Walaupun waktu percutian agak terbatas, namun banyak juga la
tempat-tempat menarik yang kami sempat pergi sepanjang 2 hari di bumi Hatyai
ni…Kisah kami bermula di sini…..
Awal pagi kami cuba sedaya upaya untuk sampai ke Padang
Besar, Perlis di mana terletaknya pintu masuk ke Thailand selain di Bukit Kayu
Hitam. Bila sampai awal pagi dengan harapan nak cop passport lebih cepat sebab
orang masih tak ramai. Yang penting kena mendahului rombongan-rombongan bas.
Kalau bas dah nampak bersusun-susun, alamatnya boleh beratur sampai 2 jam
sebelum sampai giliran kita. Kami sampai dalam 8.30pagi..di bahagiaan imigresen
Malaysia, agak cepat juga bagi kami…kemudian bergerak pula ke imigresen
Thailand..kat sini agak ramai sikit orang, tapi takde la lama sangat sebab kami
antara yang terawal..lepas tu aku tengok orang beratur keliling bangunan dah…aku
plak guna passport berkumpulan, lagi la cepat….kalau korang nak buat passport
berkumpulan ni, minimum kena 5 orang..so aku memang ngam-ngam la, sebab aku,
bini aku, anak aku tiga orang..cukup 5 orang..murah la sikit nak buat passport
dalam RM200 je..tapi boleh guna sekali perjalanan je…siap pegawai imigresen
Malaysia tegur cakap rugi boleh guna sekali je..hihihi…
passport berkumpulan warna hijau |
imigresen Malaysia agak lengang pada awal pagi |
imigresen Thailand yang agak sesak sikit |
gambar-gambar di sempadan Thailand |
Ok, lepas dah settle cop passport segala bagai, kami pun bergerak terus ke Hatyai…yiiiiihooooo, Hatyai tunggu aku dating!!!....On the way nak pergi Hatyai tu, aku perhati jalan-jalan, kampong-kampung diorang macam lebih kurang Malaysia jugak kecuali ada Bahasa Thailand.
Restoran Selera Kita Hatyai
Restoran Selera Kita Hatyai |
Bila dah sampai Hatyai, perut pun dah lapar sebab waktu
Malaysia masa kami sampai Hatyai dalam pukul 11.30 pagi, tapi waktu Thailand
lewat sejam, dalam pukul 10.30 pagi. So kami pun cari la restoran makanan halal
untuk kami alas perut sebelum teruskan perjalanan setreusnya. Kami makan di restoran Selera Kita di Hatyai
ni…tomyam memang terbaik. Boleh baca pasal restoran Selera Kita ni dalamposting aku yang lepas.
Kaysorn Sourvenir Hatyai
shopping di Kaysorn Sourvenir |
Lepas dah selesai makan, destinasi aku yang seterusnya
adalah ke kedai jual barang-barang souvenir dan baju-baju untuk kenang-kenangan
Haytai. Nama kedai ni Kaysorn Sourvenir. Kat kedai ni duit dah start melayang
dalam 1193baht (duit Malaysia RM119++). Gps koordinat Kaysorn Sourvenir : 7°00'00.8"N
100°28'16.8"E
Kaysorn google map:
Tempat shopping kacang-kacang
tempat nak beli makanan kacang-kacang |
Dah settle shopping kat Kaysorn Sourvenir, kami beralih arah
ke tempat lain…kami ke kedai yang jual kacang-kacang. Nama kedai tu aku tak tau
plak kedai apa…tapi yang aku perhati, kedai kacang ni memang menjadi tumpuan
pengunjung terutama dari Malaysia. Parking untuk bas yang luas juga disediakan
di sini..kat sini aku habis 300baht (RM30).
