Senarai Kabinet Malaysia 2018 angkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia pada 21 Mei 2018

Adat bertanding, ada menang dan ada yang kalah. Yang menang bukan akan sentiasa memang, yang kalah bukan bererti mengalah. PRU14 kali ini yang dijalankan pada 9 Mei 2018 menyaksikan satu gelombang besar yang berjaya menumbangkan gergasi besar Barisan Nasional (BN) melalui kesepakatan parti pembangkang yang bersatu di bawah satu payung yang sama iaitu Pakatan Harapan (PH). BN yang telah memerintah Malaysia lebih dari 60 tahun akhirnya akur dengan suara rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem pentadbiran negara. BN bukanlah tidak ada jasa langsung kepada negara, banyak jasa dari sebelum merdeka lagi telah ditabur dan segala bakti adalah untuk rakyat Malaysia. Generasi lama (orang-orang tua) mungkin lebih memahami jasa BN ini. Namun akhir-akhir ini, banyak kepincangan yang berlaku dalam BN yang di terajui oleh para pemimpin yang lupa akan keperluan rakyat. Kehendak rakyat tidak ditunaikan dan tidak dizahirkan dalam bentuk yang menyenangkan rakyat. Rakyat terasa beban dengan kos sara hidup yang tinggi. Mungkin orang yang kaya tidak merasai sangat kos sara hidup ini. Orang-orang kampung, golangan pendapatan sederhana adalah golongan yang sangat terkesan dengan isu ini. Seharusnya para pemimpin BN sedar akan hal ini kerana di situ lah rakyat akan menghukum kerajaan yang berkuasa. 
Buat pertama kalinya berlaku di Malaysia, kerajaan sekarang yang selama ini hanya mengalas tugas sebagai pembangkang, tiba-tiba diberi mandat untuk mentadbir negara melalui PRU14 yang lepas. Selain itu, banyak sejarah lain juga tercipta pada mandat kerajaan kali ini. Antaranya adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua selepas mentadbir Malaysia selama 22 tahun ketika beliau masih dalam Barisan Nasional. Timbalan Perdana Menteri juga buat kali pertamanya adalah dari golongan wanita apabila Datin Seri Wan Azizah Ismail dipertanggungjawabkan untuk mengalas jawatan tersebut. BN yang selama ini yang menjadi tunjang negara, buat kali pertama memegang title sebagai pembangkang. Itu lah antara perkara-perkara yang berlaku yang bukan pada kebiasaan yang kita dengar selama ini kini menjadi realiti.
Kepada BN, jadilah pembangkang yang kuat kerana setiap kerajaan perlukan pembangkang. Tanpa pembangkang, kerajaan tidak akan ada pihak yang boleh menegur jika akan kesalahan ataupun salah guna kuasa yang menyebabkan rakyat yang akan terkesan dengan tindakan tersebut. BN perlu mengunakan masa 5 tahun ini untuk bermuasabah mencari di mana silapnya agar kesilapan tersebut diperbetulkan. Jika Allah izinkan, mungkin BN akan kembali menerajui negara. Jika masih dibuai dengan cara lama, mungkin PH akan berjaya mendapat mandat sekali lagi. Allah tidak akan mrngubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang berusaha untuk berubah.
Satu lagi parti politik yang tidak diberi perhatian dalam pergelutan BN dengan PH adalah parti PAS. PAS dahulunya bersama-sama dengan parti pembangkang lain menerusi gagasan Pakatan Rakyat, mengambil keputusan untuk keluar dari gagasan tersebut atas hilang kepercayaan dengan DAP. Persengketaan dengan DAP akhirnya membawa PAS berjuang bersendirian atas tanggungjawab memertabatkan Islam di bumi Malaysia. Siapa sangka, walaupun dipandang sepi, di hina oleh bekas rakan pakatan, PAS menunjukkan kekuatannya di mana berjaya menawan Kelantan, Terrengganu dan hampir-hampir mendapat mandat untuk Kedah. Perlunya PAS dalam parlimen kerana PAS secara konsisten memperjuangkan Islam di bumi Malaysia. PAS bukan agama, tapi PAS adalah platform untuk memperjuangkan agama.
Kepada kerajaan PH, berbaktilah kepada rakyat. Martabatkan lah Islam walaupun mungkin akan ada tentangan dalam kem PH sendiri. Kita sebagai rakyat Malaysia memberi kepercayaan penuh kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri apatah lagi pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri masih segar dalam ingatan kita bagaimana Tun Dr Mahathir berjaya membawa Malaysia dari biasa-biasa kepada Malaysia yang luar biasa. Itulah hebatnya Tun Dr Mahathir Mohamad! Pada tanggal 21 Mei 2018, Kabinet Malaysia yang baru dibentuk menerusi kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah diadakan proses mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara. Berikut adalah senarai kabinet Malaysia yang telah mengangkat sumpah. Tun Dr Mahathir dijangka menamakan anggota kabinet yang seterusnya secara berperingkat-peringkat.

