layan makan char koay teow petang-petang di Bertam Permai, Kepala Batas Pulau Pinang

Area Kepala Batas, Pulau Pinang ni ada 2-3 gerai yang main course diorang adalah char koay teow. Kalau korang memang berhajat untuk makan char koay teow, kena cari tempat-tempat macam ni la..Kalau korang pergi ke gerai makan yang biasa, memang ada sesetangahnya ada dalam list menu diorang, tapi tak sesedap char koay teow di gerai-gerai macam ni la....
gerai char koay teow Bertam Permai, Kepala Batas Pulau Pinang

sebelah jalan utama jer
Bertam Permai ni kawasan kampung sikit...Kat Kepala Batas ni banyak tempat guna perkataan Bertam...ada Bertam Perdana 2, Bertam Perdana 2, Bertam Putra, Bertam Indah bla bla bla bla....Jadi di gerai ni, aku order char koay teow pinggan kecil dengan pinggan besar..saja nak compare kecil banyak mana, besar banyak mana......
Char koay teow pinggan kecil

Char koay teow pinggan besar
Rasa? ok la aku rasa...tidak menghampakan...Di samping makan char koay teow, aku selit gak satay untuk makan petang aku ni....Satay ni gerai sebelah tu je...
satay sebagai makanan sampingan
Lokasi char koay teow ni, macam aku cakap tadi, dekat dengan Bertam Permai, Kepala Batas Pulau Pinang. Sebelah main road, berdekatan dengan simpang nak masuk ke Taman perumahan Bertam Permai. Korang boleh refer google map lokasi ni kat bawah ni...boleh juga guna gps koordinat...

5°32'09.4"N 100°26'10.8"E

Pak yeop corner pulut durian, Terong Perak

Tetiba rasa teringin nak makan pulut durian. On da way, aku dari lumut ke Changkat Jering, lalu dekat Terong, sebelah kiri jalan ternampak Pak Yeop pulut durian ni, so aku pun singgah la untuk makan pulut durian tu...Tapi nasib malang aku sebab waktu aku sampai pulut durian dah takde...yang ada cuma pulut mangga. Alang-alang dah berhenti, layan la jugak pulut mangga ni...
Pak yeop pulut durian, Terong Perak

pulut durian, RM8 ringgit sepinggan
Sekali dengan pulut mangga, aku layan la jugak cendol pulut dan cendol jagung habuan nak sejukkan tekak petang-petang. Kalau nak cendol sempoi terbaik boleh layan di dua tempat di Taiping iaitu Bismillah cendol dan Ansari cendol. Aku akan kembali ke Pak yeop corner pulut durian ni untuk cari jugak pulut durian..hihihi..Pak yeop, tunggu aku datang!!
Pulut mangga

cendol pulut

cendol jagung
Lokasi Pak Yeop Corner Pulut Durian ni terletak di Terong, Perak. Dekat tepi jalan, ada selekoh sikit..kadang-kadang tak perasan. Paling senang guna gps koordiant kat bawah ni...

4°44'51.2"N 100°43'04.9"E

Pak Mek mee kari dan nasi ayam, Simpang Empat Hutan Melintang, Perak

Pak Mek Mee Kari dan Nasi Ayam
Ada satu kedai di Simpang Empat Hutan Melintang, Perak yang menyediakan makanan mee kari dan nasi ayam..Memang dua-dua menu ni special menu la kat sini. Menu lain pun ada, tak aku recommend untuk cuba dua tu jer...aku cuba mee kari..Mee kari ni sedap la aku rasa, kira aku boleh kasi 4 bintang untuk mee kari....untuk nasi ayam, aku tak makan, so taktau nak cakap berapa bintang..Korang boleh la cuba dan tolong kasi bintang ek.....
Mee Kari
Lokasi spesifik, boleh rujuk google map dan juga gps koordinat seprti di bawah....

3°53'30.7"N 100°56'13.8"E

Restoran Arina Sona Seafood Sungai Besar, Selangor

Salah satu alternatif tempat makan malam di Sungai Besar, Selangor. Restoran Arina Seafood ni dekat dengan traffic light dan surau. Seperti biasa, restoran seafood ala-ala Thai ni menu lebih kurang sama ja...beza sedap dengan tak sedap je...
Pandangan depan restoran Arina Sona Seafood Sungai Besar

restoran Arina Sona Seafood Sungai Besar

ramai pelanggan datang di Arina Sona Seafood
Lokasi Restoran Arina Sona Seafood, boleh rujuk gps koordinat seperti di bawah.

