Makan malam di Bertamlicious yang macam-macam ada di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang

Bertamlicious di Bertam Kepala Batas
Nama restoran ni agak unik sikit sebab namanya pun rasa dah macam sedap sangat la tempat ni kan..rasa macam nak pi gigt-gigit je..hihihi. Namum begitu, jangan korang pi gigit-gigt ek..order makanan pastu nak gigit makanan tu takpe....Ramai la juga pelanggan yang datang sini. Menu yang disediakan, macam-macam ada....dari western food (makanan barat) hingga la makanan yang biasa-biasa...satay pun ada kat sini..Semua tu ikut selera korang la...Sekadar nak share kat sini, aku makanan yang biasa-biasa je kat sini atas kekangan bajet..kuikuikui..kat bawah ni adalah gambar menu yang aku order, tapi kualiti gambar tak berapa cantik sikit la ek....
menu yang aku bedal daaaa
Seperti biasa dalam blog aku ni, agar tidak menghampakan para peminat blog aku ni, aku sertakan lokasi gps koordinat dan google map kot-kot korang teringin nak makan di Bertamlicious ni...ok bye bye...
gps koordinat Bertamlicious : 5°31'03.4"N 100°26'56.3"E

Makan western food di BKE corner, Kubang Semang, Bukit Mertajam

BKE Corner, Kubang Semang Bukit Mertajam
Kepada yang mencari-cari western food sebagai makan petang di area Bukit Mertajam ni, boleh la berkunjung ke BKE Corner yang terletak di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Restoran ni buka dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali hari Selasa. Selasa off day. 'BKE' sebab aku rasa restoran ni berdekatan dengan highway BKE. Signboard pun sebesar-besar alam boleh nampak dari jauh.
ramai orang tengah menjamu selera
So, bila dah sampai sini, aku pun order la makanan western food nyer... Daripada banyak-banyak menu yang tersenarai dalam  list menu, aku pilih beef burger dan chicken grill. Selain tu, ada juga makanan goreng-goreng. Untuk makanan biasa ni, aku pilih nasi goreng kampung. Boleh tengok menu pilihan aku di bawah ni:
beef burger

chicken grilled

nasi goreng kampung
Harga boleh tahan la jugak. Kalau nak tengok senarai menu lain beserta harga setiap item, boleh rujuk gambar di bawah ni... aku payung menu western food (makanan barat) dan juga menu goreng-goreng untuk korang.
senarai menu BKE corner
Untuk menghadirkan diri ke BKE corner ni, seperti yang telah aku bagitau, BKE corner ni terletak di Kubang Semang, Bukit Mertajam Pulau Pinang berdekatan dengan flyover highway BKE. Ada pasar malam kat bawah flyover tu kalau korang datang pada hari Jumaat. Nak lebih senang lagi, aku sertakan sekali gps koordinat dan google map sebagai rujukan.
gps BKE corner : 5°24'03.5"N 100°27'44.0"E

Makan tengahari di Restoran Ikan Bakar Simpang Ampat, Melaka

Restoran Ikan Bakar Simpang Ampat Melaka
Bersebelahan dengan stesen minyak petronas Simpang Ampat
Restoran Ikan Bakar ni terletak di Simpang Ampat, Melaka. Restoran ni beroperasi bermula pukul 12 tengahari hingga 12 tengah malam. Di buka pada setiap hari kecuali hari Rabu. Kalau yang malam-malam tu mungkin jenis makanan yang goreng-goreng kot sebab tengok kat menu semua jenis makanan yang goreng-goreng selain ikan bakar. Aku datang waktu tengahari, so confirm la aku nak makan tengahari..hahahaha..Masakan kat 
sini kebanyakan berasaskan masakan asam pedas, maklum la kan, Melaka memang terkenal dengan masakan asam pedas. Yang bestnya asam pedas kepala ikan pun ada...nak bagi matching lagi, sekali kari kepala ikan pun ada daaaaa.....selain kebanyakan masakan asam pedas, ada juga la masakan lain seperti masak kicap dan sup daging/tulang, boleh la nak order bagi yang tak gemar asam pedas. Ikan bakar? confirm ada, dah nama pun restoran ikan bakar.
Landmark yang paling mudah nak cari Restoran Ikan Bakar Simpang Ampat ni adalah Petronas Simpang Ampat yang betul-betul bersebelahan dengan restoran ni. Nak lagi paling mudah nak cari, boleh guna gps koordinat dan google map seperti yang dah aku sediakan untuk korang.
Antara masakan tengahari yang ada di Restoran Ikan Bakar Simpang Ampat
Lokasi mengikut gps koordinat dan google map Restoran Ikan Bakar Simpang Ampat:
2°26'30.0"N 102°11'00.4"E