Perdana Menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad
Timbalan Perdana Menteri - Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail


Menteri Dalam Negeri - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Kewangan - Lim Guan Eng
Menteri Pertahanan - Mohamad Sabu

Menteri Hal Ehwal Ekonomi - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Menteri Pelajaran - Dr Maszlee Malik
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Rina Mohd. Harun



Menteri Pengangkutan - Anthony Loke Siew Fook
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Gobind Singh Deo


Menteri Tenaga Manusia - M. Kulasegaran
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Salahuddin Ayub

Menteri Kesihatan - Dr Dzulkefly Ahmad
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Zuraida Kamaruddin

Facebook group untuk peniaga online

Boleh jual macam-macam
Facebook Group · 215 members
Join Group
anda boleh beriklan apa saja di sini. Syarat untuk join hanya tambah 20 orang sahaja ke dalam group ni. Tiada syarat lain, tiada id diperlukan. Jika ramai yang di add masuk lagi bagus.

Cawangan Wan Zai Bawal Goreng Permatang Pauh

Wan Zai Bawal Goreng Permatang Pauh
Wan Zai Bawal Goreng ni adalah cawangan daripada Wan Zai yang ada di Perda. Menu standard sama je yang di Bandar Perda ataupun di Permatang Pauh dekat dgn susur masuk ke highway BKE. Juga berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu. Menu standard yang dimaksudkan adalah, set bawal goreng, set keli goreng, set ayam goreng dan lain-lain lagi. Namun begitu, di cawangan Permatang Pauh ini ada banyak lagi menu tambahan yang disediakan. Untuk menu aku kali ni, aku order set keli. Set keli ni adalah kuah gulai, ulam-ulaman dan seekor ikan keli goreng yang dihidangkan bersama-sama kicap sebagai perisa tambahan.
sekitar gambar Wan Zai Jalan Permatang Pauh
set ikan keli goreng
Lokasi cawangan Wan Zai ni adalah seperti berikut:
gps koordinat : 5°23'44.0"N 100°25'03.2"E

Menikmati Laksa Kuala Perlis di restoran Kak Su Laksa, Perlis

Kak Su Laksa Kuala Perlis
Selain Padang Besar destinasi popular yang wajib dilawati di Perlis, tidak lengkap kiranya pengunjung tidak merasai dan mencuba Laksa Kuala Perlis. Pastinya orang akan tanya dah cuba ke rasa laksa Kuala Perlis jika kita baru balik dari jalan-jalan di Perlis. Haaaa ni nak habaq mai Kak Su Laksa yang terletak di Kuala Perlis...memang kena dengan lokasi dan laksa. Kak Su Laksa ni kira famous la jugak. Ramai orang datang ke Kak Su Laksa ni untuk mencuba sendiri laksa Kuala Perlis. Kak Su Laksa ni juga pernah dikunjungi oleh Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Banyak juga selebriti yang pernah datan ke sini yang boleh dilihat pada galeri gambar disatu sudut dalam Kak Su Laksa ni. Selain laksa sebagai menu utama, menu sampingan yang sedap jugak adalah keropok lekor dan pulut udang (orang utara cakap) or pulut panggang/bakar (belah-belah selatan cakap). Sebelum laksa sampai, boleh la order yang ni dulu....Kalau terlampau ramai orang, maybe lambat sikit la dapat makan laksa. 
suasana dalam restoran Kak Su Laksa

