Makan malam di restoran GM Burger di Kuah Langkawi

Malam first yang aku sampai Langkawi ni, ternampak restoran GM Burger ni masa aku n famili aku tengah on da way nak pi makan malam kat restoran medan selera nelayan Bukit Malut. So aku decide malam kedua aku kat sini, nak makan burger kat GM Burger tu. Maka apabila tibanya malam kedua tu, aku dengan lantas terus menuju ke arah GM Burger tersebut dengan hati yang berkobar-kobar.

GM Burger dari sudut tepi depan

GM Burger dari sudut tepi belakang

GM Burger side yang satu lagi
Bila aku nak ambil order, aku tanya apa ada kat sini? Tukang ambil order tu cakap 'macam-macam ada'....rupanya diorang bukan setakat jual burger, menu lain pun banyak...nak makan goreng-goreng, western, menu set, semua ada.....aku ingat diorang ada menu burger je...Oleh sebab aku dah set dalam kepala otak aku yang geliga ni nak makan burger, aku pun cuba tidak goyah untuk order menu lain selain burger. Jadi aku pun order la burger seperti gambar-gambar kat bawah ni...
Burger daging special

Oblong daging

Burger daging kosong (takde sayur, takde sos)
Dok tengah makan burger, tetiba nampak meja sebelah makan koay teow kerang dan spaghetti bolognese.....macam sedap jer..hatiku mula goyang dan semakin goyang dan akhirnya, 'abang nak tambah koay teow kerang, spaghetti bolognese, french fry ye'.......tapi ternyata koay teow kerang menang sedap dah terbaikkkk!..
koay teow kerang

spaghetti bolognese

french fry
Kepada yang nak cuba menjamu selera kat GM Burger ni, korang boleh la guna gps koordinat yang aku bagi kat bawah tu...boleh rujuk google map kat bawah ni jugak...selain GM Burger ni, diorang ni jugak ada buat bisness motel dan homestay.. 

gps koordinat : 6°19'44.1"N 99°49'57.6"E

Sarapan pagi di medan selera HIG, Kuah, Langkawi

Pusing punya pusing pekan Kuah, Langkawi ni nak cari kedai untuk sarapan pagi, last-last jumpa medan selera HIG ni....HIG tu apa???? HIG tu 'Haji Ismail Group'...medan selera ni betul-betul depan kompleks HIG yang orang suka shopping tu...Medan selera HIG ni aku tengok pagi-pagi tak banyak yang buka lagi, ada la dalam 3-4 kedai yang dah buka pagi tu...ok la daripada takde kan...
Medan Selera HIG, Kuah Langkawi
Kat medan selera tu, ada kedai nasi kandar (Restoran Haji Ali), sbb tu la kot orang datang nak sarapan...selain tu ada gak gerai yang jual nasi lemak, gerai jual ayam gunting...Jadi pilihan aku kali ni, aku makan roti canai, nasi lemak dan aku order gak ayam gunting tu...
Restoran Haji Ali (nasi kandar) medan selera HIG

roti canai
Senanag je nak cari medan selera HIG ni....Pas sarapan korang boleh la pi cuci mata kat komplek HIG...nak beli coklat ke, pinggan mangkuk ke.....

gps koordinat medan selera HIG : 6°19'30.7"N 99°50'55.6"E

Menikmati makan malam hasil laut fresh di Medan Selera Nelayan, Bukit Malut, Kuah, Langkawi

Tempat ni agak tersorok sikit, tapi bila dah sampai tengok orang penuh dalam kedai tu...parking pun penuh. Parking takde parking yang spesifik, korang kena pandai-pandai la ejas...Bila korang dah berjaya menikmati hidangan yang korang order, korang akan merasa sangat-sangat puas...tapi sebelum nak puas tu, ni aku nak story sikit....jeng jeng jeng......
Medan Selera Nelayan Bukit Malut, Kuah Langkawi

Pelanggan menanti hidangan dengan penuh kesabaran
Ok, apa yang perlu korang buat bila dah sampai sini? First korang kena pergi jenguk kat bahagian belakang-tepi kedai tu sebab kat situ la bermulanya segala hidangan makan malam korang hihihi...Kat situ korang tengok cam pasar jual ikan....harus diingat, bukan beli ikan untuk korang bawak balik masak sendiri, tapi korang pilih ikan fresh tu untuk dimasak sebagai hidangan makan malam korang kat situ la....
Ada juga buah-buah untuk hidangan sampingan korang....boleh pilih dan pilih dan pilih lagi......
Pelbagai makanan laut yang fresh sedia untuk dimasak

