Makan-makan di medan selera Mydin Parit Buntar

Nasi Kandar Padang Kota, Mydin Parit Buntar, Perak
Selepas dah puas bershopping di Mydin Parit Buntar, boleh la rehat dan makan-makan di medan selera (food court). Ataupun korang memang saja-saja nak datang makan di sini pun ok jugak. Gerai utama di Mydin ni, biasa la kan, tentunya restoran nasi kandar. Banyak menu di Nasi Kandar Padang Kota ni. dari yang ringan-ringan hingga ke makanan yang berat-berat. Roti canai. roti bom, tosai, capati, roti nan, tandori, mee goreng, nasi goreng, goreng-goreng, nasi kandar etc. Dekat restoran Nasi Kandar Padang Kota ni pun dah macam-macam ada, belum lagi round ke gerai-gerai yang lain. Antara gerai makanan lain yang ada di medan selera Mydin Parit Buntar ni adalah young tau foo, dessert & ice cream, minuman, nasi campur, western food, selera nusantara, clay pot and hot plate, aneka sup dan nasi ayam.
gerai-gerai lain di Mydin Parit Buntar

GPS koordinat mydin Parit Buntar, Perak : 5°07'42.3"N 100°28'59.2"E

Pekan Rabu (pasar pagi) Simpang Empat Semanggol

Pekan Rabu Simpang Empat semanggol
Pekan Rabu ni adalah pasar pagi sebenarnya. Lokasi Pekan Rabu ni adalah di Simpang Empat Semanggol, Perak. Penduduk tempatan panggil pasar pagi ni sebagai Pekan Rabu. Dalam seminggu, hanya sekali je ada iaitu pada setiap hari Rabu. Pekan Rabu ni memang boleh masuk dalam Malaysia book of record sebagai pasar pagi yang paling lama bertahan sehingga hari ni. Apa taknya, Pekan Rabu ni wujud sejak zaman mak aku kecil lagi. Mak aku pun tak tahu bila sebenarnya Pekan Rabu ni mula beroperasi. Mak aku sekarang ni umur dah 70++, maknanya Pekan Rabu ni lebih tua dari mak aku. Aku pun masa aku kecil-kecil memang suka pergi ke Pekan Rabu ni. Disebabkan Pekan Rabu ni hari Rabu, iaitu waktu sekolah, jadi terpaksa tunggu cuti sekolah untuk nak pergi ke Pekan Rabu ni. Memang excited kalau dapat pergi Pekan Rabu. 
Yang bestnya di Pekan Rabu ni, kebanyakan peniaga adalah warisan turun-temurun. Dari bapak turun ke anak berniaga. Masa kecil-kecil aku tengok peniaga yang muda, sekarang bila aku berkesempatan untuk pergi ke Pekan Rabu ni, aku dapati peniaga yang sama, tapi dah tua, siap anak pun dah besar bantu bapak berniaga. Uniknya Pekan Rabu ni!
mee goreng, koew teow goreng Pak Ndak
Mee goreng Pak Ndak ni dari aku kecil sampai la dah beranak pinak sekarang ni, kalau datang je Pekan Rabu mesti aku beli mee Pak Ndak ni. Satu lagi makanan feveret aku di sini adalah pasembor...memang terbaik, dari dulu sampai sekarang sedap masih maintain. Cuba harga je berubah mengikut peredaran zaman. Bayangkan la aku beli pasembor masa kecil dulu dalam 60-70sen je..zaman mak aku kecil lagi la murah kan...sekarang harga dalam RM2-3 ringgit sebungkus. Itu la warisan berniaga turun termurun di Pekan Rabu....
Video kat bawah ni adalah sebahagian dari gambaran Pekan Rabu tahun 2018. Aku tak rakam setiap lorong la...Kalau korang ada video Pekan Rabu yang lama, yang legend, boleh la share di sini.


