Merasai keenakan masakan barat (western food) di restoran LeBOSS Sungai Petani Kedah

Dah 2-3 kali aku datang sini untuk makan western food. Antara restoran pilihan yang menyediakan hidangan western food ni di sebelah utara yang terletak di Sungai Petani, Kedah..sesuai untuk makan seisi keluarga..couple mengcouple pun sesuai gak dengan keadaan yang tenang je untuk menikmati makanan kat sini..deco dalaman pun agak unik, lain dari yang lain...
LeBOSS restaurant, Sungai Petani Kedah
Suasana/deco dalam restoran LeBOSS
Biasanya kalau aku datang sini, aku akan order beef steak ataupun lamb chop, tapi kali ni aku nak try pulak makan burger...aku oder cheesy beef burger, harga burger ni RM21.90....first time makan burger harga camni..hahahahaha...anak aku feveret dia chicken chop je yang dia tau makan...chicken chop aku order 2 set, sos black pepper dengan sos mushroom...tak lupa jugak garlic bread cicah mushroom sup yang dabooom....
Kat bawah ni, aku sertakan gambar-gambar menu yang aku order untuk kami satu keluarga makan...........

Pembentangan Bajet 2018 (Malaysia)

Saksikan pembentangan bajet 2018 secara langsung.........

Makan Nasi Kandar Line Clear, George Town Pulau Pinang

Line Clear ni salah satu nasi kandar yang famous di Pulau Pinang ni...Kedai line clear ni bukan kedai yang proper...diorang guna lorong antara 2 kedai je...walaupun camtu, tetap ramai orang datang..nak ambil nasi pun kena beratur panjang....
Arah line clear - tunjuk kat celah-celah lorong

ni dia lorong line clear tu
Nampak tak gambar kat atas tu...kat celah-celah lorong je...pastu diaorang letak bumbung antara 2 kedai tu....dibuka 24 jam, sentiasa ada orang bila-bila masa pun....parking payah sikit la..kena pandai cari..tapi kalau malas nak cari parking, ada yang parking berbayar betul-betul kat seberang jalan bertentangan dengan line clear ni...,tapi aku recommend tak payah parking situ...mahal sangat!!! aku dah kena dah...sejam dia charge RM5 ringgit...
beratur panjang nak ambil makanan

pelbagai lauk nasi kandar
Biasanya kalau aku datang sini, aku akan ambil lauk ayam je..sayur bendi rebus, pastu telur masin..tak berani nak ambil benda lain..takut mahal sangat...kalau korang dah masuk kedai ni, kena tahan sikit la...tengok cara diorang prepare makanan bersepah sikit la..hihihi..tapi tetap menjadi tumpuan pelancong....

Sarapan pagi di Bayview Hotel Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Oleh sebab aku duduk kat hotel bayview ni, maka secara tak langsungnya, aku layak untuk breakfast kat hotel ni....hihihi...jangan marah ek...standard la makan kat hotel, chef-chef profesional yang masak...memang terbaik la rasa dia...paling aku suka omlet, dia letak cheese sikit, creamy-creamy sikit, pendak kata jadi la omlet tu...kalau tak pandai buat omlet boleh jadi telur dadar....
bufet, pilih je mana nak makan

pilih-pilih, makan
Ada nasi lemak, roti canai, mee sup....tapi banyak yang berkonsepkan makanan barat la....bayview ni ramai mat salleh-mat salleh yang dok menginap kat sini...takut selera diorang tak boleh ngam dengan sambal belacan plak nanti...aku rasa la...mungkin betul mungkin tak betul, korang jangan percaya sangat..kikikikikikiki.......
So aku adalah snap sikit gambar makanan yang aku ambil...banyak lagi yang tak sempat snap...malu la plak nak snap satu-satu hahahahahaha...takut orang pandang serong dan sinis...apa mamat sekor ni nak buat.....

Apom Balik Station (crispy) dekat Night Market Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Kalau penat jalan-jalan kat night market Batu Ferringhi ni, boleh singgah kejap kat Apom Balik Station ni..kena beratur untuk order, pas dah order, ambil nombor giliran...bila dah siap diorang akan panggil nombor kita tu....
beratur nak order apom balik

diorang panggil nombor kalau dah siap
Yang menariknya, apom balik ni bukan macam yang biasa-biasa yang selalu kita makan...ada banyak perisa yang ada kat sini..inti dalam apom balik tu berbeza-beza ikut selera yang kita nak..kat bawah ni korang boleh tengok gambar menu perisa apom balik yang ada kat sini....
Menu Apom Balik

Makan malam di restoran RIVER SIDE Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Aku datang Batu Ferringhi ni saja jalan-jalan dengan famili. Kami duduk kat Hotel Bayview...Duduk hotel ni, mana boleh nak makan malam kat hotel ni..bukan hotel tak bagi, tapi aku la kopak nanti hahahahaha....So, nak makan kena keluar la cari makan...kebetulan kat depan Bayview ni, banyak kedai makan...jalan kaki je, tak payah susah-susah cari parking...Dalam banyak-banyak kedai makan kat situ, aku pilih restoran river side sebab aku rasa yakin dengan status kehalalan dia....biasala kan, tempat mat salleh selalu lepak..kena check betul-betul dulu sebelum nak terjah...
Pandangan depan restoran river side

ni yang kat dalam
Masakan kat sini ala-ala thai sikit...menu cam biasa yang kedai makan thai yang lain-lain....tapi untuk hidangan aku malam ni, aku ambil yang biasa-biasa saja cam dalam gambar kat bawah ni....

Famous Laksa Janggus Balik Pulau, Pulau Pinang

Laksa Janggus, Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang.....Jangan keliru dengan "Perlis" tu.....nama kampung kat situ memang Kampung Perlis, bukan negeri Perlis ek.......Laksa Janggus ni memang famous, orang sentiasa penuh walaupun ianya hanya buka dari pukul 3.30 petang hingga 7.45 malam sahaja...dibuka setiap hari kecuali pada hari Rabu...Parking kiri kanan jalan penuh..aku rasa yang datang ni ramai orang luar, sebab laksa janggus ni dah ramai blogger review...taip saja di google, akan keluar cerita laksa Janggus ni...so, ramai la yang datang nak mencuba sendiri laksa ni....

Laksa Janggus Balik Pulau, Pulau Pinang

Orang ramai menikmati laksa janggus
Gambar orang ramai yang aku snap ni, kalau korang nak tahu, masa aku datang tu kedai ni baru nak buka, tetiba je penuh dengan orang...sebab org dah tahu kedai ni akan buka pukul 3.30 petang..jadi diorang datang memang ikut waktu kedai ni operasi...aku rasa tokey kedai tak payah nak promosi bagai, orang yang akan cari laksa janggus ni...Lagi satu Laksa Janggus ni berkonsepkan layan diri macam MacD or KFC...pi order pastu bayar...so yang first time datang tu, jangan dok tunggu je kat meja nak ambil order...memang takan ada orang ambil order la jawabnya...diorang divide by station, minuman, laksa, pisang goreng, sup2....kena beratur ek, jangan nak potong barisan plak...

Makan tengahari Di Seludang Mayang Corner, Taman Pauh Pulau Pinang

Salah satu alternatif la untuk korang nak makan tengahari kat area Permatang Pauh ni....Kawasan Permatang Pauh ni, banyak pilihan kedai makan..mana-mana saja ada kedai makan...ada yang aku dah review dalam blog ni..korang boleh cari la dalam blog ni....
Restoran Seludang Mayang Corner, Taman Pauh

Antara lauk pauk tenghari yang ada
Lokasi, boleh guna gps koordinat ni...

5°22'16.5"N 100°24'52.1"E

Jom makan Char Koay Teow Sungai Dua, Pulau Pinang

Kalau datang Penang, makanan yang selalu disebut-sebut selain nasi kandar, salah satunya char koay teow....antara tempat yang famous yang selalu orang cakap adalah char koay teow Sungai Dua...memang sedap char koay teow ni..sos tu yang menjadi rahsia sedap ke tak sedap char koay teow ni...Kalau tengok step nak goreng memang senang, tapi yang part sos tadi tu la yang diorang takan bagitau orang ramai....
Signboard Char Koay Teow Sungai Dua

Kisah Char Koay Teow Sungai Dua dalam Utusan Malaysia yang di"frame"kan

Mee Rebus Pak Ngah di food court AEON BIG Seberang Jaya Pulau Pinang

Saja nak bagitau je Mee Rebus Pak Ngah Sungai Dua pun ada kat Aeon big ni...Yang Mee Rebus Pak Ngah yang kat Sungai Dua tu pun aku dah review...klik SINI kalau nak tengok yang kat Sungai Dua tu....
Mee Rebus Pak Ngah Sungai Dua di Food Court AEON BIG Seberang Jaya

Senarai menu dan harga
Aku order mee goreng dengan mee rebus...resepi dan rasa sama je aku rasa cam makan kat Sungai Dua tu...Bahan-bahan mentah yang digunakan diambil dari pengedar bumiputra yang halal..so boleh makan tanpa was-was..hihihihi...
Mee Goreng

Mee Rebus
Yang tak bestnya, aku order 2 gelas air suam kat kiosk yang jual air (bukan kat mee pak ngah ni), harga 2 gelas air suam tu RM1, maknanya segelas air suam 50sen.....perghhhhh
Air suam mahal (2 gelas seringgit)
5°23'20.2"N 100°24'32.7"E

Makan laksa dalam tempurung - LAKSA TEMPURUNG, Kampung Suluk Bayan Lepas Pulau Pinang

Yang uniknya adalah tempurung tu yang digunakan sebagai gantian mangkuk yang biasanya kita guna. Keunikkan ni la kot yang aku rasa menjadi tarikan orang ramai untuk datang sini...Warung laksa tempurung ni terletak sebelah dengan pantai...sambil makan laksa, sambil menikmati suasana pantai...Kalau first time datang sini, mesti korang akan confius dan tercari-cari kat mana laksa tempurung ni? Susah gak nak cam sebab, warung ni bukan kat tepi jalan yang senang nampak, kena masuk ke dalam sikit...aku pun datang pakai gps je...bila gps cakap aku dah sampai, terpinga-pinga aku cari kat mana..rupa-rupanya ada satu lorong kecil yang korang kena masuk...ada tulis "anda dah sampai ke laksa tempurung" lebih kurang camtu la ayat dia....walaupun tersorok, tapi sentiasa ada je orang datang......
ni signboard yang kedua tengah-tengah jalan masuk ke laksa tempurung, signboard first kat lorong masuk tepi jalan utama

Pintu masuk ke laksa tempurung

Nasi Kandar Hameediyah Lebuh Campbell, George Town, Pulau Pinang

korang layan dulu video Nasi Kandar Hameediyah ni....sempoi!!!

Kalau datang Pulau Pinang, kena pi cari gak Nasi Kandar Hameediyah ni...Lokasi kat Lebuh Campbell, George Town, Pulau Pinang. Tapi korang kena bersabar sikit la nak cari parking yer...Parking memang susah..ikut nasib kalau boleh parking dekat dengan Hameediyah...Aku pun berapa kali pusing, still tak dapat gak...at last aku dah give up, terus masuk parking berbayar...kena jalan sikit la..parking ni depan dengan Nasi Kandar Line Clear....Line Clear ni aku dah review ..Sekarang kita focus kat Hameediyah ni...Parking berbayar paling mahal kat penang ni...aku masuk situ kena dalam RM20 inggit!!!!!....sejam dia caj RM5 inggit...Ok last aku parking situ...
Nasi Kandar Hameediyah - beratur untuk ambil makanan

Hameediyah ber aircond - restoran kedua

Jarak antara hameediyah 1 dan yang ke-2 selang dalam 3 kedai
Dua-dua restoran tu ada restoran yang sama, Restoran Nasi Kandar Hameediyah yang punya...kira satu tokey la..Restoran yang first tu, tempat beratur untuk ambil makanan...dah ambil makanan boleh naik kat tingkat atas untuk makan...tapi kalau kat tingkat atas tu dah penuh, diorang akan bawa ke restoran yang second tu, yang selang 3 kedai...kat situ selesa sikit, sebab kat situ ada aircond.

Makan tengahari sedap di Anjung Keli Perlis

Anjung Keli ni memang famous la...dah banyak kali dah masuk TV...sekarang ni masuk blog aku plak, akan menambahkan lagi kefamousan Anjung Keli ni..hahhahahaha..Manusia punya la ramai datang sini, korang mesti terkejut tengok...parking yang luas yang Anjung Keli sediakan penuh dengan kereta yang nak datang semata-mata nak makan kat sini.
Bahagian hadapan Anjung Keli

ni semua kereta yang parking ni, nak pergi makan kat Anjung Keli (Parking Anjung Keli)
Walaupun masa aku pergi ni parking full, orang tengah penuh, tapi makanan banyak yang dah nak habis...first sekali lauk yang mesti korang ambil adalah keli...sebab nama kedai Anjung Keli, mesti keli tu yang special kat sini...tapi memang ternyata keli sambal yang aku ambil tu memang terbaik...

Sarapan pagi di Hotel Putra Regency,Kangar Perlis

Masa aku pergi jalan-jalan kat Perlis, aku duduk kat hotel ni..landmark hotel ni senang je, dekat dengan roundabot(bulatan) Kangar. Satu-satunya hotel yang ada breakfast kat kangar, aku rasa la....sebab yang lain semua hotel bajet..hotel bajet mana ada breakfast..Time aku datang sini, Perlis banjir...so pergerakan jalan-jalan aku agak terhad la jugak...jalan naik air almost everywhere...jalan depan hotel ni pun naik air..aku dok teragak-agak nak masuk, last-last tawakal je la.....
Hotel Putra Regency
Walaupun tak boleh jalan-jalan sangat, nasib baik la breakfast kat hotel ni sedap..hampir semua aku try makan...kawasan hall breakfast pun besar dan selesa..senang nak bergerak..
pilihan makanan buffet

Kawasan yang luas dan selesa

Bendang Kitchen, makan malam sambil tengok bintang di Alor Setar Kedah

Pasai apa tajuk lain macam? siap tengok bintang? Sebabnya kedai makan ni berkonsep santai tak ada bumbung, so korang akan nampak bintang direct terus...tapi kalau hujan, sendiri mau ingat la..hihihihi....bagi aku konsep ni unik la sikit...boring la kalau kedai makan tak ada konsep kan....

Bendang Kitchen Alor Setar Kedah

Makan sambil tengok bintang-bintang di langit
Menu utama kat sini western food...korang boleh tengok kat gambar menu yang aku snap tu..siap dengan harga sekali...boleh korang bajet siap-siap sebelum sampai sini, kot-kot takda bajet boleh pi tempat lain..kikikikikiki...kalau nak makan yang goreng-goreng pun ada gak kat sini kalau korang taknak western...aku order gak la nasi goreng kampung telur mata....sodap gak le...

Makan tengahari di Restoran Selera Pokok Pisang, Alor Setar Kedah

Sebagai salah satu pilihan untuk makan tengahari, boleh la jenguk-jenguk restoran selera pokok pisang ni. Ada di sediakan gulai ikan semilang , gulai ikan termenung, bawal goreng...semuanya dihidangkan panas-panas.
bahagian hadapan restoran selera pokok pisang, Alor Setar, Kedah

Restoran Selera Pokok Pisang
Keadaan restoran ni agak unik la bagi aku...tu yang buat restoran ni lain dari yang lain..kalau nak compare dari segi makanan aku rasa sama je kot dengan restoran lain...ikan bakar, ulam-ulaman...semua lengkap untuk sajian makan tengahari...oklah, ni aku kasi la beberapa gambar yang sempat aku ambil untuk tatapan korang.....

Jom pekena pulut durian di Awi Pulut Durian, Alor Setar Kedah

Memang terbaik bro...tapi masa aku datang sini, bukan musim durian, makanya tak dapat la nak rasa pulut durian tu...tapi apapun, supaya tidak menghampakan aku dan famili aku, kami pun try la order pulut mangga...perghh, terbaik lah...untuk pengetahuan korang, bukan pulut durian je yang ada kat sini, ada macam-macam lagi menu pulut ni cam dalam gambar kat bawah tu...cuma pulut durian, ikut musim la...kena korang datang waktu musim durian, memang rezeki korang la....
Awi Pulut Durian, Alor Setar Kedah

Senarai menu dah harga Awi Pulut Durian
Cam aku cakap tadi, aku try makan pulut mangga kat sini...aku siap order tapau aka bungkus nak makan kat hotel. Sedap beb...ni gambar yang aku snap pulut mangga tu....

Kopitiam Ukir Mall, Alor Setar, Kedah.....paling meletop, tempat terbaik untuk sarapan pagi

Ni kopitiam yang paling besar yang aku pernah pergi...apa taknya...kopitiam ni sekali pandang dah macam tempat food court aka medan selera....macam-macam gerai makanan ada...tapi jangan tersilap, tempat ni ada lah kopitian bukan medan selera...

Kopitiam ukir mall, Alor setar Kedah

senarai harga minuman kopitiam ukir mall (maaf kualiti gambar kurang jelas)

kopitiam ukir mall pandangan sisi kiri

Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang Sungai Petani, Kedah

Terletak di Sungai Petani Kedah...kalau korang nak breakfast nasi lemak sempoi, macam-macam lauk dok ada, sila la datang ke Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang ni. Restoran ni jual nasi lemak je..Sambal pun sedap...Senang nak cari restoran ni, sebab bersebelahan je dengan nasi kandar nasmir dan kat tingkat atas restoran ni pula ada SPA.....
Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang Sungai Petani Kedah

deretan pilihan lauk pauk untuk dimakan
Aku rasa ok la restoran ni...biasa kita tengok orang jual nasi lemak camni, kat gerai-gerai tepi jalan jer...yang ni korang boleh makan terus dalam kedai...tak payah bawa balik. Aku pun makan kat situ jer macam dalam gambar kat bawah ni.....

makan tengahari di kedai makan Hajah Rahmah di Bukit Katil, Melaka

Kedai makan Hajah Rahmah ni sentiasa penuh bila waktu tengahari. Kebanyakan yang datang adalah pekerja-pekerja swasta or kerajaan yang keluar lunch..memang full, silap-silap tak dapat tempat duduk...Kedai makan Hajah Rahmah ni terletak di Bukit Katil, Melaka..Senang nak cari sebab terletak di tepi jalan besar je...landmark dekat dengan sekolah...rasanya cam bekas sekolah Hafiz Jantan...aku agak la...Sapa Hafiz Jantan tu? alah yang pecah rekod kebangsaan olahraga lari 100m tu.....
Ok berbalik kepada Hajah Rahmah ni, banyak juga pilihan lauk-pauk yang ada...sebab tu la kot menjadi antara tumpuan orang makan tengahari kat sini...Kari kepala ikan pun ada kat sini beb, biasanya banyak kat belah-belah utara jer.....Masakan yang feveret orang melaka confirm la ada which is asam pedas....
Kedai Makan Hajah Rahmah, Bukit Katil, Melaka

Rasai keenakan dan kepedasan Asam Pedas Power Abang Piee di Melaka

Kalau kita ke negeri-negeri selatan, makan yang jadi makan trademark di sini salah satunya adalah asam pedas...asam pedas selatan berbeza dengan asam pedas utara......kalau kat sebelah utara tu, nama je asam pedas, tapi tak pedas pun...kuah pun agak cair sikit....tapi itu adalah cara masak asam pedas orang utara.......asam pedas selatan ni, dimasak agak pedas dan di Asam Power Abang Piee yang terletak di Melaka ni memang pedas kaw-kaw punya..bukan pedas cili a.k.a cabai, tapi pedas tu adalah berpunya dari lada hitam...pedas tapi sedap, tu yang penting.......
Banner Asam Pedas Power Abang Piee
Suasana di Asam Pedas Power Abang Piee
Asam Pedas Power Abang Piee ni dah beberapa kali masuk TV...haaaaaaa jangan main-main, kedai je nampak biasa...bentuk dan keadaan kedai tak penting, yang penting rasa masakan tu yang menjadi bualan....antara rancangan yang pernah terjah kat sini adalah Taste Selebriti di ASTRO, makan-makan SUPPER di TV9....
Makanan laut segar, boleh pilih sendiri