Jika dari highway, nak ke Big Mouth Republic ni, kena exit tol Sungai Petani Selatan. Keluar je highway terus ambil simpang ke kiri dan kemudian ke kanan. Big Mouth Republic ni agak tersorok sikit. Kena masuk ke dalam sikit baru boleh jumpa. Specialnya kat Big Mouth Republic ni adalah hidangan western food a.k.a makanan barat. Memang sedap melampau dan sangat di rekomen kat korang untuk turut sama mencuba.
|
Big Mouth Republic Sungai Petani Kedah |
|
Big Mouth Republic tingkat bawah |
|
Big Mouth Republic tingkat atas |
Big Mouth Republic ni ada dua tingkat. Dua-dua tingkat ni memang digunakan sepenuhnya oleh diorang sebagai restoran. Walaupun ada dua tingkat, masih tak dapat menampung jumlah pengunjung yang datang. Satu lagi keunikan restoran Big Mouth Republic ni adalah cara diorang deco menjadikan suasana dalaman restoran sangat klasik. Disebabkan Big Mouth Republic ni menu utama adalah western food, jadi semestinya aku nak cuba makan western food. Banyak menu pilihan. Meja sebelah aku ni, famili takde la besar manapun, tapi diorang punya order daging membukit (rasanya macam daging kambing)...masyaAllah...hahahaha....
Western food yang aku makan adalah spaghetti carbonara yang di tambah dengan daging ayam chicken chop, nasi daging masak cili kering, fries, set burger....
|
set burger yang pasti akan kenyang kalau makan, sedap pun sedap |
|
Spaghetti carbonara + ayam chicken chop |
|
nasi daging masak cili kering |
|
fries |
|
minuman coklat panas |
Kalau korang nak makan yang betul-betul punya kaw-kaw western, datang je kat sini. Sorry gambar aku takde beef steak, lamb chop, chicken chop dan pelbagai lagi la menu sebab bajet aku terhad je....kikikikikiki...Paling senang korang nak ke sini, guna je gps koordinat yang kat bawah ni. Sebagai rujukan tambahan, tengok-tengok la juga google map kat bawah ni juga.
5°36'48.3"N 100°29'04.8"E
No comments:
Post a Comment