Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA ini telah diadakan di muzium Kedah pada 20 Mac 2017 hingga 19 April 2017. Untuk mengabadikan artifak-artifak tersebut sebagai kenang-kenangan, disertakan di sini video-video artifak yang telah dipamerkan pada pameran tersebut:
Serban/sorban Rasulullah S.A.W
Rasulullah s.a.w selesa dengan memakai penutup kepala. Baginda mempunyai serban penutup kepala dengan ciri-ciri berlainan iaitu kupiah yang diperbuat daripada kulit kayu, kain dan kulit unta. Serban baginda melebihi 5 meter berwarna hitam dan hijau iaitu warna kesukaan Baginda mengikut yang terdapat koleksi-koleksi serban Baginda. Baginda mengenakan apa yang dipanggil Qalamah (kopiah) bersama dengan Mahmah (serban). Pada masa-masa tertentu Baginda memakai Qutbri (mafla/selendang) di bahu atau kepalanya pada masa cuaca panas dan berdebu. Serban ini diberikan kepada sahabat Baginda yang tersayang iaitu Mu'adz bin Jabal semasa diperintahkan Mu'adz ke Palestin untuk menyebarkan dakwah dan akhirnya peninggalan ini menjadi milik waris-warisnya.
Tapak kaki Rasulullah S.A.W
Tidak ada pengesahan bertulis dalam sumber-sumber Islam awal tentang artifak inin, ia dipercayai bahawa kesan jejak Baginda terhasil pada permukaan keras. Dalam Mawahib al Ladunniya(rahmat Illahi) Iman Kastalani menjelaskan bahawa "apabila Nabi berjalanvdi atas batu, kakinya akan tenggelam di dalam dan meninggalkan cetakan (kesan). Satu keajaiban sama dikaitkan dengan Nabi Ibrahim, batu dengan jejak beliau dipelihara di hadapan Ka'abah. Ia dikenali sebagai sebahagian Maqam Ibrahim dan direkodkan di dalam Al-Quran. Jejak tapak kaki Baginda ini terhasil semasa Baginda memasuki tanah Yaman, yang mana pertama kali Baginda ke sana. Terdapat 44 jejak tapak kaki Rasulullah terdapat di dalam simpanan pengumpul persendirian, muzium dan para keturunan Rasulullah saw.
Para Sahabat akan mengumpul setiap helaian rambut atau janggut Baginda Rasulullah apabila Baginda bercukur.Mengikut daripada Abu Talha Al Ansari yang selalu memotong rambut Rasulullah SAW adalah sahabat bernama Mamar bin Abdullah, kelaziman pada awal Muharam dan pada bulan Ramadhan serta pada masa Baginda Junjungan membuat haji yang paling mashur, helaian janggut Baginda dibahagi kepada Para Sahabat untuk simpanan. Kini terdapat 35 lokasi janggut Rasulullah disimpan oleh waris-waris sahabat dan muzium.
Rambut Rasulullah S.A.W
Dari helaian rambut S.A.W yang jelas dan nyata terdapat 27 koleksi di muzium dan orang dari keturunan sahabat yang diturunkan pada setiap generasi dan dari keturunan Baginda sendiri. Terdapat di India, Mesir, Turkey, Mekah, Madinah dan di Uzbekistan.
Capal Rasulullah S.A.W
Tongkat Rasulullah S.A.W
Tongkat yang amat Baginda sukai adlah tongkat bernama Al Saaja, iaitu tongkat peninggalan dari nabi Allah Ibrahim a.s dan tongkat dari kayu Al Ayusiah serta tongkat dari kayu Luz Putih. Tongkat ini berada dibawah jagaan waris-waris sahabat Baginda Rasulullah SAW.
Panah Busar Rasulullah S.A.W
Pasir makam Rasulullah S.A.W
Tanah atau debu yang diambil dari makam Nabi semasa kerja-kerja pembaikan yang dipelihara dalam 17cm bekas berkaca. Berikut adalah debu yang diambil dari makam Nabi oleh seseorang dengan kebenaran apabila sultan Uthmaniyyah menaiki takhta pada tahun 1255(1839).