Siakap sedang menunggu turn untuk ditukar menjadi makaan korang

pilih yang mana berkenan
Daripada hasil pemerhatian aku dengan ikan-ikan fresh ni, dan juga hasil perbincangan mesra dengan bini aku, maka kami secara sebulat suara telah memilih seekor ikan siakap (saiz besar), beberapa ekor sotong dan beberapa ekor siput buluh untuk dikorbankan buat makan malam kami. Untuk melengkapkan lagi hidangan makan malam kami, setelah mendapat persetujaan dari semua pihak, kami meng'order' menu tambahan iaitu sayur campur dan juga sup ayam yang sempoi terbaik sedap!
pilihan kami yang telah dipersetujui semua pihak
Ikan siakap tu aku pilih buat siakap bakar disertakan dengan sambal. Sotong pada kebiasaannya aku suka dijadikan sebagai hidangan sotong goreng tepung, maka jadi ia sotong goreng tepung. Siput buluh pulak dimasak sambal yang ditambah dengan telur. Hasil daripada request aku tu, terjadi la hidangan seperti di bawah.........
Siakap bakar bersambal

Sotong goreng tepung

Siput buluh masak sambal

Sayur campur

Sup ayam yang super duper sedap
Pasal sup ayam tu, memang terbaiklah...sedap satu hal, ayam dalam tu bukan yang style dipotong dadu yang biasa aku order kat kedai-kedai lain, tapi ayam tu memang ketul ayam...bukan seketul, malah berketul-ketul.....
Pada yang nak datang sini, ataupun korang tengah bercuti di Pulau Langkawi, aku rekomen la untuk korang makan kat Medan Selera Nelayan Bukit Malut ni.....cuma satu je aku nak pesan kat korang....korang kena prepare mental dan fizikal untuk menghadapi kesabaran menunggu makanan korang siap....penantian satu penyiksaan bak kat muda mudi yang dok bercinta tu...tapi berbaloi tunggu habaq hang!!!!!
Korang boleh guna gps koordinat kat bawah ni or pakai google map yang aku tempek kat bawah ni jugak.......

6°19'10.0"N 99°47'45.4"E

Ed burger Jalan Permatang Pauh (since 1986)

Kepada yang dok cari burger sempoi, ni aku rekomen kat korang Ed burger kat Jalan Permatang Pauh Pulau Pinang. Diorang berniaga dah lama, sampai tapak berniaga diorang tu dah jadi permenant kat situ maklum la depa habaq berniaga since 1986....Macam-macam burger ada..kena ambil nombor kalau nak order...
Ed burger

Ed burger - boleh makan kat situ 

list menu dan harga

waktu operasi dari 3 petang hingga 1 pagi
Malam tu aku order burger daging special, oblong daging cheese, burger daging, burger ayam dan hotdog....burger daging, ayam hotdog tu anak aku punya, so tak de sayur la kan...Yang nak cuba makan burger ni aku sediakan gps koordinat dan google map untuk korang cari...aku belanja gambar burger daging special dengan oblong daging cheese untuk korang terliur...hihihihi
Oblong daging cheese

burger daging special
gps koordinat = 5°24'24.3"N 100°24'52.9"E

Makan tengahari di Kampung Baru Kuala Lumpur (restoran gerak 21)

Masa aku kat KL, aku tercari-cari kat mana tempat makan tengahari best yang ala-ala kampung kat KL ni. So, aku jalan punya jalan punya jalan, ending aku sampai kat Kampung Baru ni....Ternampak la satu signboard kedai makan yang tulis 'SELAMAT DATANG KE GERAI PAK LANG IKAN BAKAR - MASAKAN ALA KAMPUNG'....makanya aku pun terus mencari parking dan kebetulan disebelah kedai makan ni ada disediakan parking berbayar...sekali masuk parking RM5 beb...terkejut den....
So bila aku dan masuk dalam kedai tu, punya la ramai manusia dok ada..aku terus ke gerai yang ada tulis signboard dalam tu 'IKAN BAKAR BEREMPAH GERAK 21'....
"gerai Pak Lang ikan bakar - masakan ala kampung"

"Ikan bakar berempah - gerak 21"
Macam-macam lauk ada kat sini....banyak sangat sampai tak tahu nak pilih nak makan yang mana satu...last-last aku ambil je nasi dengan ayam goreng..hahahahahaha..rambang mata. Nak cari meja kosong pun satu hal lagi...kena tunggu orang hais makan kalau korang datang memang time peak hour orang kuar makan tengahari....
Pilihan makanan dari hujung ke hujung

ikan bakar berempah

macam kenduri kawin daaa....
Ok la....bagi yang nak mencuba makan tengahari di sini, boleh la cari di kampung baru Kuala Lumpur..Kalau yang tak biasa dengan jalan KL ni, aku dah prepare gps koordinat dengan google map untuk korang guna sebagai panduan arah ke sini...selamat mencari dan selamat menjamu selera...