Makan mee udang di L.A. Tea Garden Sungai Dua, Pulau Pinang

Mee Udang Sungai Dua, Pulau Pinang. Kalau korang datang je ke Sungai Dua ni nak cari mee udang, bersepah restoran mee udang ada di sini. Pilih mana korang suka. Banyak yang famous-famous kat Sungai Dua ni antaranya Aziz Mee Pak Ngah, Ida Mee Udang Sungai Dua, dan ada lagi la dua tiga tempat di kawasan ni. Yang aku nak review kali ni ada mee udang di L.A. Tea Garden Sungai Dua. Landmark yang paling senang korang nak cari L.A. Tea Garden ni adalah stesen minyak Petron di mana Petron ni betul-betul bertentangan dengan dengan restoran ni dan juga bersebelahan dengan Petron...haaaa jangan konpius, sebab ada 2 stesen petron yang ada di sini. 1 di seberang jalan, 1 lagi di seberang jalan yang satu lagi. So, nampak je dua stesen minyak ni, maka korang dah dikira dah sampai di L.A. Tea Garden ni. Lagi satu nak bagitau, Aziz Mee Pak Ngah dan Ida Mee Udang pun ada berdekatan dengan stesen minyak petron ni juga.....
mee udang
Mee udang yang ada dua ekor udang yang besar. Kombinasi udang, mee dan kuah memang meletop. Tapi mahal la sikit sepinggan mee udang ni. Aku tak ingat harga tapi dalam RM20 kot sepinggan(kalau silap tolong betulkan). Selain menu special mee udang di L.A. Tea Garden ni, menu lain yang juga menjadi pilihan orang ramai adalah menu western. Ada banyak juga menu western dalam senarai menu yang aku tengok. Oleh yang demikian, aku pun order la sikit western...saja nak rasa...
chicken chop

mushroom soup, garlic bread
Lokasi secara spesifik L.A. Tea Garden ni boleh rujuk google map seperti di bawah. Restoran tepi jalan je...senang nak cari. Aku sediakan juga gps koordinat sebagai panduan untuk korang guna. InsyaAllah, guna tak sesat...hahaha
gps koordinat : 5°26'45.2"N 100°25'22.0"E

Tinjauan parti politik pilihan anda - sila vote

Sila share supaya lebih ramai yang mengambil bahagian dalam tinjauan ini.



Mamak kapitan pasaraya besar Mydin Bukit Mertajam, Jalan Baru Perai

Kapitan ni beroperasi di dalam Mydin Bukit Mertajam. Jangan korang cari Mydin ni kat Bukit Mertajam ek. Nama Mydin ni Mydin Bukit Mertajam, tapi lokasi bukan di Bukit Mertajam...Mydin ni di Jalan Baru Perai. Dah puas korang shopping kat mydin tu, nak isi perut boleh turun ke food court mydin ni. Kat situ la ada si kapitan ni. Standard kedai mamak la, macam-macam ada...order saja....ok itu saja aku nak habaq kat hampa semua. Tak tau Mydin ni kat mana? korang boleh guna gps koordinat dan juga google map yang aku dah sediakan seperti di bawah ni:
gps koordinat : 5°22'05.4"N 100°24'53.1"E

Dapur Penyet Sunway Carnival Mall, Seberang Perai

Dapur penyet Sunway Carnival Seberang Jaya
Dapur Penyet banyak outlets yang ada satu Malaysia. Tapi kebanyakannya di sebelah Selangor. Yang aku post ni Dapur Penyet di Sunway Carnival Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kat negara-negara seperti Singapore, Brunei, Myanmar dan Indonesia pun ada juga Dapur Penyet ni. Maybe Dapur Penyet ni asalnya dari Indonesia..aku agak la. Makanan di sini macam makan indonesia sebab ada ayam penyet, pecalele (nasi dengan ikan keli). Korang masuk je Dapur Penyet ni, kena terus pergi order di kaunter. Diorang tak ambil order di meja makan. Order hanya di kaunter. Lepas dah order, terus cari meja kosong dan tunggu makanan sampai. Pelayan akan cari berdasarkan nombor yang kita dapat masa order tadi.
menu pecalele dan ayam penyet
Menu yang aku pilih kat sini adalah ayam penyet dan pecalele (ikan keli). Semuanya disertakan sekali dengan tempe dan tahu goreng beserta sambal yang agak pedas....dan ditabur apa ntah kat atas tu macam sebuk ranggup. Kuah pulak adalah kuah sup. Sup kena pi ambik sendiri. Rasa macam mana? standard cantiknya restoran, cantik la juga makanannya....sedap. Selain itu, aku order gak 5 ketul karipap. Mula-mula diorang bagi aku karipap hangit...hitam legam...aku tak puas hati, minta tukar dengan yang baru...mahal kot karipap tu, RM4 untuk 5 ketul.
karipap

