Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
Jalan-jalan di Design Village Outlet Mall, Batu Kawan, Pulau Pinang
Design Village, Batu Kawan Pulau Pinang
Hujung minggu jom kita jalan-jalan di Design Village Outlet Mall di Batu Kawan Pulau Pinang. Outlet mall ni memang syurga dunia untuk kali shopping. Memang rambang mata kalau golongan-golongan ni yang sampai ke sini hahahaha....Banyak barang-barang branded yang ada di Design Village ni. Kadang-kadang kalau nasib baik, banyak offer sale (jualan murah) potongan hingga 50%-70%. Kawasan yang sangat luas dan banyak juga outlet ada. Bila dah lapar, ada restoran di dalam Design Village ni. Ada KFC, western food. Bagi yang tak suka nak masuk restoran, food court jugak ada di sediakan. Kat sini diorang panggil food bazaar (medan selera). Ada banyak juga gerai dalam ni....tapi mahal jugak la kalau nak makan di food bazaar ni.
antara gamba-gambar di Design Village Outlet Mall
Food bazaar a.k.a medan selera di Design Village Outlet Mall
Aku pilihan gerai ayam penyet untuk makan sebab tengok gambar macam sedap jer. Bila dah makan memang ternyata sedap walaupun agak mahal..nasib baik sedap, kalau tak, mahal saja tak sedap mesti menyesal order. Aku order nasi pecalele dan nasi goreng ulu. Bihun goreng je order dari gerai lain.
nasi pecalele
nasi goreng ulu
bihun goreng
Lokasi Design Village Outlet Mall ni, kalau nak datang, tempat ni agak terpencil sikit...agak ke dalam dari exit highway Batu Kawan. Mungkin bila ikea yang sebelah dengan Design Village Outlet Mall siap dibina, tempat ni akan menjadi tumpuan orang ramai. Mungkin siap dalam 2019 kot...aku rasa la..Untuk ke sini boleh guna gps koordinat dan juga google map seperti dibawah:
No comments:
Post a Comment