gps koordinat : 3°09'44.2"N 101°42'11.8"E

Wan Hashim Seafood, Simpang Ampat Pulau Pinang

Jika korang berada di area Simpang Ampat, Pulau Pinang, ada satu restoran masakan ala thai, seafood yang boleh korang cuba try tengok....Aku balik dari Jusco Bukit Mertajam, kebetulan lalu kat depan restoran ni, so aku pun singgah la sebab tengok signboard 'Wan Hashim Seafood' besar gabak kat tepi jalan seolah-olah ada daya tarikan magnet menarik aku ke arah restoran tu....makanya aku pun terjebak la untuk makan di situ.....

restoran Wan Hashim Seafood
First time aku makan kat sini..menu standard la macam kedai-kedai makan yang lain..so aku order makan yang biasa aku makan kat tempat lain...makanan yang aku order tu ada yang ok, ada yang biasa-biasa saja...pendapat melalui tekak aku, lain tekak lain rasanya...lain orang lain citarasanya...nasi goreng paprik dan telur bistik biasa-biasa saja, tapi daging halia sedap...
nasi goreng paprik

telur bistik

sayur kangkung

Daging masak halia
Tengok kat gambar ada juga western food, tapi bila nak order, cuma ada chicken chop sahaja. So, order la jugak chicken chop tu sebab anak aku nak makan....Senarai menu-menu yang lain untuk korang cuba ada seperti gambar dibawah...boleh la korang pilih-pilih dulu menu feveret korang..
chicken chop

senarai menu 1

senarai menu 2
Bagi sesiapa yang ingin ke Wan Hashim Seafood ni, boleh la rujuk google map yang aku dah tempek kat bawah ni...korang juga boleh guna gps koordinat yang aku sediakan juga dalam blog ni...selamat mencari dan menjamu selera aku ucapan kepada korang-korang......

5°19'01.1"N 100°27'40.8"E

Makan tengahari di medan selera Taman Siakap, Seberang Jaya

Jalan punya jalan cari makan, tertiba ternampak medan selera Taman Siakap ni kat area Seberang Jaya betul-betul bertentangan dengan bangunan ARENA. Medan Selera ni parking agak terhad jugak la, tapi takde la susah sangat nak dapat parking. Banyak gerai makan dalam ni, waktu tengahari orang sentiasa penuh, waktu rehat orang bekerja kot sebab aku tengok ramai yang pakai uniform tempat kerja masing-masing.
Medan Selera Taman Siakap Seberang Jaya Pulau Pinang

Deretan gerai yang banyak, boleh pilih nak makan kedai mana satu
Kat hujung sekali tu, ada gerai char koay teow, tapi aku tak pasti la tengahari bukak ke tak...biasanya diorang start petang sampai malam. Sebelah wing satu lagi ada gak gerai nasi ayam. Tapi yang best yang aku perasan, ada gerai pokok cherry. Gerai ni jual mee goreng, mee rebus, pasembur, koay teow goreng, cendol, ais kacang...lagi apa ek, soory aku tak ingat. Aku pernah review restoran mee pokok cherry kat Kepala Batas. Aku rasa di cawangan diorang kot.
Gerai pokok cherry

Cendol pokok cherry
Cendol untuk basah-basah tekak je....niat aku datang sini nak makan nasi aka makan tengahari hari. Oleh yang demikian, aku pun makan la nasi kat salah satu gerai kat medan selera tu. Pening nak pilih lauk...banyak sangat...so jemput la tengok hidangan makan tengahari aku..hihihihihihi..
nasi, ayam goreng, sayur kacang

nasi, ikan sambal, sayur
Bagi yang nak ke sini, boleh la guna gps koordinat kat bawah ni....juga aku sertakan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

5°23'09.3"N 100°24'08.3"E

Makan tengahari Nasi Campur Pokok Nyok Bukit Mertajam

Makan tengahari di Nasi Campur Pokok Nyok di Bukit Mertajam feeling-feeling macam makan nasi kandar...kiranya nasi kandar melayu la ni...Banyak juga lauk kat sini...gulai pun sedap-sedap...Restoran ni guna bangunan baru, sebelum ni diorang berniaga dekat bangunan lama..
Nasi Campur Pokok Nyok

bahagian dalam Nasi Campur Pokok Nyok
Ok la aku rasa makan kat sini...sebagai alternatif korang yang ada dekat-dekat sini. Sebenarnya kawasan ni, banyak tempat-tempat menarik selain Nasi Campur Pokok Nyok ni. Ada antaranya aku dah review dalam blog aku ni...
Gambar kat bawah ni adalah santapan makan tengahari aku...bukan aku melantak dua-dua tu, satu pinggan lagi tu bini aku punya daaa....
Nasi campur ayam goreng, sayur kobis

Nasi campur ikan gulai, telur dadar
Bagi yang biasa lalu tempat ni, korang boleh cari kedai assesori kereta brothers...Nasi Campur Pokok Nyok ni bertentangan, seberang jalan dengan brothers...Bagi yang tak biasa dengan jalan kat kawasan ni, aku sertakan google map dan gps koordinat untuk memudahkan pencarian korang......

gps koordiant : 5°22'05.1"N 100°26'38.6"E