Dua hari satu malam percutian menarik di Hatyai, Songkla Thailand.

Walaupun waktu percutian agak terbatas, namun banyak juga la tempat-tempat menarik yang kami sempat pergi sepanjang 2 hari di bumi Hatyai ni…Kisah kami bermula di sini…..
Awal pagi kami cuba sedaya upaya untuk sampai ke Padang Besar, Perlis di mana terletaknya pintu masuk ke Thailand selain di Bukit Kayu Hitam. Bila sampai awal pagi dengan harapan nak cop passport lebih cepat sebab orang masih tak ramai. Yang penting kena mendahului rombongan-rombongan bas. Kalau bas dah nampak bersusun-susun, alamatnya boleh beratur sampai 2 jam sebelum sampai giliran kita. Kami sampai dalam 8.30pagi..di bahagiaan imigresen Malaysia, agak cepat juga bagi kami…kemudian bergerak pula ke imigresen Thailand..kat sini agak ramai sikit orang, tapi takde la lama sangat sebab kami antara yang terawal..lepas tu aku tengok orang beratur keliling bangunan dah…aku plak guna passport berkumpulan, lagi la cepat….kalau korang nak buat passport berkumpulan ni, minimum kena 5 orang..so aku memang ngam-ngam la, sebab aku, bini aku, anak aku tiga orang..cukup 5 orang..murah la sikit nak buat passport dalam RM200 je..tapi boleh guna sekali perjalanan je…siap pegawai imigresen Malaysia tegur cakap rugi boleh guna sekali je..hihihi…
passport berkumpulan warna hijau
imigresen Malaysia agak lengang pada awal pagi
imigresen Thailand yang agak sesak sikit 
gambar-gambar di sempadan Thailand
Ok, lepas dah settle cop passport segala bagai, kami pun bergerak terus ke Hatyai…yiiiiihooooo, Hatyai tunggu aku dating!!!....On the way nak pergi Hatyai tu, aku perhati jalan-jalan, kampong-kampung diorang macam lebih kurang Malaysia jugak kecuali ada Bahasa Thailand.

Restoran Selera Kita Hatyai
Restoran Selera Kita Hatyai
Bila dah sampai Hatyai, perut pun dah lapar sebab waktu Malaysia masa kami sampai Hatyai dalam pukul 11.30 pagi, tapi waktu Thailand lewat sejam, dalam pukul 10.30 pagi. So kami pun cari la restoran makanan halal untuk kami alas perut sebelum teruskan perjalanan setreusnya.  Kami makan di restoran Selera Kita di Hatyai ni…tomyam memang terbaik. Boleh baca pasal restoran Selera Kita ni dalamposting aku yang lepas.

Kaysorn Sourvenir Hatyai
shopping di Kaysorn Sourvenir
Lepas dah selesai makan, destinasi aku yang seterusnya adalah ke kedai jual barang-barang souvenir dan baju-baju untuk kenang-kenangan Haytai. Nama kedai ni Kaysorn Sourvenir. Kat kedai ni duit dah start melayang dalam 1193baht (duit Malaysia RM119++). Gps koordinat Kaysorn Sourvenir : 7°00'00.8"N 100°28'16.8"E
Kaysorn google map:


Tempat shopping kacang-kacang
tempat nak beli makanan kacang-kacang
Dah settle shopping kat Kaysorn Sourvenir, kami beralih arah ke tempat lain…kami ke kedai yang jual kacang-kacang. Nama kedai tu aku tak tau plak kedai apa…tapi yang aku perhati, kedai kacang ni memang menjadi tumpuan pengunjung terutama dari Malaysia. Parking untuk bas yang luas juga disediakan di sini..kat sini aku habis 300baht (RM30).

BigBee Garden Hatyai
BigBee Garden Hatyai
Pelbagai produk berasakan madu lebah


Seterusnya, kami bergerak je BigBee Garden. Kat sini terdapat barangan yang berasaskan madu lebah. Ada penerangan khas setiap produk yang di pamerkan dan cara-cara nak makan pun diberitahu. Sapa yang rasa kagum pasti aku terbeli, 1200baht (RM120) pun terbang dari poket aku kat BigBee Garden..hihihihi…Kalau korang nak ke Big Bee Garden ni, boleh pakai gps koordinat : 7°00'26.4"N 100°29'16.2"E
BigBee Garden google map




Chang Puak Camp (tengok gajah)
Boleh naik gajah di Chang Puak Camp Hatyai ni...
Kemudiannya, kami meneruskan lagi perjalanan ke Chang Puak Camp. Chang Puak Camp ni tempat nak tengok gajah..nak bagi makan gajah, nak naik gajah pun boleh….Alang-alang dah sampai sini, nak ambil experience naik gajah di Hatyai ni, naik la jugak walaupun cuak gak..Harga untuk dewasa 500baht (RM50) dan kanak-kanak 250baht (RM25). Lokasi gps Chang Puak Camp ni adalah seperti berikut: 7°03'23.4"N 100°30'51.0"E
Chang Puak Camp google map:




Klonghae Floating Market
Klonghae Floating Market

Permandagan floating market dari atas jambatan

Pelbagai makanan dijual dari atas bot
gambar-gambar kawasan floating market
Dah sakit-sakit badan naik gajah, petang-petang nak cari makan petang pulak. Maka, kami pun mencari makan di Klonghae floating market, tempat yang wajib datang kalau ke Hatyai ni. Floating market ni style berniaga atas sampan, customer yang nak beli makanan, just jalan-jalan atas jeti  je, tak perlu naik sampan. Banyak juga makanan yang ada, cuba pastikan kita pilih yang diyakini halal. Tip, cari yang pakai tudung…kat Malaysia memang tak akan jumpa benda macam ni…Satu daya tarikan pelancong bagi Thailand….gps koordinat Klonghae Floating Market : 7°02'47.2"N 100°28'25.6"E
Klonghae Floating Market google map:



Dah lewat petang baru kami check ni di Grand Plaza Hotel di tengah-tengah kesibukan Bandar Hatyai. Rehat kejap, mandi, solat. Hotel ni memang terbaik la lokasi dia, sebab malam-malam boleh turun jalan-jalan kat bawah tu macam-macam ada, stall yang jual makanan. Tapi kena pilih yang halal la..Dapat tengok kesibukan Hatyai pada waktu malam. Makan malam kami just jalan kaki je dari Grand Plaza Hotel ke restoran Hamid Hatyai yang terletak berdekatan dengan kawasan hotel. Boleh Rujuk posting aku yang lepas pasal restoran Hamid Hatyai ni.



Asean Night Bazaar
Asean Night Bazaar
Malam tu kami ada misi lagi….naik tut tut ke Asean Night Bazaar. Asean Night Bazaar ni memang tempat shopping. Banyak kedai-kedai yang jual pelbagai jenis barang ada di sini. Kalau nak makan, gerai-gerai makan banyak di tingkat atas. Masa kami pergi tu, ramai sungguh manusia ber shopping. Kat sini aku tak beli barang, just jalan-jalan cuci mata je. Balik ke Hotel pun kami nak tut tut. Gps koordinat untuk Asean Night Market ni, 6°59'41.7"N 100°29'04.3"E
Asean Night Bazaar google map:



Hari kedua..........
Hari kedua, pagi tu bini dengan anak aku je pergi ke pasar naik tut tut…sebab aku tak ikut, so takde la gambar pasar tu…hihihihi…Tengahari kami check out hotel dan terus ke restoran Sami Kitchen untuk makan tengahari. Sedap jugak makan kat situ selesa pun selesa..ada surau, lepas makan boleh terus solat…Boleh rujuk posting aku yang lepas pasal Restoran Sami Kitchen ni…..

Songkla Aquarium
Songkla Aquarium
Persembahan bersama ikan-ikan
gambar-gambar Songkla Aquarium
Lepas settle isi perut, hari kedua ni santai-santai sikit…kami terus ke Songkla Aquarium. Songkla Aquarium ni tengok ikan-ikan je la…sama je cam kat Malaysia, Underwater world Langkawi…lebih kurang la…kat hujung laluan tu ada persembahan bersama ikan-ikan dalam aquarium tu..Persembahan tu aku rakam untuk korang tengok dari mula sampai habis..hahahaha..korang komen la best ke tak ek… gps Songkla Aquarium : 7°13'31.3"N 100°34'47.8"E
Songkla Aquarium google map:




Songkla Samila Beach
Songkla Samila Beach 

the golden mermaid
plat kisah ikan duyung ni (the golden mermaid)
sekitar samila beach
 Petang-petang sikit, kami jalan-jalan di pantai Samila Beach pulak..Pantai yang cantik tapi tak boleh mandi sebab ombak kuat…memang takde orang mandi pun kat situ..satu tarikan yang ada kat Samila Beach ni, ada sekor ikan duyung seksi (tak pakai coli..hihihihi)…Walaupun seksi, sentiasa ada orang bergambar dengan duyung ni…kira duyung ni femes la….
Samila Beach

Dah puas ambil angin pantai, tiba masa untuk kami balik ke negara tercinta..chewahh……sampai di Sempadan dalam pukul 8 malam lebih..urusan imigresen Thailand dan Malaysia sangat cepat sebab takde orang sangat…Akhirnya kami pun masuk kembali ke Malaysia……sekian pengalaman kami percutian ke Hatyai 2 hari 1 malam. Walaupun percutian dalam waktu yang singkat, banyak juga la tempat-tempat yang kami dah melawat.

No comments:

Post a Comment