Western food (makanan barat) di DEBOB berkonsep butik kafe di Bandar Perda Pulau Pinang

Sekali sekala makan western food memang sedap. Selalu makan nasi je hari-hari kan sebab dah jadi makanan rutin harian rakyat Malaysia..Ni aku nak story pasal restoran DEBOB yang berkonsepkan butik kafe yang menyediakan makanan barat (western food). Kat mana DEBOB ni? DEBOB ni terletak di Bandar Perda Pulau Pinang. Landmark DEBOB adalah bersebelahan dengan Tabung Haji.
Restoran DEBOB
Restoran DEBOB
Bila masuk dalam ni, ibu-ibu mesti menjerit keriangan! Sebabnya dalam DEBOB ni ada banyak pinggan mangkuk yang menjadi idaman dan igauan para ibu-ibu, lagi menarik pinggan mangkuk tu jenama VANTAGE!!!! Setiap satunya ada harga yang tertulis. Kalau mampu, boleh beli.
pinggan mangkuk berjenama vantage
pinggan mangkuk berjenama vantage

berkonsepkan butik kafe
berkonsepkan butik kafe
Ok berbalik kepada western food, ada banyak juga menu western yang ada di DEBOB ni. Setakat menu yang aku order, memang sedap dan berbaloi makan. Antara menu yang ada, korang boleh tengok senarai menu yang aku sempat snap dan juga menu minuman special yang ada di DEBOB.
Senarai menu western DEBOB
Senarai menu western DEBOB

Senarai minuman special DEBOB
Senarai minuman special DEBOB
So, dalam banyak-banyak menu di atas, aku order untuk makan petang aku pada petang tersebut bersama-sama famili aku adalah seperti dalam gambar-gambar di bawah ni.
lamb chop
lamb chop

chicken chop
chicken chop

spaghetti carbonara
spaghetti carbonara

DEBOB fries
DEBOB fries
mushroom soup
mushroom soup
Dari segi minuman plak, kalau yang biasa-biasa macam teh ais ke teh o ais ke, aku takan masukkan dalam blog aku ni. Disebabkan aku order yang rare sikit, makan aku telah membuat keputusan sebulat suara untuk masukkan kedalam blog aku yang osem ni...hihihihi..
hot hazelnut white coffee
hot hazelnut white coffee

hot mocha awesome
hot mocha awesome
cold hazelnut white coffee
cold hazelnut white coffee
Bagi yang nak datang ke DEBOB dan ingin mencuba sendiri makan western food, nak tahu sedap ke tidak? Boleh datang ke Bandar Perda, Pulau Pinang. Macam aku cakap tadi, lokasi di sebelah Tabung Haji. Boleh guna gps koordinat yang aku bagi ni. Boleh juga refer google map kat bawah ni...
5°22'01.8"N 100°26'01.6"E
5°22'01.8"N 100°26'01.6"E

Makan tengahari di Restoran Sejati Gemilang, Bandar Perda Pulau Pinang

Restoran Sejati Gemilang ni pun menjadi tumpuan orang ramai waktu makan tengahari. Biasanya pick time antara pukul 12 hingga 2 petang, waktu di mana kebanyakan orang yang kerja kerajaan dan swasta keluar mencari makanan. Aku kalau datang kat sini, mesti cari ayam bakar. Ayam bakar kat sini sedap bagi aku. Selain ayam bakar, ada juga daging bakar, ikan kembung bakar dan ikan pari bakar. Lauk pauk lain pun banyak juga. Kalau korang datang dalam pukul 1 lebih, ikut nasib la, kalau nasib tak baik mungkin ada lauk yang dah habis.
Restoran Sejati Gemilang Bandar perda Pulau Pinang
Restoran Sejati Gemilang Bandar perda Pulau Pinang

