Restoran Saji Selera Keluarga Jamal terletak di Kampung Pertama, Permatang Pauh Pulau Pinang yang menyagikan pelbagai lauk pauk untuk makan tengahari. ada juga ikan bakar, keli bakar, ayam bakar. Restoran ni juga menjadi tumpuan bila waktu makan tengahari walaupun susah sikit dari segi nak dapatkan parking.
signboard Saji Selera Keluarga Jamal |
Saji Selera Keluarga Jamal |
Walaupun ramai orang datang waktu tengahari, keadaan kedai ni panas sikit...kena cari tempat yang kena kipas baru nak makan selesa sikit...ada banyak kipas disediakan, cuma kalau ramai orang, tak boleh nak pilih tempat la...
banyak lauk pauk yang ada di Saji selera Keluarga Jamal ni.... |
nasi lauk ikan kembong bakar sambal sumbat dan sayur cendawan |
Lokasi Saji Seleara Keluarga Jamal ni, cam aku cakap tadi di Kampung Pertama, Permatang Pauh, antara masjid batu dan masjid papan. Secara detail boleh rujuk google map. Gps koordiant juga disediakan...
gps koordinat Saji Selera Keluarga Jamal : 5°23'19.8"N 100°25'05.7"E
No comments:
Post a Comment