Kuey Teow Goreng Doli terletak di Taiping Perak. Memang famous kat Taiping ni..Dulu-dulu kuey teow doli ni boleh dapat kat pasar malam sekitar Taiping ni..Asal restoran ni pun dari perniagan diorang kat warung kecil je, pastu sekarang dah maju..siap ada restoran lagi...Restoran ni buka setiap hari kecuali Jumaat bermula dari 11 pagi hingga 11.30 malam..
|
Bahagian depan restoran Kuey Teow Goreng Doli |
|
Bahagian dalam restoran Kuey Teow Goreng Doli |
|
Gambar nostalgia sebelum ada restoran doli ni |
|
waktu perniagaan restoran kuey teow goreng doli |
Selain kuey teow goreng, ada banyak lagi la menu kat sini...cuma yang menu utama of course la kuey teow goreng..kebanyakkan yang datang pun akan order kuey teow goreng. Memang sedap beb! nora kasi 5 bintang. Memang terbaik lah, sambil makan, sambil hujan turun, sambil tengok permandangan bukit larut......untuk pengetahuan korang Taiping ni memang kerap hujan..kalau korang belajar geografi, Taiping ni kira taburan hujan paling tinggi la kat Malaysia ni..
|
Kuey Teow Goreng Doli |
|
mee rebus |
Anak aku nak makan mee rebus, so terselit gak la menu mee rebus dalam posting ni walaupun focus utama lebih kepada kuey teow goreng Doli...hihihihi...Sedap gak mee rebus diorang ni..kuah pekat likat melekat terangkat nafsu makan aku...boleh la korang cuba....tapi aku rekomen try dulu kuey teow goreng, pastu baru order benda lain.
Kalau korang dah ada kat area Taiping, boleh datang sini cuba makan. Tempat ni bertentangan dengan klinik kesihatan Taiping. Korang boleh cari landmark klinik ni dulu, dah jumpa klinik ni baru korang perati kiri kanan korang...pasti akan terpandang restoran kuey teow goreng doli nih...Kalau masih tak jumpa juga, jangan risau, jangan khuatir, korang pakai je gps koordiant yang aku dah bagi ni...pasti akan sampai ke muka pintu restoran ni....selamat mencari dan menjamu selera...semoga dapat membantu korang......
Gps koordinat: 4°50'51.3"N 100°44'40.1"E
No comments:
Post a Comment