Ayam bakar
Ayam bakar
Parking nak cakap susah sangat pun tak juga. Oklah la kalau nak compare nak cari parking kat area George Town yang penuh sesak tu. Bagi yang nak ke sini boleh rujuk google map dan juga gps koordinat. Restoran ni antara altenatif untuk makan tengah hari di area Permatang Pauh ni. Ingat je restoran ni dekat Bandar Perda, Pulau Pinang.
Nasi, ayam bakar, kuah kari udang, kacang botol
Nasi, ayam bakar, kuah kari udang, kacang botol

Nasi, Ayam bakar, kuah sup, ulam raja
Nasi, Ayam bakar, kuah sup, ulam raja
5°22'02.2"N 100°25'29.1"E

Makan malam di Idrus Ikan Bakar, Batu Uban Pulau Pinang

Salah satu pilihan untuk makan malam, korang boleh try makan di Idrus ikan bakar ni yang terletak di Batu Ubun Pulau Pinang. Kalau dari Jambatan Pulau Pinang, lepas keluar jambatan, korang kena alert dalam 300-400m ada satu lorong untuk masuk ke Idrus ikan bakar ni. Sebenarnya Idrus ikan bakar ni bersebelah dengan Nurul Ikan Bakar yang aku penah makan dulu. Saja je nak try makan kat Idrus Ikan Bakar ni sebabkan dah selalu sangat makan dekat Nurul Ikan Bakar. Nak ubah selera sikit.

Idrus Ikan Bakar
Idrus Ikan Bakar

Kalau nak makan bersila pun boleh di Idrus Ikan Bakar
Kalau nak makan bersila pun boleh di Idrus Ikan Bakar
Oleh sebab ni first time aku nak try makan di Idrus Ikan Bakar, so rasa nak cuba macam-macam mengikut bajet aku la...Mula-mula kena pi pilih dulu makanan laut yang sedar untuk dimasak. Tapi kalau taknak pilih pun ok gak, just bagitau nak makan apa, biar diorang sendiri yang pilihkan. Banyak juga ikan-ikan segar. Aku pilih siakap untuk masak siakap tiga rasa, sotong untuk sotong goreng tepung, ketam untuk ketam masak sambal....
Ikan-ikan segar untuk dipilih dan untuk dimasak
Ikan-ikan segar untuk dipilih dan untuk dimasak
Selain dari menu makanan laut tu, aku order gak tomyam, sup ayam dan telur dadar. Rasa di Idrus Ikan Bakar ni, kalau nak compare dengan Nurul Ikan Bakar, ada menu yang Nurul Ikan Bakar sedap lagi. Namun ada gak yang sedap kat Idrus ni, siakap tiga rasa, sotong goreng tepung pun sedap. Berikut adalah gambar-gambar menu yang telah menjadi santapan aku di Idrus Ikan Bakar ni...
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

Siakap tiga rasa
Siakap tiga rasa

ketam masak sambal
ketam masak sambal

tomyam campur
tomyam campur

Sup ayam
Sup ayam

telur dadar
telur dadar
Kepada yang ingin mencuba menu di Idrus Ikan Bakar, tempat ni berhampiran je dengan jambatan Pulau Pinang seperti yang ku dah cakap tadi. Lebih mudah, korang pakai je gps koordinat yang aku sertakan agar korang tak terlepas lorong jalan masuk ke Idrus Ikan Bakar ni. Google map pun dapat bantu korang. Semoga korang dapat cari dan menjamu selera. Harap dapat membantu.

5°21'12.8"N 100°18'41.1"E

Makan di restoran roti canai Jalan Argyll (Argyll road roti canai) George Town Pulau Pinang

Restoran ni unik sikit sebab makanan utama diorang adalah roti canai. Pelbagai menu roti canai yang ada di sini untuk kita bersarapan pagi. Kalau nak mencuba roti canai kat sini, kena datang waktu pagi a.k,a waktu bersarapan kerana waktu lain kedai dah tutup. Operasi sama macam satu lagi sarapan roti canai famous transfer road. Cuma di Argyll roti canai ni, ada juga disediakan nasi tomato selain daripada menu roti canai.
Restoran Roti Canai Jalan Argyll
Restoran Roti Canai Jalan Argyll 

