Restoran Hamid di Hatyai, Thailand ni adalah salah satu alternatif makanan halal yang terdapat di Hatyai ni. Bentuk rupa restoran ni sekali tengok macam restoran nasi kandar, tapi sebenarnya restoran makanan halal ala-thai. Restoran Hamid Hatyai ni terletak di tengah-tengah kesibukan bandar Hatyai. Kalau korang nak datang hatyai ni, aku suggest korang duduk di Grand Plaza Hotel. Malam memang happening! So makan malam aku malam tu kat Restoran Hamid Hatyai...Aku hanya jalan kaki dalam 5 minit je dari Grand Plaza Hotel tu...pastu korang boleh la jalan-jalan kat kawasan sekitar tu...Tapi kalau korang nak beli makanan kat stall tepi-tepi jalan tu, pastikan korang pilih yang halal...cara paling senang, tengok diorang pakai tudung ke tak...
|
Pandangan Restoran Hamid Hatyai dari depan |
|
Pandangan Restoran Hamid Hatyai dari dalam |
|
Signboard Restoran Hamid Hatyai |
Biasa dekat Malaysia, kita makan kat restoran masakan ala-thai suasana persekitaran Malaysia. So kat sini, memang terasa ke-thai-lan dia...sebab suasana persekitaran Thailand, sambil dengar bahasa pertuturan diorang bahasa Thailand...tapi korang jangan takut, sebab kebanyakan orang di Hatyai tahu cakap Bahasa Melayu....kat restoran Hamid Hatyai ni pun diorang cakap Melayu kalau nampak pelanggan dari Malaysia...
|
Nasi goreng kampung |
|
teh tarik |
|
bungkus nasi goreng kampung, nasi goreng pataya, nasi sup, telur dadar |
Semua yang aku makan dan beli bungkus berharga 290baht, lebih kurang dalam RM29 la duit Malaysia...dah abis makan, terus aku jalan-jalan kejap kat area tu sebelum naik ke hotel...Lokasi spesifik boleh rujuk google map dan gps koordinat seperti di bawah:
gps koordinat Restoran Hamid Hatyai : 7°00'22.7"N 100°28'19.6"E
No comments:
Post a Comment