Sekitar Dapur Penyet
Lokasi ke sini senang je...cari je Sunway Carnival Mall Seberang Jaya...lepas tu korang masuk dalam tu, pusing-pusing kat bahagian makanan, InsyaAllah jumpa. Seperti biasa dalam blog aku ni, aku sertakan juga gps koordinat dah google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°23'55.7"N 100°23'52.8"E

Makan di Fais Station di sebelah petronas Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh depan Politeknik.

Salah satu kedai makan di area Permatang Pauh, Pulau Pinang yang berkonsepkan makanan ala-thai, iaitu Fais Station. Lokasi yang senang untuk di cari kerana Fais Station ni betul-betul di sebelah petronas Taman Pauh jaya yang bertentangan dengan Politeknik. Kalau malam-malam, jadi tumpuan budak-budak Politeknik le Pais Station ni sebab dekat dengan diorang. Menu kat Fais Station ni, macam makanan ala-thai di kedai-kedai lain jugak, takde beza apa sangat pun. Cuma untuk posting aku kali ni, takde la aku nak order yang mahal-mahal sebab tak cukup bajet. Aku order yang biasa-biasa sekadar untuk lepaskan rasa lapar perut aku je. Korang kalau datang sini, boleh cuba menu yang lain-lain. Ikut citarasa tekak korang la....

menu bajet yang aku 'bedal'
Selain aku dah bagitau landmark Fais Station ni untuk korang senang nak cari, kat posting aku ni jugak, aku selitkan sekali gps koordinat dan google map sebagai panduan tambahan untuk korang. Selamat mencari dan menjamu selera aku ucapkan untuk korang....
gps koordinat : 5°22'26.4"N 100°25'15.1"E

Restoran 'Wow Meletop Sedap' Permatang Pauh Pulau Pinang

Restoran 'Wow Meletop Sedap'
Area Permatang Pauh memang banyak kedai/restoran yang menjual nasi campur yang lauk pauknya yang banyak, menyelerakan dan sentiasa dipenuhi pelanggan.
Ni salah satu kedai makan selain kedai/restoran makan di area Permatang Pauh yang aku pernah post dalam blog aku ni. Memang sempoi dan puas hati harganya kira ok la. 'Wow Meletop Sedap' menyediakan hampir 50 lauk pauk setiap hari , di antaranya gulai batang pisang, kari kepala ikan, lontong, soto, bakso, laksa penang, nasi ayam, nasi daging, set nasi briyani dan macam-macam lagi. Lokasi di tepi main road berhampiran Uitm Permatang Pauh kat Kampung Belah Dua, (tapak key's char koay teow dulu). Meniaga setiap hari kecuali Sabtu dari 7 pagi hingga 5 petang. Pemilik kedai ini juga merupakan owner TRADISI KATERING yang terkenal di seluruh Pulau Pinang. Masakannya sudah pasti mencengkam jiwa dan raga, menusuk kalbu, melekat dalam hati....
sekitar 'Wow Meletop Sedap'
Pastinya ramai orang yang berpusu-pusa nak makan kat sini. Parking agak terhad sikit la. Kebanyakan orang parking kat tepi-tepi jalan. Boleh juga parking di depan kawasan restoran tu. Ikut nasib. Kalau dah penuh kena cari parking kat tepi jalan jugak la. Habuan aku tengahari tu sepinggan nasi dengan gulai batang pisang, ayam goreng, kacang sambal dan juga ikan keli bakar. Bini aku plak nak diet nasi punya pasal, order la mee bakso yang bebola daging super duper besar! Boleh tengok gambar kat bawah ni....Tapi satu je aku nak cadangkan kepada owner restoran 'Wow Meletop Sedap' ni, banyakkan sikit kipas angin sebab kalau tak duduk depan kipas, panas la sikit...ok cadangan ditutup...sapa-sapa boleh bawakan usul ni ke owner restoran ni....hihihihihi
mee bakso

nasi campur selera aku...selera korang lain la kan...