Lokasi Pekan Rabu Simpang Empat Semanggol, Perak ni, korang boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah. Tapi ingat ek, Pekan Rabu ni hanya ada pada hari Rabu dan waktu pagi sahaja.
GPS koordinat Pekan Rabu Simpang Empat Semangol : 4°57'04.0"N 100°37'40.6"E

Sarapan pagi di restoran Al Manara, Sungai Besar, Selangor

restoran al-manara
Al-Manara ni sebenarnya restoran nasi kandar yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Bukan setkat nak sarapan pagi, nak makan tengahari, makan petang, malam malam, makan tengah malam....semuanya boleh kat sini..itulah kelebihan kedai mamak sebenarnya. Cuma kali ni aku nak fokus kat sarapan pagi di sini. Apa yang aku tengok, ramai jugak orang pilih Al-manara ni untuk bersarapan pagi. Bukan setakat roti canai, nak makan yang goreng-goreng pun ada. Nak makan yang berat-berat a.k.a nasi kandar pun aku tengok ada jugak untuk sarapan...Minuman standard kalau datang kedai mamak, biasanya kebanyakkan orang order teh tarik. Untuk menu sarapan pagi aku kali ni, aku makan roti bom dan minum teh tarik.
dalam restoran al-manara

teh tarik

roti bom
lokasi restoran nasi kandar Al-Manara ni, korang boleh rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah:
gps koordinat restoran Al-Manara Sungai Besar: 3°40'28.6"N 100°58'55.2"E

Singgah makan di Restoran Ayam Penyet Jawa Timur di Manjung Perak.

Restoran Ayam Penyet Jawa Timur, Manjung Perak
Bukan di Jawa Timur Indonesia ye... Nama restoran ni adalah 'Restoran Ayam Penyet Jawa Timur' yang terletak di Manjung Perak. On da way nak balik kampung tu, aku singgah jap di restoran ayam penyet ni. Kebetulan bulan puasa, so kena cari kedai la untuk berbuka dan pilihan aku restoran ayam penyet ni. Ayam penyet ni adalah menu dari negara seberang. Semenjak dua menjak ni, restoran ayam penyet telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Orang Malaysia dah suka makan masakan ayam penyet ni. Ada banyak menu pilihan di restoran ayam penyet di Manjung ni. So aku just order menu standard je macam lele penyet (ikan keli), ayam penyet dan ikan bawal penyet. Macam mana boleh penyet aku pun tak tahu...maybe penyet kena langgar dengan lori kot..hahahaha...ok part yang langgar lori tu jangan ambil serious sangat..aku bergurau je.
menu penyet di ayam penyet
Set ikan bawal, lele (keli) dan ayam penyet, setiap set tu ada sambal, tempe goreng, tahu goreng dan sayur kangkung. Sup kosong tak pasti la sekali dengan set sebab bila tengok bill, sup kosong ni semangkuk diorang charge RM1.
lele (keli) penyet

ayam penyet

bawal penyet
Lokasi secara spesifik, Restoran Ayam Penyet Jawa Timur ni, korang boleh cari dideretan kedai di Manjung ni. Kat depan berhampiran dengan main road, landmark yang korang kena cam adalah, Mac Donald, Hospital Pantai. Ada JUSCO Manjung jugak kat sini. Tapi Ayam Penyet ni bukan dalam JUSCO ek. Lagi senang nak cari, korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah:

gps koordinat Restoran Ayam Penyet Jawa Timur, Manjung Perak : 4°12'38.5"N 100°40'09.7"E

Al-Quran dan Sunnah : Boleh ke kita istinbat hukum sendirian tanpa melalui mazhab?

