Medan selera merdeka Alor Setar Kedah...bertentangan muzium kedah

Satu lagi tempat tumpuan..tempat lepak pada malam hari kat Alor Setar ni adalah di medan selera merdeka yang berhampiran dengan stadium kedah dan bertentangan dengan muzium negeri kedah...Malam-malam bila aku lalu kat situ nampak ramai orang...yang aku pergi ni waktu siang..so nampak cam suam-suam kuku gak la....anyway banyak gerai makan yang ada kat sini...view depan tu ada tasik..rasanya malam cantik kot dengan lampu neon mentari limau menderin...la la la la....view siang tak cantik bro & sis...aku nampak biawak berenang-renang kuak kupu-kupu, bersantai dalam tasik...biasala beb, biawak bandar....hihihihi..ok lah bro & sis, aku belanja la sikit gambar medan selera ni kat korang...tak banyak yang aku sempat snap, tapi oklah la daripada takda kannnnnnnn.......

makan cucur udang sambil-sambil menikmati view tasik

Pintu masuk utama medan selera merdeka Alor Setar

Makan tengahari di Restoran Gulai 7 Kawah, Alor Setar, Kedah.

Recommended!....Jika anda kini berada di Alor Setar, tengah mencari-cari tempat untuk makan tengahari yang sedap dan unik, boleh la cari Restoran Gulai 7 Kawah ni. Memang kena dengan nama restoran tu sebab sajian gulai 7 kawah ni pun menang ada kat sini...siap tersusun 7 kawah dengan pelbagai jenis masakan gulai...memang terbaik la kalau korang makan gulai utara ni..cukup rasa....
Restoran Gulai 7 Kawah Alor Setar

7 kawah gulai tersedia untuk dimakan
Selain 7 kawah gulai ni, terdapat juga banyak lauk pauk yang lain yang boleh dijadikan pilihan...ada ikan bakar, ayam bakar, ulam-ulaman dan banyak lagi la ada kat sini....macam-macam adooo...kawasan makan pun agak selesa, tak lah panas sangat, cuma makan kat situ je panas-panas..hihihihi...masakan exotic macam daging rusa pun ada.....Aku nak share la sikit apa yang aku makan kat sini...aku ambil semangkuk gulai daging batang pisang, ikan keli bakar, ayam bakar, ulam-ulaman, sambal belacan.....memang sedap, menang terbaik...hagtag (#) 'aku suka'......dah macam jalan-jalan cari makan TV3 la plak aku ni..kihkihkih.....tp aku rasa JJCM TV3 ni pernah datang review kat sini....

Nasi lemak royale Alor Setar, Kedah - restoran sebelah Istana Sultan Kedah

haaaa.....ni restoran nasi lemak royale yang kedua aku pergi....restoran yang pertama, kat Alor Setar gak, cuma restoran tu dekat dengan bandar sikit (nasi lemak royale jalil)...Restoran yang sebelah istana ni mungkin akan lebih terasa ke'royale'lan kot...maklum la sebelah pagar istana je..hihihihi..Sangat unik, makan nasi lemak malam-malam...biasanya nasi lemak ni kita makan waktu pagi je sebagai breakfast....
nasi lemak royale Alor Setar sebelah Istana 

dalam restoran nasi lemak royale
Rasa macam mana? Sama macam nasi kandar yang kat Penang, cuba nasi yang digunakan adalah nasi lemak...Style susunan pun sama dengan sususan nasi kandar...yang penting campuran kuah tu kena betul dan tepat agar element kekandaran masih dapat dikekalkan...tahap kefamousan tempat ni boleh tahan jugak la...ramai orang yang datang...di sediakan juga tempat parking disebelah restoran ni...
pilihan lauk pauk
So, kat sini aku nak share la kat korang nasi-nasi lemak royale yang aku dah makan, oppsss...aku dan family aku...nak tahu apa beza rasa royale dengan nasi kandar,mai cuba sendiri kat sini..hahahahaha
nasi lemak royale - ayam goreng dan telur rebus

nasi lemak royale - ayam goreng

nasi lemak royale - ayam goreng dan bendi rebus

Restoran Mikamal Alor Setar yang sempoi...mee rebus terbaik!!!

Kat mana? kat Alor Setar, Kedah...aku try mee rebus kat sini...sebab tengok review orang ramai cakap kena try pekena mee rebus mikamal kalau datang ke Alor Setar.
Restoran Mikamal Alor Setar Kedah
Restoran ni juga pernah didatangi dan dikunjungi oleh JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3...maknanya telah disahkan memang sedap...hohohoho...Restoran ni macam restoran mamak je pun dan aku rasa memang restoran mamak....tapi beza dengan restoran mamak yang lain, restoran ni ada special menu yang sedap dan sempoi.....
Pilihan Jalan-jalan cari makan TV3
Mee rebus yang aku order ni, memang cukup rasa..kuah yang pekat likat melekat...ditambah dengan cucur udang yang sedap serta daging yang lembut dan enak di makan begitu saja...ooooooo...(bukan gardenia...hihih)........Aku order gak bungkus pasembur....boleh tahan gak la pasembur ni....
Mee Rebus - gambar 1

Mee Rebus - gambar 2

Untuk yang  nak ke sini, boleh la rujuk google MAP kat bawah ni.......


Nasi Sila Lahar Kepar di Kepala Batas, dalam negeri Pulau Pinang

Nasi sila ni asalnya ia berkonsepkan makan bersila...asal usul kejadian wujudnya restoran ni, di mana pelanggan yang datang akan makan secara bersila yang mengamit kembali zaman kita dulu-dulu. Memang kita akan bersila bila datang sini...pernah keluar utusan online kisah nasi bersila ni..Namun itu mungkin dulu...sebab bila aku datang nak try makan kat sini, ramai yang pilih untuk duduk atas kerusi, tetapi nama restoran masih guna nasi sila, bukan nasi duduk atas kerusi...hahahaha....kalau nak bersila pun boleh gak, disediakan juga tempat nak bersila..cuma ramai yang pilih untuk pakai kerusi meja.........Orait, bukan konsep bersila yang aku nak ketengahkan kat sini....sebenarnya kita nak tengok apa menu yang ada kat sini....
Nasi Sila Lahar Kepar

Suasana Nasi Sila Lahar Kepar
Yang special makan kat sini, menu yang disediakan menu ala-ala kampung...dengan ayam goreng yang ranggup, gulai ikan yang sedap...seolah-olah macam mak-mak yang masak...ulam-ulaman, sambal belacan pun ada gak disediakan...jarang restoran yang buat menu berkonsepkan macam ni...kalau nak dibandingkan dengan nasi campur permai tepian, nasi sila di lebih kurang camtu, tapi nasi campur permai tepian ni banyak lagi la lauk pauk dia.....
menu yang aku makan kat sini
Tempat ni kalau korang nak cari, ia gak ke dalam sikit...kalau first time nak datang tu, better pakai gps je...terus akan dibawa ke muka pintu restoran nasi sila ni...aku dah tolong dapatkan gps koordinat kat korang...pakai je....InsyaAllah sampai la tu nanti....
                

5°32'19.8"N 100°25'00.5"E
Labeled as nasi sila

makanan barat (western food) kita pakat pekena di BIGBOB CAFE Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang

Terletak di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang. Sebelum ni beroperasi di kiosk bertam, gerai hujung sekali sebelum berpindah ke gerai yang lebih besar...di bertam jugak tempat baru ni....cuma ia lebih selesa sikit kalau nak compare dengan tempat lama...
     
Bigbob Cafe Bertam

lebih luas dah selesa

Waktu operasi Bigbob Cafe
Makanan barat aka western food, korang petik je, semua ada kat sini..tapi harga boleh tahan gak la..standard restoran mahal-mahal harga kat bigbob ni...so kalau nak masuk check dulu sen-sen dalam poket kot-kot tak cukup plak nanti...anyway, kalau tengok presentation makanan yang diorang hidangkan, memang diorang berusaha sedaya upaya untuk buat cam kat hotel...hihihi..dari segi rasa plak, aku rasa ok la...nora kasi 4 bintang..sedap gak la..
Ok la..cerita panjang tak guna,..korang boleh tengok sendiri western food yang aku order ni...kos untuk menu yang aku order ni, kalau tak silap dalam RM100++ gak la...aku makan satu famili aku...jemput la tengok yer.....

Makan malam dekat Nurul Ikan Bakar Special di Pulau Pinang

Makan malam sempoi kat Penang ni, antara termpat yang korang boleh try cuba test adalah Nurul Ikan Bakar yang terletak berhampiran lebuhraya Tun Dr. Lim Chong dekat Gelugor. Ramai orang datang sini..Parking luas jugak la...tapi walaupun kawasan parking agak luas, memandangkan ramai yang datang, susah gak la nak cari parking...tapi korang sabar kejap...InsyaAllah ada nanti...penat je korang datang tapi sebab takde parking, korang patah balik tak jadi makan kat sini....
Nurul Ikan Bakar Special

Ikan-ikan/makanan laut semuanya fresh
Makanan laut yang terdapat kat sini semuanya fresh dan segar. Banyak menu yang korang boleh pilih berdasarkan makanan laut ni....Menu yang aku paling suka kalau datang sini adalah sotong goreng tepung dan siakap tiga rasa....Sotong goreng tepung memang terbaik...biasanya menu yang first sampai dulu, sotong goreng tepung ni la....ni yang agak parah sikit..terpaksa menahan nafsu agar sotong goreng tepung ni tak habis sebelum complete menu sampai....tapi biasaya nafsu akan tercabar dan tercalar gak la....tak boleh tahan....dalam masa 5 minit je dah lincin pinggan...hahahahaha..Siakap tiga rasa memang sedap...antara kedai yang pandai buat siakap tiga rasa ni....ikan yang ranggup, sos yang cukup rasa....
Menu-menu lain pun sempoi gak...ikut citarasa korang nak makan apa...kat sini antara yang terbaik dan famous la kat Penang....
Kat sini aku belanja korang gambar-gambar menu yang aku sempat snap untuk korang tengok dan terliur.....tapi harus diingat....bukan menu ni saja yang ada kat sini...ni yang aku order jer...