ikan keli bakar
Lokasi secara terperinci, boleh rujuk google map seperti di bawah. Juga disertakan GPS koordinat restoran 'Wow Meletop Sedap' ni......
Gps koordinat : 5°22'48.0"N 100°25'11.6"E

Mee Rebus Mak Long, Permatang Tinggi B, Paya Keladi Kepala Batas Pulau Pinang

Mee Rebus Mak Long
Nak makan mee rebus boleh datan ke mee rebus Mak Long di Permatang Tinggi B, Paya Keladi Kepala Batas Pulau Pinang. Nama kedai pun dah mee rebus kan, mesti special menu kat sini adalah mee rebus walaupun banyak lagi makanan lain yang boleh korang makan di mee rebus Mak Long ni. Tempat lain mee rebus sempoi di area Kepala Batas ni korang boleh cuba di Mee Pokok Cherry. Mee Rebus Mak Long ni beroperasi setiap hari kecuali hari Ahad bermula dari 12 tengahari hingga 8 malam. Gerai ni kalau korang nak datang, kawasan sekitarnya adalah kawasan kampung, bukannya terletak dikawasan pekan Kepala Batas. Bila dah sampai, kena order mee rebus. Bagi aku mee rebus diorang ni ok la...kuah yang pekat. rasanya juga sedap.
Mee rebus
Selain mee rebus ni yang aku order, anak aku nak makan megi goreng plak. So, order la juga megi goreng tu. Bila dah sampai, dengan sekelip mata, habis lincin..hihihi..siap nak order satu lagi megi goreng tu. Megi goreng tu aku memang order tak pedas dan takde sayur. Sayur kan budak-budak memang tak makan. Kalau ada sayur je mesti sayur tu ditolak ke tepi...
megi goreng
waktu urusniaga Mee Rebus Mak Long
Jika korang berhajat untuk makan petang di Mee Rebus Mak Long ni, selain korang cari nama tempat yang aku dah bagitau tadi, korang boleh juga rujuk google map seperti di bawah ni. Nak lagi cantik lagi, tak payah pening-pening korang guna je terus gps koordinat yang aku dah sediakan. Terus akan di bawa ke lokasi Mee Rebus Mak Long ni.
Gps korrdinat : 5°32'12.3"N 100°26'20.1"E

Makan ala thai dan western di Route 69 Bandar Perda Pulau Pinang

Restoran Route 69 Bandar Perda Pulau Pinang
Restoran Route 69 ni terletak di Bandar Perda, Pulau Pinang. Restoran ni berkonsepkan makanan Thai. So, kepada peminat-peminat makanan thai, Route 69 ni salah satu alternatif untuk korang makan. Sebenarnya restoran yang berasakan makanan thai ni banyak ada di kawasan sekitar ni. Pilih je nak pergi yang mana satu...contohnya Bangkok Station, AA Man Cafe dan lain-lain lagi...Selain makanan thai, kat restoran Route 69 ni juga, ada juga menu western food (makanan barat). Kehadiran aku kat sini, takde la nak beria sangat nak meng'order'. Tapi special menu tu, cam yang aku cakap la, masakan thai....Kalau korang nak makan kat sini, better la korang order masakan thai sebab memang kepakaran diorang masak masakan thai...western food pun not bad jugak, cuma kalau korang betul-betul nak makan western, pergi cari restoran yang betul-betul kepakaran diorang adalah western food, contohnya macam di DEBOB CAFE
route 69
Sekadar untuk makan alas perut, aku cuba order koay teow ratna, nasi goreng kampung dan juga beef burger set. Boleh tengok gambar-gambar menu pilihan aku tu kat bawah ni...burger nampak sempoi...nasi goreng kampung pun sedap.
Beef burger set

nasi goreng kampung

koay teow ratna
Lokasi secara terperinci, selain aku nak bagitau restoran route 69 ni di Bandar Perda Pulau Pinang, korang boleh juga guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.
gps koordinat route 69 bandar perda : 5°22'06.6"N 100°25'53.7"E