3°40'19.4"N 100°59'34.3"E

Makan mee udang di Bagan Nakhoda Omar (B.N.O), Sabak Bernam Selangor

Bagan Nakhoda Omar (B.N.O) takde kena mengena dengan politik walaupun bunyi cam Noh Omar..hihihi...Rupanya Bagan Nakhoda Omar (B.N.O) salah satu tempat menarik di Sabak Bernam, Selangor. B.N.O sebenarnya ada pantai, tapi pantai yang berselut bukan berpasir. Masa aku datang sini dalam tengahari. Memang panas la kat waktu tengahari. Matahari pacak atas kepala. Waktu ni air laut tengah surut, nampak laut jauh dari darat. Tapi kalau korang datang petang-petang ok la, sebab air pasang. Aku rasa laut ni tak sesuai untuk mandi....boleh tengok bot-bot nelayan je keluar masuk. Sambil santai-santai tengok laut, boleh pekena mee udang kat restoran bertentangan dengan laut ni.
Restoran Mee Udang Bagan Nakhoda Omar (B.N.O)

orang ramai menjamu selera
Dalam bangunan tu, ada dua gerai yang jual mee udang. Diorang bahagikan mengikut color kerusi kuning dan kerusi merah. Kalau orang duduk di kerusi merah, maka gerai merah akan ambil order sebaliknya jika ada orang duduk di kerusi kuning, makan gerai kuning akan ambil order. Uutuk kes aku, aku pilih kerusi merah. Menu kat sini berasaskan udang, mee udang, mee rebus udang, nasi goreng udang.....selain tu agak juga laksa, kerang bakar...jadi untuk menu aku tenghari tu di B.N.O aku pilih mee rebus udang dan kerang bakar....
Mee rebus udang B.N.O

kerang bakar
Jika korang ada di Sabak Bernam, Selangor boleh la datang di B.N.O ni...santai-santai sambil makan mee udang sambil tengok laut. Aku cadangkan korang datang waktu petang le, jangan macam aku datang waktu tengahari panas lit lit...hahahaha..Untuk yang first time yang nak datang ke sini, aku sediakan gps koordinat dan juga google map untuk korang explore.

gps koordinat = 3°46'01.3"N 100°52'22.1"E

Menikmati permandangan Bandaraya Pulau Pinang (city route) dan kedamaian pantai (beach route) dengan PENANG HOP-ON HOP-OFF TOUR BUS

Salah satu tarikan percutian di Pulau Pinang adalah PENANG HOP-ON HOP-OFF TOUR BUS. Bas dua tingkat (double decker) yang bahagian tingkat atas dibahagikan kepada tempat berbumbung dan tanpa bumbung. Kalau cuaca tak panas, tak hujan, aku cadangkan duduk la kat bahagian yang tak berbumbung tu, baru la rare sikit. Kalau tak rasa cam naik bas biasa je la.
Penang hop-on hop-off tour bus

Tingkat atas bas berbumbung

Tingkat atas bas tanpa bumbung
Korang boleh pilih sama ada nak naik bas City route ataupun Beach route. City route ni bas akan pusing kawasan bandar. Boleh tengok-tengok bangunan bersejarah, tempat-tempat famous, komtar dan lain-lain. Untuk city route ni, ada 13 tempat perhentian (stop01 - stop13). Stop01 ni dekat Gurney Drive. Kat sini adalah titik mula bas dan boleh pilih laluan City route or Beach route di sini. Hanya di stop01 je boleh pilih ye korang. Kalau korang sebagai contoh nak ke Beach route, tapi sekarang korang berada di laluan City route, maka korang kena naik dulu bas City route hingga ke stop01. Kat stop01 baru tukar ke Beach route. Macam kes aku, aku nak naik Beach route, tapi aku berada di stop07 (Chowrasta) City route. So, aku naik di situ hingga ke stop01.
Secara ringkasnya untuk laluan City route, stop01(Gurney Drive) => stop02(Botanical Garden) => stop03(Penang Hill) => stop04(Kekloksi) => stop05(Times Square) => stop06(Komtar) => stop07(Chowrasta) => stop08(Unesco Heritage) => stop09(Clan Jetties) => stop10(Cruise) => stop11(St. George) => stop12(Blue Mansion) => stop13(Kelawei).
Stop07 Chowrasta - City route
Bagi yang inginkan permandangan yang mendamaikan, boleh naik Beach route. Laluan ni adalah laluan disepanjang pantai hinggs ke Taman Rimba. Beach route ni ada lebih kurang 9 tempat perhentian. Berbeza dengan City route, Beach route mengunakan jalan yang sama pergi dan balik. Maksudnya kita akan lihat pantai yang sama dengan pantai yang kita lihat masa kita menuju ke stop22( check point akhir).
Secara ringkas, laluan Beach route, stop01(Gurney Drive) => stop14(Straits Guay) => stop15(Flamingo) => stop16(Miami Beach) => stop17(Holiday Inn) => stop18(Hard Rock) => stop19(Tropical Spice) => stop20(National Park) => stop21(Entopia) => stop22(Taman Rimba). Kemudian berpatah balik hingga ke stop01.
map laluan city route (merah) dan beach route (hijau)
Dari segi tiket pula, aku bagi harga pemegang mykad la ye. Ada tiga jenis tiket yang ada sama ada kita nak yang 24 jam, 48jam atau pun single trip. Harga untuk ketiga-tiga jenis tiket ni adalah seperti di bawah:

kategori 24 jam
dewasa - RM19
kanak-kanak - RM12

kategori 48 jam
dewasa - RM32
kanak-kanak - RM20

kategori single trip
dewasa - RM10
kanak-kanak - RM5

***kanak-kanak bawah 5 tahun- FREE

Bagi kategori 24jam dan 48jam, bermaksud kita boleh hop on, hop off bas sebanyak mana yang korang suka dengan syarat mesti la dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut pilihan tiket. Maknanya boleh turun disetiap hentian dan naik semula mengunakan tiket yang sama. Untuk kategori single trip pula, apabila korang dah turun, untuk naik semula korang akan dikenakan tiket semula.
Tiket ni nak beli kat mana? paling mudah, korang naik je dulu bas. Akan ada sorang staf akan entertain korang (bukan pemandu bas) berkenaan pembelian tiket ni. Akhir sekali aku sediakan sedikit video tour hop-on hop-off bus ni.

Makan malam 'open air' di Restoran Lemboy, Manjung, Perak

Restoran Lemboy di Manjung, Perak ni berkonsepkan 'open air' iaitu makan secara terbuka tanpa bumbung. Maksudnya boleh tengok langit terus macam restoran Bendang Kitchen di Alor Setar, Kedah. Kaunter bayar, dapur dan segala operasi  restoran Lemboy ni beroperasi dalam sebuah kontena yang telah diubahsuai.
Restoran Lemboy menggunakan kontena yang telah diubahsuai

makan berkonsepkan open air (tanpa bumbung)
Restoran Lemboy yang terletak berhadapan dengan stesen bas Seri Manjung ni memang menjadi tumpuan ramai dan sentiasa menjadi review para blogger termasuk aku..hahahaha..Walaupun sentiasa ramai orang datang, parking bukan lah satu masalah kerana Lemboy menyediakan parking yang luas dan selesa untuk para pelanggan diorang. Service pun laju..tak lama sangat nak tunggu makanan sampai..sangat cepat dan pantas.
Parking yang luas dan selesa
Makanan pun sangat sedap. Nak order western pun boleh, nak order yang goreng-goreng pun boleh. Untuk menu aku malam ni, aku order nasi goreng kampung yang lain dari yang lain sebab ada udang goreng besar dan sotong goreng tepung. Part western, aku order chicken chop, fries dan mushroom sup beserta garlic bread.
nasi goreng kampung

chicken chop

mushroom sup beserta garlic bread

fries
Kalau korang nak mencuba sesuatu yang berlainan, boleh la datang ke restoran Lemboy ni. Lokasi berhadapan dengan stesen bas Seri Manjung, bersebelahan dengan Jalan Kayu Manis. Lokasi secara lebih tepat, boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah ni.....
4°11'50.7"N 100°39'59.4"E

Makan Malam di Tasnim Seafood Sungai Petani, Kedah

Cari punya cari untuk makan malam kat Sungai Petani ni, akhirnya aku terjumpa dengan Tasnim Seafood ni. So destinasi makan malam aku kat sini la malam ni. Nampak macam sempoi je, so kena try la kan. Standard la ka restoran macam ni, ala-ala thai plak tu, jadi macam-macam menu makanan ada.
Restoran Tasnim Seafood Sungai Petani Kedah
Untuk makan malam aku di Tasnim Seafood ni, takde la beria sangat aku nak makan. jadi aku order yang biasa-biasa je walaupun banyak menu yang pain yang patut aku cuba namum kekakangan bajet dalam poket aku di ketika itu tidak menyizinkan aku untuk menikmati menu yang luar biasa...hihihihihi...Jika korang nak makan kat sini, cuba la makan yang sempoi-sempoi sikit..pulut mangga pun ada aku tgk.
nasi goreng kampung

char koay teow

sotong pedas

bihun sup
Bagi sesiapa yang nak mencuba makan di Tasnim Seafood ni, boleh la datang ke Sungai Petani di Jalan Bakar Arang, Taman Sri Putra. Korang juga boleh rujuk google map di bawah. Boleh juga juga gps koordinat.
5°37'53.5"N 100°28'54.3"E