Pandangan dari dalam restoran
Pandangan dari dalam restoran

makan-makan roti canai
makan-makan roti canai
Keadaan nampak well organized sikit la kalau nak compare dengan roti canai transfer road. Peminat roti canai ikut pilihan masing-masing la. Ada yang suka makan kat roti canao jalan Argyll, ada juga yang lebih suka makan kat roti canai transfer road. Gambar kat bawah ni antara roti canai yang aku makan. Boleh makan dengan lauk kari ayam or kari daging or nak makan kosong je.
roti canai kosong
roti canai kosong

roti canai telur
roti canai telur

kari ayam dimakan bersama dengan roti canai
kari ayam dimakan bersama dengan roti canai
Kepada sesiapa yang nak cuba makan roti canai Jalan Argyll ni, boleh la rujuk google map kat bawah ni. Gps koordinat pun aku dah sediakan. Lepas sarapan roti canai kat Jalan Argyll ni boleh makan temgahari terus kat nasi kandar line clear yang tak jaug sangant dari roti canai Jalan Argyll ni...hihihi. Kalau nak makan nasi kandar hameediyah, kena jalan jauh sikit la. Ok guys, selamat menjamu selera!

 5°25'13.2"N 100°19'55.1"E

4 hari 3 malam percutian menarik di Pulau Langkawi

Kali ni aku nak cerita sikit percutian aku di Pulau Langkawi. Aku dan famili aku dah rancang percutian 4 hari 3 malam di pulau tersebut. Dah 3-4 kali jugak la aku datang bercuti kat sini. Dengan feri or dengan kapal terbang. Untuk posting aku kali ni, aku dah pilih mengunakan pengangkutan udara a.k.a kapal terbang a.k.a flight dari Pulau Pinang International Airport. Kalau mengunakan feri, biasanya aku akan naik dari Kuala Perlis. Kalau dari Kuala Perlis, takde la lama sangat untuk sampai ke Jeti Pekan Kuah.
Ok, berbalik kepada flight aku dari Penang ni, aku nak flight dalam tengahari kat Penang. Penerbangan dari Penang ke Langkawi, takde la lama sangat, lebih kurang dalam 20 minit je. Nak pi toilet pun tak sempat. Baru je terbang, tetiba pilot dah buat announcement pesawat akan mendarat sebentar saja lagi.....

Dah landing kat Langkawi International Airport, first sekali kena cari kereta sewa la. Kat Airport tu je ramai booth yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Disebabkan aku dah siap-siap cari sebelum datang ke Langkawi ni, aku pun terus call dengan orang yang aku dah deal tu. Maklumla waktu aku datang sini, waktu tu cuti sekolah. Harga memang up sikit la. So dapat la aku kereta viva dalam RM80 sehari. Tapi kalau bukan waktu cuti sekolah boleh dapat lagi murah.
Lepas dah check in hotel di Pekan Rabu, Kuah, kitorang memulakan misi berjalan-jalan yang pertama untuk hari yang pertama ni. Hari pertama ni aku set kan untuk shopping je supaya hari-hari lain tak diganggu oleh aktiviti 'shopping' ni..hihihihi....destinasi shopping kami adalah Idaman Suri, Ismail Group dan RAM.

Idaman Suri
Idaman suri ni sesuai dengan namanya yang menjadi idaman bukan saja surirumah suri yang tidak berumah pun seboleh-bolehnya akan datang sini. Datang jadi tempat wajib datang untuk orang perempuan. Pinggan mangkuk, tuala, cadar, langsir dan lain-lain yang buat mata para wanita tak akan berkedip walaupun sekali...terbeliak biji mata tengok.....
Pandangan depan Idaman Suri Langkawi
Pandangan depan Idaman Suri Langkawi

Barangan dapur, pinggan mangkuk, sudu, cawan, dll
Barangan dapur, pinggan mangkuk, sudu, cawan, dll

Barangan cenderahati, kain, tuala, cadar dll
Barangan cenderahati, kain, tuala, cadar dll
Gps idaman suri : 6°19'57.5"N 99°51'37.3"E
Boleh check google map seperti dibawah ni......


