Ada satu tempat yang sedap untuk makan mee udang di Kubang Semang, Pulau Pinang. Yang lebih special dan jarang-jarang kita dengar, mee udang ni guna udang galah! Mee udang galah ni famous juga la sebab jalan-jalan cari makan TV3 pernah datang ke Citarasa Dinterus ni.
|
Citarasa Dinterus |
|
kedai berhadapan dengan sawah berlatar belakangkan Bukit Mertajam |
|
kedai yang simple tetapi menjadi tumpuan ramai |
Kefamousan mee udang galah ni juga bukan saja menyebabkan jalan-jalan cari makan TV3 terjah ke ke sini, malahan mee udang galah Citarasa Dinterus ni beberapa kali masuk dalam surat khabar. Keratan surat khabar dan cenderahati jalan-jalan cari makan TV3 ada dipamerkan di dalam kedai Citarasa Dinterus ni.....
|
Antara keratan akhbar yang dipamerkan |
|
plat jalan-jalan cari makan TV3 |
Tempat ni agak ke dalam sikit dari kawasan bandar, susah nak cari bagi yang tak biasa dengan tempat ni...nak senang pakai gps je...set koordiant, then jalan....So, bila aku dah sampai, selain makanan utama mee udang galah, aku cuba gak la mee rebus biasa, mee goreng dan juga cucur udang. Menu lain pun ada...boleh rujuk dalam senarai menu yang aku snap tu...
|
Mee udang galah - menu utama yang korang kena order |
|
mee rebus biasa |
|
mee goreng |
|
cucur udang sebagai pencuci mulut |
Tu menu yang aku makan la...korang boleh tengok menu lain di bawah ni.....
|
menu makanan |
|
menu minuman |
Bagi yang ingin mencuba mee udang galah ni, boleh datang ke Citarasa Dinterus ni yang terletak di Kampung Terus, Kubang Semang, Pulau Pinang. Bagi yang tak biasa dengan tempat ni, boleh guna gps koordinat yang aku dah sertakan kat korang.....korang boleh juga rujuk google map. Waktu perniagaan seperti dalam menu, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, setiap hari kecuali hari Isnin. Isnin tutup..........
gps koordinat mee udang galah : 5°26'41.3"N 100°26'52.6"E
No comments:
Post a Comment