Penutup Makam Baginda Junjungan Rasulullah SAW dahulunya diselimuti dengan kain selimut Baginda. Semasa sahabat Saidina Ali RA memegang sebagai khalifah, kain penutup makam Rasulullah SAW digantikan dengan kain tenunam berwarna merah dan bertatah ayat menggunakan benang perak. Semasa pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniah, ruangan ini sebahagian besarnya diubah suai dan tertutup sepenuhnya dengan kain tenunan ayat seperti penutup kaabah. 1/4 bahagian kain tertera tenunan ayat Al-Quran bermula dari surah AL-Fatihah dengan tenunan benang perak. Omar Al Midwahy menyebut bahawa kain penutup ruang Makam Baginda tidak perlu di tukar seperti kain kaabah, kerana penutup Makam Rasulullah SAW terletak pada ruang tertutup dan tidak pernah disentuh oleh sesiapa. Penggantian biasanya dilakukan apabila perlu sahaja. Tukaran terakhir adalah dalam tahun 1971 (seperti dalam pameran ini).
Kunci makam Rasulullah S.A.W
Cop mohor Rasulullah S.A.W
Semasa zaman Baginda Rasulullah SAW, cop mohor digunakan untuk menghantar surat kepada kerajaan bukan Islam. Surat pertama Baginda ditulis di atas kulit binantang dan menggunakan cop mohor daripada besi bergelang dan perak dibahagian belakang. Terdapat 7 koleksi cop mohor Baginda, kebanyakannya ada di dalam simpanan para pembesar Islam dan Sahabat terdekat.
Al-Quran bertatah emas
Jam matahari
Jam Matahari digunakan di Mesir, Moroco, Turkey, Iran dan Sepanyol dari abad ke 10 hingga abad ke 14. Ia digunakan mengikut keadaan matahari dengan menggunakan cahaya dan bayang penanda dibahagian yang menunjukkan masa mengikut kiraan siang sahaja.
Batu bersurat daripada runtuhan masjid Kuba'
Kunci Ka'abah Othmaniah 1847
Ka'abah di amanahkan kepada Uthman bin Talha dari kaun Quraisy dan penjagaan kuncinya sekali. Dia juga diamanahkan untuk penjagaan pembersihan dan kawalan pelawat yang ingin masuk di dalamnya. Semasa Baginda Rasulullah ingin memasuki di dalam Ka'abah dengan sahabat iaitu Bilal dan Othman r.a pada saat sebelum hijrah baginda dan sahabat tidak dibenarkan masuk oleh penjaganya iaitu Uthman bin Talha. Baginda bersabda, Uthman, saya harap satu hari nanti anda akan melihat saya dalam kedudukan yang boleh saya masuk dan menukar atau meletakkan kunci ini di mana saya mahu dan penjaganya bertukar kepada hak. Lalu Uthman menjawab maka pada perkataan Rasulullah SAW itu bererti kaum-kaum Quraisy dalam kedudukan rosak dan lemah. Uthman bin Talha membenarkan orang melawat pada Isnin dan Khamis. Semasa pemerintahan kerajaan Othmaniah kunci di tukar dengan kunci yang lain, dikalangan yang menjaganya Bani Saibah dengan keturunannya sehingga sekarang tukaran kedua pada tahun 1897 dan diganti dengan kunci Ka'abah yang masih ada sekarang.
Kunci makam Saidatina Khatijah R.A
Pakaian perang baju besi
Baju besi ini di pakai oleh panglima perang berkuda kerajaan Islam Abbasiah. Kedudukan panglima ini adalah pada bahagian penyerang di barisan kedua dalam peperangan, manakala dibarisan pertama adalah askar pemanah.
Pedang rampasan perang Khalid Al Walid
Khalid ibn Walid r.a mengikut sejarah sebagai panglima perang Islam. Sebanyak 200 pedang termasuk pedang dari rampasan perang. Pedang ini adalah semasa perang (tabuh) rampasan dari panglima yahudi. Perang ini telah mengangkat nama khalid Al Walid di medan perang dengan gelaran (singa padang pasir). Ukuran pedang ini 92cm berkelebaran 6cm dan berat 772g. Hulu adalah daripada besi yang berukir binatang bersambung pada mata pedang dan hujung pedang melengkung tajam dihadapan kiri dan kanan.
Pedang rampasan perang kepunyaan Amrul Al Aas
Pedang rampasan perang milik Saidina Hamzah R.A
Pedang ini adalah pedang rampasan perang mengikut sejarah dipercayai milik Saidina Hamzah r.a. Pedang ini berukuran 97cm panjang dan berukirkan besi kepala singa. Pedang ini juga jatuh ketangan Saidina Hussian dan juga kepada ALi Zainal Abiddin iaitu keturunan Sahabat Saidina Ali bin Abi Talib.
Tulisan terkecil atas sebiji beras kurun 15
Tulisan terkecil (sebiji beras) kurun 15
No comments:
Post a Comment