Jalan-jalan di Design Village Outlet Mall, Batu Kawan, Pulau Pinang

Design Village, Batu Kawan Pulau Pinang
Hujung minggu jom kita jalan-jalan di Design Village Outlet Mall di Batu Kawan Pulau Pinang. Outlet mall ni memang syurga dunia untuk kali shopping. Memang rambang mata kalau golongan-golongan ni yang sampai ke sini hahahaha....Banyak barang-barang branded yang ada di Design Village ni. Kadang-kadang kalau nasib baik, banyak offer sale (jualan murah) potongan hingga 50%-70%. Kawasan yang sangat luas dan banyak juga outlet ada. Bila dah lapar, ada restoran di dalam Design Village ni. Ada KFC, western food. Bagi yang tak suka nak masuk restoran, food court jugak ada di sediakan. Kat sini diorang panggil food bazaar (medan selera). Ada banyak juga gerai dalam ni....tapi mahal jugak la kalau nak makan di food bazaar ni.
antara gamba-gambar di Design Village Outlet Mall

Food bazaar a.k.a medan selera di Design Village Outlet Mall
Aku pilihan gerai ayam penyet untuk makan sebab tengok gambar macam sedap jer. Bila dah makan memang ternyata sedap walaupun agak mahal..nasib baik sedap, kalau tak, mahal saja tak sedap mesti menyesal order. Aku order nasi pecalele dan nasi goreng ulu. Bihun goreng je order dari gerai lain.
nasi pecalele

nasi goreng ulu

bihun goreng
Lokasi Design Village Outlet Mall ni, kalau nak datang, tempat ni agak terpencil sikit...agak ke dalam dari exit highway Batu Kawan. Mungkin bila ikea yang sebelah dengan Design Village Outlet Mall siap dibina, tempat ni akan menjadi tumpuan orang ramai. Mungkin siap dalam 2019 kot...aku rasa la..Untuk ke sini boleh guna gps koordinat dan juga google map seperti dibawah:
5°14'42.3"N 100°26'19.1"E

Makan Nasi Arab beratur di Kepala Batas yang di'kandar'kan

Nasi Arab beratur Kepala Batas
Lokasi nasi arab ni di Kepala Batas Pulau Pinang. Juga dikenali dengan Nasi Arab Shashima. Start beroperasi dari petang hingga ke malam. Jangan terkejut bila dah sampai sini sebab bila tengok macam tak rupa macam restoran nasi arab je, tapi lebih kepada suasana restoran nasi kandar. Tang mananya nasi arabnya???.... haaaaaa jangan konpius. Sebenarnya arab tu tang nasi tu ja.. yang lain semua berlaukkan style nasi kandar. Makan kita makan nasi lemak royale yang famous di Kedah tu. Nasi lemak royale tu sebenarnya nasi kandar jugak cuma nasi yang digunakan tu nasi lemak. Boleh tengok nasi lemak royale yang aku penah review di nasi lemak royale Jalil dan nasi lemak royale sebelah istana. Begitu jugak dengan nasi arab ni, guna nasi arab untuk lauk nasi kandar. Kalau korang nak rasa nasi arab ni kena datang awal. Buka je petang, terus datang sebab diorang akan serve nasi arab ni seperiuk besar sampai habis. Biasanya akan cepat habis. Bila dan habis seperiuk nasi arab, diorang tak akan refill nasi arab tu.....dah habis, ganti dengan nasi putih biasa...Kalau datang malam, kebiasaanya nasi arab dah habis...
lauk nasi kandar yang sedap-sedap
Lauk-lauk kalau korang tengok, memang menyelerakan. Kombinasi kuah campur tu yang penting. Kalau tak pandai campur nanti jadi tak sedap. Nasi arab ni memang menjadi tumpuan masyarakat Kepala Batas. Nak makan kat sini tak timing tak cantik, boleh beratur panjang. Aku nasib baik sikit sampai awal. Tu pun dah start orang nak beratur panjang dah...dan nasib aku baik gak sebab nasi arab masih ada lagi...Restoran ni pelik sikit, bukan diorang takda bangunan sendiri yang nak berniaga tepi jalan ni. Diorang ada bangunan sendiri yang betul-betul bertentangan dengan khemah tepi jalan diorang tu, tapi diorang pilih untuk berniaga secara open. Ada dua pilihan customer untuk makan samaada di luar ataupun boleh makan di dalam bangunan. Landmark nasi arab ni, sebelah je restoran ni, ada bank Hong Leong bank. Parking rasanya takde masalah sangat kot. Boleh je nak parking mana-mana.
beratur nak ambil lauk

gambar-gambar sekitar nasi arab Kepala Batas
Lokasi nasi arab ni secara spesifik dan tepat, ia berada di pekan Kepala Batas, Pulau Pinang. Gps koordiant dan google map adalah seperti di bawah:
gps koordinat : 5°31'01.3"N 100°25'51.4"E