Malam last aku kat langkawi, aku nak cuba pulak makan kat restoran Airport Corner ni. Restoran ni dekat je dengan Airport (lapangan terbang) Langkawi. Sebab tu la kot nama restoran ni di ambil sempena dengan nama Airport. Lokasi restoran bersebelahan dengan roundabout airport tu. Dari hari pertama aku dah perasan restoran ni sebab aku datang nak flight, maklum la tiket air asia tengah murah..hihihihi...
|
Restoran Airport Corner Langkawi |
|
Bahagian dalam Restoran Airport Corner Langkawi |
Standard la menu kat restoran ni, sama macam restoran-restoran lain. Rasa? not bad. sedap gak la. Untuk mengeyangkan aku malam tu, airport corner berjaya memenuhi objektif aku....cewah! Bukan setakat tom yam, goreng-goreng, ada juga kat sini menu western. So gambar kat bawah ni, antara menu yang aku order buat juadah aku pada malam terakhir aku dah famili aku kat sini...
|
nasi goreng kampung telur mata |
|
paprik |
|
chicken chop |
Bagi sesiapa yang nak ke sini, memang senang nak cari....macam aku cakap tadi, restoran ni sebelah roundabout Airport Langkawi. Aku juga sediakan gps koordinat untuk korang dan juga google MAP sebagai rujukan korang.