Restoran Cikgu Sungai Petani - Nasi campur RM5.90 sepinggan

Sememangnya keunikkan atau kelainan yang di lakukan oleh owner restoran akan menjadi tarikan kepada para pelanggan yang datang. Di Restoran Cikgu ni, keunikkan yang di ketengahkan adalah harga tetap RM5.90 untuk sepinggan nasi dengan pilihan pelbagai hidangan beserta air kordial percuma!
Restoran Cikgu Sungai Petani

Nasi campur RM5.90 sepinggan
Masa aku datang sini, aku datang dengan famili aku. Anak aku biasanya tak makan banyak sangat. Biasanya nasi kosong dengan sup jer..Abes la aku rasa nasi tu pun akan jadi RM5.90. Bagi aku mahal la kan...tapi bila time nak bayar, nasi ada budi bicara cashier tu sebab nasi untuk anak aku takde la diorang nak kira ikut rule RM5.90 diorang tu. Banyak juga la lauk yang ada..kalau korang nak rasa semua pun boleh..harga tetap RM5.90. Tapi tak logic la kat kalau nak letak semua lauk dan satu pinggan nasi jer, tak muat...jadi korang kena guna pinggan lain..so harga pun tambah la lagi RM5.90..macam tu la matematiknya....hihihihihi..
Pelbagai pilihan lauk
Aku takde nak nak tamak ambil semua jenis lauk. Aku makan biasa-biasa saja. Sekadar nak mengalas perut yang tengah lapar di waktu tengahari di Sungai Petani ni. Tak pecaya tengok gambar kat bawah ni....
nasi campur - ayam bakar dan ulam kacang botol

nasi campur - keli bakar dan sayur
Bagi yang nak makan tengahari di Restoran Cikgu Sungai Petani ni, boleh refer google map dan gps koordinat seperti di bawah ni...
5°40'11.9"N 100°30'31.8"E

Restoran anamuda di Arau Perlis

Kebetulan masa aku round-round kat perlis, sampai di Arau, perut rasa lapar nak makan nasi plak. Masa tu dalam pukul 1 lebih tengahari. Kiranya nak cari makan tengahari la. At last aku ternampak restoran anamuda ni, restoran berasaskan masakan thai. Dah masuk duduk, ingatkan ada nasi campur, rupanya diorang hanya sediakan menu yang goreng-goreng dan masakan hidang je. So aku layankan aje....
restoran anamuda, Arau Perlis

dalam restoran anamuda
Bagi yang nak kelainan makan tengahari bukan nasi campur, boleh la datang ke restoran anamuda ni. Ada bau-bau thai sikit..hihihihi..maklum la Perlis kan dekat dengan Thailand. Aku makan biasa-biasa je kat restoran anamuda ni. Kalau korang ada bajet lebih, boleh la order yang sempoi-sempoi sikit pastu komen kat bawah posting ni camna rasanyer....
nasi goreng USA

nasi goreng patprik + telur mata

nasi goreng kampung
Ok la untuk menyenyangkan perut aku tengahari tu. Untuk yang nak cari restoran anamuda, korang pusing-pusing je dalam Arau tu ataupun guna je gps koordinat yang aku bagi kat bawah ni.

6°26'02.8"N 100°16'12.6"E

Makan tengahari di Restoran Selera Kampung, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

Restoran Selera Kampung ni menjadi tumpuan untuk makan tengahari bagi pekerja-pekerja kerajaan ataupun swasta pada waktu tengahari. Kalau korang datang pukul satu, agak ramai la juga orang datang. Sesuai dengan kawasan terletaknya Restoran Selera Kampung ni, yang di kelilingi oleh opis-opis dan sebagainya. Biasanya Sabtu Ahad Restoran Selera Kampung ni tutup.
Restoran Selera Kampung, Bertam Kepala Batas Pulau Pinang

waktu tengahari akan ramai orang (1pm - 2pm)
Dari seri makanan / lauk yang terdapat di sini, bagi aku, lauk/juadah tersebut telah menambat hati dan selera aku, memandangkan aku orang kampung maka selera aku pun selera kampung, kemudian makan di Restoran Selera Kampung plak...memang terbaik la..hihihi...harap ada kena mengena.
pelbagai hidangan/lauk yang ada

nasi lauk daging masak hitam dan sedikit sayur
Mungkin restoran ni boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif untuk korang makan tengahari jika korang berada disekitar kawasan Bertam ni. Kalau ada restoran lain korang boleh cadangkan, nanti aku pi makan dan review untuk blog ni...
Lokasi boleh rujuk google map dan boleh guna gps koordinat seperti dibawah.
5°31'01.9"N 100°26'54.2"E