Makan malam sempoi kat Penang ni, antara termpat yang korang boleh try cuba test adalah Nurul Ikan Bakar yang terletak berhampiran lebuhraya Tun Dr. Lim Chong dekat Gelugor. Ramai orang datang sini..Parking luas jugak la...tapi walaupun kawasan parking agak luas, memandangkan ramai yang datang, susah gak la nak cari parking...tapi korang sabar kejap...InsyaAllah ada nanti...penat je korang datang tapi sebab takde parking, korang patah balik tak jadi makan kat sini....
Nurul Ikan Bakar Special |
Ikan-ikan/makanan laut semuanya fresh |
Makanan laut yang terdapat kat sini semuanya fresh dan segar. Banyak menu yang korang boleh pilih berdasarkan makanan laut ni....Menu yang aku paling suka kalau datang sini adalah sotong goreng tepung dan siakap tiga rasa....Sotong goreng tepung memang terbaik...biasanya menu yang first sampai dulu, sotong goreng tepung ni la....ni yang agak parah sikit..terpaksa menahan nafsu agar sotong goreng tepung ni tak habis sebelum complete menu sampai....tapi biasaya nafsu akan tercabar dan tercalar gak la....tak boleh tahan....dalam masa 5 minit je dah lincin pinggan...hahahahaha..Siakap tiga rasa memang sedap...antara kedai yang pandai buat siakap tiga rasa ni....ikan yang ranggup, sos yang cukup rasa....
Menu-menu lain pun sempoi gak...ikut citarasa korang nak makan apa...kat sini antara yang terbaik dan famous la kat Penang....
Kat sini aku belanja korang gambar-gambar menu yang aku sempat snap untuk korang tengok dan terliur.....tapi harus diingat....bukan menu ni saja yang ada kat sini...ni yang aku order jer...
set menu yang aku order |
Siakap tiga rasa |
Sotong goreng tepung terbaik!!!!! |
Ayam goreng kunyit |
Kalau korang nak datang sini, kalau dari tanah besar, selepas exit jambatan Pulau Pinang, ambil kiri...lebih kurang 1km korang kena alert jalan masuk ke Nurul Ikan Bakar ni di sebelah kiri...kena slow-slow sikit sebab kalau terlepas, korang kena berpusing agak jauh...mungkin korang pening dengan jalan Penang ni kalau yang tak biasa datang...
Korang boleh gak set koordinat gps yang aku dah bagi kat bawah ni....boleh riki-riki gak dengan google map yang aku tempek kat bawah ni gak.....
5°21'13.9"N 100°18'40.7"E
Labeled as nurul ikan bakaq
No comments:
Post a Comment