Komplek Haji Ismail Group
Lepas dan puas jalan di Idaman Suri, kami beralih arah ke Komplek Haji Ismail Group. Jangan takut nak masuk sebab tiada tiket yang perlu dibeli. Masuk je lepas tu shopping dan kena bayar la kan kalau nak beli barang dalam tu. Barang-barang yang ada kat sini lebih kurang je macam Idaman Suri. Yang menjadi tumpuan, semestinya coklat....yaaaaaa coklatttttt....yang menjadi tarikan utama bila datang ke Langkawi ni...Maka di sini la bermulanya shopping coklat. Anak aku tengok coklat yang berbukit-bukit dalam tu, semua dia nak beli.....dia nak beli tapi aku la nak bayar. Tak boleh jadi, aku hadkan coklat yang anak aku nak beli....bocor poket den.
Komplek HIG (Haji Ismail Group)
Komplek HIG (Haji Ismail Group)

Malaysia (1) - Korea Selatan (2), Perlawanan suku akhir kejohanan AFC U23

Team Malaysia akhir nya terkandas di peringkat suku akhir AFC U23 di tangan Korea Selatan. Namun begitu Malaysia hampir membuat kejutan terhadap Korea Selatan. Jika dilihat pada stastitik perlawanan, kedua-dua pasukan agak seimbangan. Gol Korea Selatan pada minit pertama perlawaan (gol awal) telah menyentap semangat kem team Malaysia, namum mereka berjaya bangkit dengan menyamakan kedudukan pada minit ke 67 menerusi tandukan Thanabalan. Kedudukan semasa hampir membawa perlawanan ke masa tambahan. Faktor keletihan dan argresif pemain Korea untuk memang, akhirnya Korea berjaya mendapat gol kemenangan mereka pada hujung perlawanan. Berikut adalah stastitik perlawanan dan video highlight Malaysia vs Korea Selatan.

Makan malam di Medan Ikan Bakar, Simpang Empat Hutan Melintang Perak

Medan Ikan Bakar di Simpang Empat Hutan Melintang, Perak salah satu tempat makan malam yang korang kena datang dan makan..sangat sedap! Aku dah banyak kali datang cuma kali ni berkesempatan untuk nak selitkan dalam blog aku ni.....Medan selera ni berdekatan dengan simpang empat traffic light jalan besar (boleh rujuk google map kat bawah)...
Medan Ikan Bakar Simpang Empat Hutan Melintang Perak
Medan Ikan Bakar Simpang Empat Hutan Melintang Perak

Pandangan depan medan ikan bakar
Pandangan depan medan ikan bakar

dapur tempat diorang masak
dapur tempat diorang masak
Alang-alang datang sini, jangan la order yang biasa-biasa jer...order la yang best-best sikit. Maka pada malam itu, aku kira makan besar la gak...Apa yang aku makan??  aku order siakap tiga rasa, siakap masak stim, ketam sambal, udang sambal, ikan kembong bakar, ikan pari bakar, sotong goreng tepung, tomyam campur, sayur kangkung belacan, telur dadar.....haaaaaaaa banyak tak kawan-kawan???hihihihihihihi....
Segala-galanya telah selamat berenang-renang dalam perutku yang meninggalkan rasa enak dan kesedapan melampau....melampau plak ayat aku ni hahahhaha..Ketam sambal yang sempoi, siakap tiga rasa yang enak ditambah dengan kuah tomyam yang maveluss....sotong goreng tepung yang osem dicicah dengan sos meletup-letup dalam mulut..perghhhhh.....rasa nak pi repeat lagi la kat sini. Oklah kawan-kawan, korang layan la gambar-gambar makanan yang aku sempat snap untuk blog ni....