Pilihan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan
Nasib aku baik sikit, bila aku sampai je, ada meja kosong...dengan pantas terus aku duduk untuk booked. Sebabnya kalau lambat, kena tunggu turn untuk meja kosong. Sebelum laksa sampai, ingat nak pekena pulut udang dan keropok lekor...tapi keropok lekor je ada, pulut udang dah habis.
Laksa Kuala Perlis

keropok lekor
Lokasi Kak Su Laksa ni secara spesifik, boleh la rujuk google map dan juga gps koordinat yang aku dah sediakan ni. Mesti mau datang, mesti mau cuba....nanti kena cari harumanis plak..hihihi
gps koordinat : 6°23'51.1"N 100°07'57.6"E

Makan malam yang sedap di Api-Api Ikan Bakar, Kuala Perlis

Api-Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Kalau nak makan yang sedap-sedap di Perlis ni, tempatnya semestinya la di Kuala Perlis. Makanan laut, ikan bakar, memang terbaik la. Biasanya makan yang macam ni adalah makan malam. Salah satu tempat yang menarik dah sedap untuk korang cuba adalah restoran Api-Api Ikan Bakar (seperti gambar sebelah). Makanan laut yang segar korang kena pilih sendiri. Lepas tu bagitau je nak masak apa. Ada banyak pilihan tinggal siap duit je nak bayar..hahahaha... Restoran Api-Api Ikan Bakar ni bersebelahan dengan sungai yang digunakan nelayan sebagai jeti nelayan. Sambil makan, sambil layan keindahan sungai dan bot-bot nelayan yang parking di sepanjang sungai tersebut. Parking kereta takda masalah sangat aku rasa...sebab kalau tak cukup parking depan restoran Api-Api Ikan Bakar, ada disediakan parking tambahan diseberang jalan.Kat situ, parking agak luas la sikit....tapi kena hati-hati nak melintas jalan, walaupun kereta tak banyak sangat, tapi kawasan tu kawasan selekoh yang kita mungkin tak perasan ada kereta yang lalu.
Restoran Api-Api Ikan Bakar yang bersebelahan dengan sungai

boleh lihat bot-bot nelayan yang parking dalam sungai
Pilihan menu aku untuk makan malam ni, takde la mewah sangat..maklum la bajet tak berapa nak mengizinkan...hihihi...kalau bajet korang lebih, boleh la nak makan besar. Asalnya aku nak pilih ikan siakap, tapi kebanyakan yang ada besar-besar sangat la pulak..bajet pun kena besar la jugak kan...Last-last ambil ikan bawal je..kui kui kui...so ikan bawal aku request buat bakar...menu lain adalah tom yam, terung bakar, kuah kari, ulam-ulaman dan tak lupa jugak feveret aku sotong goreng tepung...
ikan bawal bakar

tom yam

sotong goreng tepung

terung bakar

ulam-ulaman

kuah kari
Bagi yang ingin mencuba untuk makan malam di Api-Api Ikan Bakar ni, aku sediakan gps koordinat untuk korang dan juga google map. Tak tak biasa datang dan pertama kali, memang wajib guna gps sebab Api-Api Ikan Bakar ni agak ke dalam sikit tempatnya....
gps koordinat : 6°24'30.5"N 100°08'28.9"E

Jalan-jalan cuci mata di Arked Niaga Padang Besar, Perlis

Arked Niaga Padang Besar, Perlis memang menjadi tumpuan orang ramai. Sesiapa saja yang pergi ke Perlis, balik saja ke tempat masing-masing, pasti orang akan tanya pergi shopping kat Padang Besar tak? Nampak tak pengaruh Padang Besar ni...seolah-olah tempat wajib untuk singgah..Para wanita memang syok la datang sini....suami-suami kena layan je la hobi para isteri masing-masing..hihihihihi...Bentuk rupa paras bangunan Arked Niaga ni, korang boleh tengok macam kat sebelah ni...bangunan dua tingkat yang penuh dengan peniaga-peniaga yang kebanyakannya orang Thailand...Antara barangan yang diniagakan di Arked Niaga Padang Besar ni, semestinya pakaian yang cantik-cantik....tak cukup nak shopping, kat depan bangunan Arked Niaga ni pun ada banyak lagi kedai-kedai disepanjang laluan...kat luar tu ada jual barangan yang besar sikit macam karpet, toto dan banyak lagi lah.....Gambaran dalam bangunan Arked Niaga ni, korang boleh tengok gambar kat bawah ni.
Pandangan keadaan dalam Arked Niaga Padang Besar, Perlis