Kebelakangan ini, telah timbul satu aliran agama yang menolak mazhab sebagai panduan kepada umat Islam. Golangan ini berkata Manhaj kita adalah Al-Quran dan Sunnah, dan kita perlulah mengikut kata-kata Al-Quran dan Sunnah tanpa perlu merujuk kepada imam-imam besar. Pada dasarnya pernyataan tersebut sangat tepat kerana Al-Quran dan Sunnah lah adalah pegangan kita kerana hanya kedua-dua sumber tersebut dapat membimbing manusia kepada kebenaran.
Namun begitu, untuk merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, tidak semudah untuk kita mentafsirkan mengikut pemahaman kita semata-mata apatah lagi dengan ilmu yang terbatas sedangkan para sahabat pun berbeza pendapat terhadap sesuatu hukum selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Ketika nabi masih hidup, tidak menjadi masalah kerana setiap masalah/hukum akan dirujuk terus kepada baginda nabi.
Hadis adalah salah satu komponen sunnah. Sunnah pula merupakan sumber atau dalil kepada hukum syarak selepas Al-Quran. Hadis bukan hukum kerana hadis adalah dalil atau hukum. Oleh yang demikian, hukum berbeza daripada dalil. Kita wajib berpegang kepada dalil kerana ia mengandungi hukum syarak. Apa pula hukum syarak? Dalam definasi yang mudah adalah hukum hasil dari tuntutan syarak yang diketahui atau diistinbatkan daripada sesebuah dalil sama ada Al-Quran ataupun Sunnah.
Bagi meleraikan sesuatu masalah, hukum diistinbatkan daripada sumber atau dalil menggunakan metodologi dan kaedah hukum dalam sesuatu proses yang dipanggil ijtihad. Seorang mujtahid yang mengistinbatkan sesuatu hukum daripada dalil (hadis sebagai contoh) hendaklah sekurang-kurangnya mempertimbangkan 10 perkara berkaitan proses istinbat hukum. Perkara tersebut adalah seperti berikut: 
  1. Apakah status hadis tersebut? Sahih atau dhaif?
  2. Jika sahih, siapa (muhaddis) yang mentashihkannya? Apakah syarat penerimaan hadis yang dia tetapkan?
  3. Jika dhaif, siapa yang menyatakan dhaif? Dhaif itu menurut syarat siapa (muhaddis)?
  4. Bagaimana dapat dirumuskan hukum daripada hadis sahih tersebut? Katakan ada dhaif, tetapi ia disokong oleh banyak hadis lain yang sahih bercampur dhaif lain, apa tindakan perlu dibuat?
  5. Apakah kaedah permahaman dan pentafsiran nas yang digunakan?
  6. Apakah hukum yang diistinbatkan? Haram atau makruh? wajib atau sunat?
  7. Adakah dalam kes yang sama, terdapat ayat Al-Quran atau hadis lain yang kontradik?
  8. Jika kontradik, apakah kaedah yang digunakan? Harmonikan antara dalil, naskh mansukh atau tarjih salah satu?
  9. Adakah rasional (illah) hadis tersebut terhad (qasirah) atau berkembang (muta'addiyah) dalam kes lain?
  10. Adakah hadis tersebut dalam bidang kuasa Nabi sebagai pemimpin negara, hakim, rasul yang menyampaikan wahyu atau kapasiti Baginda sebagai manusia biasa atau nas itu hanya menjadi keistimewaan (khususiyyat) Baginda?
Sebenarnya bukan mudah untuk kita mengistinbatkan hukum secara sendiri-sendiri sekalipun kita mendakwa merujuk kepada hadis yang sahih. Adakah ilmu kita menyamai dengan imam-imam yang terdahulu? Sebab itu lah kita digalakkan untuk berpegangan kepada mazhab kerana 4 mazhab utama yang Allah pelihara sehingga sekarang bukan lah agama baru. Ianya adalah metodologi yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Maknanya ikut mazhab pun sebenarnya juga mengikut Al-Quran dan sunnah. Kita tidak akan mampu untuk mentafsir sendiri dengan ketebatasan ilmu yang kita miliki. Ada ustaz sekarang ni mempromosikan agar orang awan berbalik kepada Al-Quran dan Sunnah secara direct tanpa menggunapakai metodologi yang telah disediakan oleh imam mazhab. Niat yang murni tapi dengna cara yang salah.