Malaysia layak ke suku akhir AFC U23 selepas menang dengan Arab Saudi

Selepas 3 perlawanan, kalah pada perlawanan pertama, kemudian seri, dan akhirnya menang pada perlawanan ketiga telah berjaya membawa Malaysia layak ke suku akhir kejuaraan konfederasi bola sepak Asia (AFC) U23 selaku naib juara kumpulan C dengan kutipan 4 mata keseluruhannya. Video di bawah adalah detik-detik manis jaringan kemenangan pada minit ke 29 oleh pemain Malaysia, Danial Amier yang telah meletakkan keputusan 1-0 dan ianya kekal sehingga tamat perlawanan. TAHNIAH TEAM MALAYSIA.

Restoran Nasi Kandar Hameediyah Jalan Baru Pulau Pinang

Selain nasi kandar Hameediyah yang ada di Lebuh Campbell, George Town, ada satu lagi maybe cawangan diorang yang terletak di Jalan Baru, Perai, Pulau Pinang. Kat sini ada selesa sikit la dari segi parking. Kalau di belah pulau tu, agak susah untuk nak dapatkan parking. 
Restoran Nasi Kandar Hameediyah Jalan Baru, Perai Pulau Pinang
Restoran Nasi Kandar Hameediyah Jalan Baru, Perai Pulau Pinang

bahagian dalam Hameediyah
bahagian dalam Hameediyah
Diorang aku rasa cuba untuk mengekalkan rasa nasi kandar hameediyah yang kat george town tu. Aku pun dan try makan yang dekat pulau tu, memang sedap..boleh tengok posting aku yang lepas pasal Hameediyah tu...Kat Hameediyah dekat Jalan Baru ni, aku makan nasi briyani ayam set...so set yang aku dapat untuk nasi briyani ni cam dalam gambar kat bawah ni....satu je aku nak pesan, kalau cakap nasi briyani set je, diorang akan kasi standard lauk iaitu ayam kukus (kukus dalam nasi)..aku taknak ayam kukus tu, jadinya kena cakap ayam goreng.....
Nasi briyani ayam goreng
Nasi briyani ayam goreng

gulai dalca
gulai dalca

bawang+timum+sambal
bawang+timum+sambal

kuah kari
kuah kari
Boleh la korang cuba datang sini bagi yang duduk area Jalan Baru, Perai ni...tak payah susah-susah nak masuk ke pulau, nak hadap jem lagi, nak cari parking lagi.....so korang boleh tengok google map yang aku dah sediakan dan juga boleh pakai terus gps koordinat yang akan bawa anda direct ke hameediyah ni.....

5°22'19.4"N 100°24'43.8"E

Makan malam di restoran Airport Corner, Langkawi

Malam last aku kat langkawi, aku nak cuba pulak makan kat restoran Airport Corner ni. Restoran ni dekat je dengan Airport (lapangan terbang) Langkawi. Sebab tu la kot nama restoran ni di ambil sempena dengan nama Airport. Lokasi restoran bersebelahan dengan roundabout airport tu. Dari hari pertama aku dah perasan restoran ni sebab aku datang nak flight, maklum la tiket air asia tengah murah..hihihihi...
Restoran Airport Corner Langkawi
Restoran Airport Corner Langkawi

Bahagian dalam Restoran Airport Corner Langkawi
Bahagian dalam Restoran Airport Corner Langkawi
Standard la menu kat restoran ni, sama macam restoran-restoran lain. Rasa? not bad. sedap gak la. Untuk mengeyangkan aku malam tu, airport corner berjaya memenuhi objektif aku....cewah! Bukan setakat tom yam, goreng-goreng, ada juga kat sini menu western. So gambar kat bawah ni, antara menu yang aku order buat juadah aku pada malam terakhir aku dah famili aku kat sini...
nasi goreng kampung telur mata
nasi goreng kampung telur mata

paprik
paprik

chicken chop
chicken chop
Bagi sesiapa yang nak ke sini, memang senang nak cari....macam aku cakap tadi, restoran ni sebelah roundabout Airport Langkawi. Aku juga sediakan gps koordinat untuk korang dan juga google MAP sebagai rujukan korang.

6°20'43.5"N 99°43'57.7"E