Pandangan kedua keadaan dalam Arked Niaga Padang Besar, Perlis
Dah penat berjalan cuci-cuci mata, tangan pun dah penuh dengan hasil peng'shopping'an, dah tentu perut pun dah lapar. Korang boleh makan dekat deretan gerai yang ada disebelah arked Niaga ni macam dalam posting aku 'makan tengahari di bazar Padang Besar, Perlis' atau pun korang boleh makan di kedai makanan restoran chempaka yang bertentangan dengan Arked Niaga ni tapi ke bawah sikit. Restoran chempaka ni menyediakan masakan ala thai...peniaga pun orang Thailand.
Restoran Chempaka, Padang Besar Perlis

menu yang aku order, nasi patprik, nasi goreng patrik, nasi goreng kampung dan megi goreng
Bagi yang first time yang nak datang ke Arked Niaga Padang Besar ni, aku sediakan google map dan gps koordinat kat korang sebagai rujukan. Tempat ni betul-betul dekat pintu sempadan Malaysia-Thailand dan nak masuk ke kawasan shopping ni, kena bayar parking..ada pondok tol parking mula-mula bila korang nak masuk...
gps koordinat : 6°39'39.2"N 100°19'27.9"E

30 hari resepi masakan terbaik untuk makan tengahari dan makan malam (1 hari 1 resepi)

Selain untuk juadah makan tengahari dan makan malam, 30 resepi ni juga sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa ketika bulan Ramadhan. Resepi yang simple, tetapi sangat sedap. Korang boleh la nak mencuba setiap resepi seperti di bawah ni:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HARI PERTAMA : KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan
- 250g ketam (dibersihkan)
- 7 biji cili hijau
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu besar garam secukup rasa
- ½ sudu kecil perasa

Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HARI KEDUA : AYAM SOS LEMON MADU

Bahan-bahan
- dada ayam 500g (potong ikut suka)
- tepung serbaguna (secukupnya)
- telur sebiji (kacau)
- madu 4 sudu besar
- lemon 2 biji (ambil jus)

Cara-cara memasak
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HARI KETIGA : PARI ASAM PEDAS

Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ikan Bakar Hani Selera Corner, Permatang Pauh berhampiran dengan susur keluar BKE

Ikan Bakar Hani Selera Corner
Kedai ni tak besar mana pun. Kalau exit BKE kat Permatang Pauh tu, belok ke arah menuju ke Arowana (yang ada pasar malam Arowana tu). Dalam 100m dari exit tu di sebelah kanan, korang akan nampak la kedai Ikan Bakar Hani Selera Corner ni. Rupa kedai cam dalam gambar di atas tu. Menu di sini adalah menu masakan ala thai. Tengok pekerja pun macam orang thai. Selain tu, menu masakan barat (western) pun ada dijual di sini. Selain tu, nama kedai pun ikan bakar kan, mestila ada ikan bakar. Cuma aku tak order la untuk review aku ni. Aku order yang biasa-biasa saja. Kalau korang datang sini boleh la cuba ikan bakar dan story la sikit kat komen bawah ni sedap ke tak ek...
mee hailam

nasi goreng kampung

kerabu megi

beef steak
Begitu la kisah aku makan malam di Ikan Bakar Hani Selera Corner Permatang Pauh ni. Sebagai panduan untuk ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map untuk korang jejak.
gps koordinat : 5°23'53.2"N 100°25'03.3"E

Nasi kandar Shahul Hamid, Kepala Batas Pulau Pinang

Restoran Nasi Kandar Shahul Hamid, Kepala Batas Pulau Pinang
Terletak di Bertam Indah, Kepala Batas Pulau Pinang. Restoran nasi kandar Shahul Hamid ni menjadi alternatif orang ramai untuk bersarapan pagi, makan tengahari ataupun makan petang walaupun ianya tidak la se'famous' dengan kedai/restoran yang ada disekitar Kepala Batas ni. Nak cari Restoran nasi kandar Shahul Hamid ni mudah je sebab Shahul Hamid ni sebaris dengan Maybank.
dalam restoran nasi kandar Shahul Hamid

roti canai banjir
Menu standard la kedai mamak kan...kat sini macam-macam ada dari roti, makanan goreng-goreng hingga ke nasi kandar. gps restoran nasi kandar shahul hamid ni, 5°31'03.7"N 100°26'17.8"E

Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim - tempat urut badan yang best!

