu masalah, hukum diistinbatkan daripada sumber atau dalil menggunakan metodologi dan kaedah hukum dalam sesuatu proses yang dipanggil ijtihad. Seorang mujtahid yang mengistinbatkan sesuatu hukum daripada dalil (hadis sebagai contoh) hendaklah sekurang-kurangnya mempertimbangkan 10 perkara berkaitan proses istinbat hukum. Perkara tersebut adalah seperti berikut:
- Apakah status hadis tersebut? Sahih atau dhaif?
- Jika sahih, siapa (muhaddis) yang mentashihkannya? Apakah syarat penerimaan hadis yang dia tetapkan?
- Jika dhaif, siapa yang menyatakan dhaif? Dhaif itu menurut syarat siapa (muhaddis)?
- Bagaimana dapat dirumuskan hukum daripada hadis sahih tersebut? Katakan ada dhaif, tetapi ia disokong oleh banyak hadis lain yang sahih bercampur dhaif lain, apa tindakan perlu dibuat?
- Apakah kaedah permahaman dan pentafsiran nas yang digunakan?
- Apakah hukum yang diistinbatkan? Haram atau makruh? wajib atau sunat?
- Adakah dalam kes yang sama, terdapat ayat Al-Quran atau hadis lain yang kontradik?
- Jika kontradik, apakah kaedah yang digunakan? Harmonikan antara dalil, naskh mansukh atau tarjih salah satu?
- Adakah rasional (illah) hadis tersebut terhad (qasirah) atau berkembang (muta'addiyah) dalam kes lain?
- Adakah hadis tersebut dalam bidang kuasa Nabi sebagai pemimpin negara, hakim, rasul yang menyampaikan wahyu atau kapasiti Baginda sebagai manusia biasa atau nas itu hanya menjadi keistimewaan (khususiyyat) Baginda?
Sebenarnya bukan mudah untuk kita mengistinbatkan hukum secara sendiri-sendiri sekalipun kita mendakwa merujuk kepada hadis yang sahih. Adakah ilmu kita menyamai dengan imam-imam yang terdahulu? Sebab itu lah kita digalakkan untuk berpegangan kepada mazhab kerana 4 mazhab utama yang Allah pelihara sehingga sekarang bukan lah agama baru. Ianya adalah metodologi yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Maknanya ikut mazhab pun sebenarnya juga mengikut Al-Quran dan sunnah. Kita tidak akan mampu untuk mentafsir sendiri dengan ketebatasan ilmu yang kita miliki. Ada ustaz sekarang ni mempromosikan agar orang awan berbalik kepada Al-Quran dan Sunnah secara direct tanpa menggunapakai metodologi yang telah disediakan oleh imam mazhab. Niat yang murni tapi dengna cara yang salah.
No comments:
Post a Comment