BigBee Garden Hatyai
BigBee Garden Hatyai |
Pelbagai produk berasakan madu lebah |
Seterusnya, kami bergerak je BigBee Garden. Kat sini
terdapat barangan yang berasaskan madu lebah. Ada penerangan khas setiap produk
yang di pamerkan dan cara-cara nak makan pun diberitahu. Sapa yang rasa kagum
pasti aku terbeli, 1200baht (RM120) pun terbang dari poket aku kat BigBee
Garden..hihihihi…Kalau korang nak ke Big Bee Garden ni, boleh pakai gps
koordinat : 7°00'26.4"N 100°29'16.2"E
BigBee Garden google map
Chang Puak Camp (tengok gajah)
Boleh naik gajah di Chang Puak Camp Hatyai ni... |
Kemudiannya, kami meneruskan lagi perjalanan ke Chang Puak Camp. Chang Puak Camp ni tempat nak tengok gajah..nak bagi makan gajah, nak naik gajah pun boleh….Alang-alang dah sampai sini, nak ambil experience naik gajah di Hatyai ni, naik la jugak walaupun cuak gak..Harga untuk dewasa 500baht (RM50) dan kanak-kanak 250baht (RM25). Lokasi gps Chang Puak Camp ni adalah seperti berikut: 7°03'23.4"N 100°30'51.0"E
Chang Puak Camp google map:
Klonghae Floating Market
Klonghae Floating Market |
Permandagan floating market dari atas jambatan |
Pelbagai makanan dijual dari atas bot |
gambar-gambar kawasan floating market |
Dah sakit-sakit badan naik gajah, petang-petang nak cari
makan petang pulak. Maka, kami pun mencari makan di Klonghae floating market,
tempat yang wajib datang kalau ke Hatyai ni. Floating market ni style berniaga
atas sampan, customer yang nak beli makanan, just jalan-jalan atas jeti je, tak perlu naik sampan. Banyak juga
makanan yang ada, cuba pastikan kita pilih yang diyakini halal. Tip, cari yang
pakai tudung…kat Malaysia memang tak akan jumpa benda macam ni…Satu daya
tarikan pelancong bagi Thailand….gps koordinat Klonghae Floating Market : 7°02'47.2"N
100°28'25.6"E
Klonghae Floating Market google map:
Dah lewat petang baru kami check ni di Grand Plaza Hotel di
tengah-tengah kesibukan Bandar Hatyai. Rehat kejap, mandi, solat. Hotel ni
memang terbaik la lokasi dia, sebab malam-malam boleh turun jalan-jalan kat
bawah tu macam-macam ada, stall yang jual makanan. Tapi kena pilih yang halal
la..Dapat tengok kesibukan Hatyai pada waktu malam. Makan malam kami just jalan
kaki je dari Grand Plaza Hotel ke restoran Hamid Hatyai yang terletak
berdekatan dengan kawasan hotel. Boleh Rujuk posting aku yang lepas pasal restoran Hamid Hatyai ni.
Asean Night Bazaar
Malam tu kami ada misi lagi….naik tut tut ke Asean Night Bazaar.
Asean Night Bazaar ni memang tempat shopping. Banyak kedai-kedai yang jual
pelbagai jenis barang ada di sini. Kalau nak makan, gerai-gerai makan banyak di
tingkat atas. Masa kami pergi tu, ramai sungguh manusia ber shopping. Kat sini
aku tak beli barang, just jalan-jalan cuci mata je. Balik ke Hotel pun kami nak
tut tut. Gps koordinat untuk Asean Night Market ni, 6°59'41.7"N
100°29'04.3"E
Asean Night Bazaar
Asean Night Bazaar |
Asean Night Bazaar google map:
Hari kedua..........
Hari kedua, pagi tu bini dengan anak aku je pergi ke pasar
naik tut tut…sebab aku tak ikut, so takde la gambar pasar tu…hihihihi…Tengahari
kami check out hotel dan terus ke restoran Sami Kitchen untuk makan tengahari.
Sedap jugak makan kat situ selesa pun selesa..ada surau, lepas makan boleh
terus solat…Boleh rujuk posting aku yang lepas pasal Restoran Sami Kitchen
ni…..
Songkla Aquarium
Lepas settle isi perut, hari kedua ni santai-santai
sikit…kami terus ke Songkla Aquarium. Songkla Aquarium ni tengok ikan-ikan je
la…sama je cam kat Malaysia, Underwater world Langkawi…lebih kurang la…kat
hujung laluan tu ada persembahan bersama ikan-ikan dalam aquarium
tu..Persembahan tu aku rakam untuk korang tengok dari mula sampai
habis..hahahaha..korang komen la best ke tak ek… gps Songkla Aquarium : 7°13'31.3"N
100°34'47.8"E
Songkla Aquarium
Songkla Aquarium |
Persembahan bersama ikan-ikan |
gambar-gambar Songkla Aquarium |
Songkla Aquarium google map:
Songkla Samila Beach
Songkla Samila Beach |
the golden mermaid |
plat kisah ikan duyung ni (the golden mermaid) |
sekitar samila beach |
Samila Beach
Dah puas ambil angin pantai, tiba masa untuk kami balik ke
negara tercinta..chewahh……sampai di Sempadan dalam pukul 8 malam lebih..urusan
imigresen Thailand dan Malaysia sangat cepat sebab takde orang sangat…Akhirnya
kami pun masuk kembali ke Malaysia……sekian pengalaman kami percutian ke Hatyai
2 hari 1 malam. Walaupun percutian dalam waktu yang singkat, banyak juga la tempat-tempat yang kami dah melawat.
No comments:
Post a Comment