Rumah Hutan ni memang dalam hutan. Bukan sekadar nama sahaja. Rumah Hutan ni diusahakan oleh Bonda Rozita Ibrahim ibu kepada Abang terlajak laris. Bonda Rozita pilih untuk buat urut dalam hutan sebab hutan ni adalah salah satu terapi semulajadi yang menenangkan jiwa dah raga. Nak masuk ke dalam rumah hutan ni, kena parking kat bawah je. Staf Rumah Hutan akan datang pick up kita guna 4 wheel drive. Kereta biasa tak mampu nak panjat bukit. Dah sampai dalam tu, mula-mula sekali kena pergi daftar dulu. Untuk seorang mengurut, akan dapat 2 kupon free makan untuk 2 orang. Nasi dan air teh o panas boleh tambah banyak kali, free je. Kalau nak ikan bakar, kena bayar lain harga ikan bakar tu. Ikan bakar talapia memang terbaik lah. Sambal dia pun sedap. Harga ikan bakar ni pun takda la mahal sangat. Bagi yang datang dari jauh, homestay pun disediakan. Tapi biasanya sentiasa penuh...ikut nasib korang la kalau ada rezeki boleh datang duduk homestay dalam hutan.
tempat parking Rumah Hutan

warung bonda signboard

suasana di warung bonda

ikan bakar talapia tengah dibakar

terbaik ikan bakar dan sambal...sedap
Sedikit info berkenaan urut di Rumah Hutan ni, kalau nak mengurut kena booking dulu slot. Jangan main terjah jer. Slot sentiasa penuh. Kalau datang walk in, maybe korang akan kecewa tak dapat nak mengurut. Kalau perempuan, akan di urut oleh pengurut perempuan, kalau lelaki akan diurut oleh pengurut lelaki. Semuanya di bawah khas dari Indonesia oleh Bonda Rozita. Berikut adalah info untuk rujukan korang:


Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim
Lot 1972 Jalan Lama Genting
44300 Batang Kali Selangor.

LANDMARK: AIR TERJUN SG. PINANG

gps koordinat : 3°26'19.9"N 101°41'13.2"E

Setiap hari 7 pagi - 7 malam


No tel. untuk booking slot : 013-2872133 / 019-2212617



TUKANG URUT Mak Siti, Buk Terami, Buk Ainun

PAKEJ A - RM250
-15min Rendam Kaki Garam Flakes
-15min Sauna Herba
-1jam 30min Urutan Wanita (fullbody)

PAKEJ B - RM150
-15 min Rendam Kaki Garam Flakes
-1 jam Urutan wanita (fullbody)



TUKANG URUT TOK AYAH

PAKEJ A - RM250
-15min Rendam Kaki Garam Flakes
-15min Sauna Herba
-1jam 30min Urut cari Urat (fullbody)

PAKEJ B - RM150
-15 min Rendam Kaki Garam Flakes
-1 jam Urut cari urat (fullbody)

PAKEJ KANAK-KANAK (TOK AYAH) - BAWAH 10 TAHUN

30MIN URUT RM40

PAKEJ - KHAS RAWAT BATIN SAHAJA - RM70 (30MIN)
- 10min Rendam Kaki Garam Flakes 
- Urutan khas Batin Lelaki ( 15-20min )

Urutan pada point2 urat saraf kaki & pengkal peha - TAK URUT FULLBODY

Nak urut FULLBODY, ADD ON :

+ 1 JAM BERURUT RM130
+ 1 JAM 30MIN BERURUT RM180

PAKEJ A -SELAIN DARI MASALAH BATIN Seperti yg dinyatakan diatas - RM250
- 15min Rendam kaki Garam Flakes
- 15min Sauna Herba
- 1jam 30min Urut cari Urat (FULLBODY)

PAKEJ B -SELAIN DARI MASALAH BATIN Seperti yg dinyatakan diatas - RM150
- 15min Rendam Kaki Garam Flakes
-1 jam Urut cari urat (FULLBODY)

PAKEJ KANAK - KANAK
10 TAHUN KEATAS & 18TAHUN KEBAWAH -
- 30MIN URUT RM50 -

HARGA PAKEJ DIATAS TERMASUK :
1X MAKAN (*Makanan disediakan PERCUMA bagi yang mengambil mana-mana pakej urutan SAHAJA)

 PENGANGKUTAN /DRIVER (Jemput & hantar dari bawah bukit Rumah Hutan Bonda) - NO CHARGES




google map rumah hutan: