Orang kelate, orang ganu....yang duduk diperantauan terutamanya di negeri Pulau Pinang, mesti korang rindu masakan timur...kalau ikutkan jarang ada restoran yang sediakan makanan timur di negeri selain negeri pantai timur...tapi kat seberang jaya, Pulau Pinang ni ada satu restoran yang boleh mengubat rindu masakan timur bagi orang-orang pantai timur ni...Nama restoran ni adalah restoran Anggerik Desa......
|
Restoran Anggerik Desa - masakan pantai timur dan selera kampung |
Banyak makanan pantai timur yang ada kat sini...aku try makan nasi kerabu...memang terbaik la...rasa cam duduk kat kelantan pada waktu dan ketika itu..hihihihi..macam biasa la nasi kerabu ni, korang boleh pilih lauk apa yangkorang nak makan...
|
Nasi kerabu Anggerik Desa |
|
Pilihan lauk nasi kerabu |
Kuih muih berasaskan makanan pantai timur pun ada gak kat sini...selain tu, pelbagai jenis bubur pun ada dijual...segalanya berkonsepkan makanan timur...maka suka sangat la pokcik mokcik abang kakak yang berasal dari kelantan...makanan feveret ada di Pulau Pinang ni....
|
Pelbagai jenis bubur |
|
Pelbagai jenis kuih |
Aku rasa pemilik restoran ni bijak gak...selain nak tarik pelanggan pantai timur, ada gak disediakan makanan selera kampung untuk rakyat jelata yang bukan dari pantai timur...kira makanan standard la...ada macam-macam lauk pauk...ada jual sup-sup....aku try mee sup diorang, sempoi gak...ada juga mangga pulut terbaik.....ermmmm yum yum yum..
|
lauk pauk |
|
Mee sup |
|
Pulut mangga |
Untuk memudahkan pencarian korang, aku dah sediakan gps koordinat dan google map untuk korang cari...Tapi penduduk tempatan or yang dah lama duduk Pulau Pinang ni, mungkin dah tahu kat mana Seberang Jaya.....
Selamat mencari dan mencuba yer korang.....
5°23'46.5"N 100°23'57.8"E
Anggerik desa restoran
No comments:
Post a Comment