Selera Intan Kafe (sarapan pagi) - Komplek Makanan Taman Pauh Indah

Kat sini kalau korang nak breakfast nasi lemak kuning, boleh mai cuba kat Selera Intan Kafe nih...Aku tengok dah macam nasi lemak royale yang famous kat Alor Setar, Kedah. Tapi yang kat sini takde la extreme sangat macam kat Alor Setar tu...Kat Alor Setar style nasi kandar, kat sini melayu style..lauk boleh pilih yang mana berkenan, masakan ala-ala mamak...mungkin ada kas-kas, aku agak..yang penting sedap...
Komplek Makanan Taman Pauh Indah

Selera Intan Kafe

Adam Char Koay Teow - Jalan Permatang Pauh

Kali ni kita cuba pulak rasa char koay teow..camna ek rasa char koay teow ni? Tempat yang famous gak la kat kawasan Permatang Pauh ni, korang boleh try Adam Char Koay Teow yang terletak di alamat seperti dalam gambar di bawah ni:
alamat Adam Char Koay Teow

Adam Char Koay Teow - fast fresh delicious
Sedap gak la char koay teow kat sini. Aku boleh la nak rekomen korang untuk cuba sendiri..tempat ni dah lama wujud, cuba diorang ada buat sikit renovation kalau nak compare dengan dolu-dolu..Rasa masih sama, maknanya resepi masih terjaga dengan rapi..aku rasa la, tekak aku..tekak korang mungkin lain. Boleh pilih sama ada nak yang biasa atau yang besar..memang terbaik..!

Makan tengahari di Bazar Padang Besar, Perlis

Haaa...dah sampai pun Bazar Padang Besar, Perlis. Nak pi cuci mata shopping aka window shopping sebab bajet tak berapa nak elok bulan ni..Banyak jual baju-baju je aku tengok...sekali-sekali terserempak dengan orang jual mainan...terjumpa je, ada drama anak-anak buat...drama nak mainan, hahahaha..beli la jugak yang murah-murah...Dah penat berjalan, kitorang cari la kedai makan kat situ...nak keluar tempat lain, kalau nak masuk balik kena bayar tol parking...so cari je lah kat dalam-dalam ni...Kat belah hujung tu ada gak la deretan kedai makan...memang ramai orang la..sebab kawasan tumpuan kan...kena sabar tunggu orang lain habis makan..sebab meja tak cukup nak menampung pengunjung yang ramai...Sebab Padang Besar ni dah sempadan dengan Thailand, korang mesti try tomyam...ala-ala Thai or tak pun angin Thai boleh sampai kat korang..hihihihi...
Antara menu yang ada kat salah satu gerai makan

Tomyam

Capati Labu Sayung Perlis

Rasa macam dah biasa sangat sarapan roti canai. So kat perlis ni aku nak try plak sarapan capati. Tapi taknak yang mamak punya....kita cari capati made by melayu...memang jarang nak jumpa..kalau roti canai belambak la orang melayu jual. Tapi kat perlis ni ada satu tempat yang ada capati melayu..aku pun tak tahu gak kat mana..apa lagi guna gps la..akhirnya gps telah bawa ku ke destinasi yang telah ditetapkan.
Signboard Capati Labu Sayung
dapur capati


Suasana dalam gerai capati

Ada dua kuah pilihan sama ada nak kari ayam atau sardin..sebab nak mencuba, so aku minta dua-dua kuah tu sekali. Rasa camna? memang sedap..ku suka kau suka nak tunggu apa?(sapa baca sambil nyanyi kita geng) bedal saja sampai kenyang..hohohohohohoho....

MONA ikan bakar & makanan laut - Kuala Perlis

Makan malam kat perlis, aku boleh suggest kat korang tempat ni...MONA ikan bakar, gerai MONA ni duduk dalam Kompeks Makanan Laut (KOMA LAUT) negeri Perlis. Kompleks ni dekat-dekat area Jeti Kuala Perlis...Sapa-sapa yang selalu pergi langkawi guna jeti ni, akan perasan kompleks ni..
Kompleks Makanan Laut (KOMA LAUT) negeri Perlis
MONA ikan bakar & makanan laut dalam KOMA LAUT
Segala makanan laut kita boleh pilih dulu..semuanya fresh...ikan, ketam, udang, sotong, kerang, kepah...pilih dan timbang, lepas tu diorang akan masak ikut apa yang kita nak.

Laksa Ikan Sekoq Alor Setar

Laksa ikan sekoq ni memang famous. Dah banyak kali aku dengar tapi tak pernah berkesempatan untuk nak cuba sendiri. Alang-alang aku dah ada kat Alor Setar ni, aku gagahkan diri untuk terus cari dan mencari kedai ni..sampai aku tersesat...dan akhirnya pencarian aku telah menemui jalan tak buntu (aku dah sampai la) dek kerana pangilan ikan sekoq lebih kuat memanggilku ke sini..
Bahagian depan kedai laksa ikan sekoq
Bahagian dalam kedai laksa ikan sekoq
Nampak gerai macam biasa saja, tapi kehadiran orang kat sini luar biasa...sentiasa ada orang yang datang. Maybe orang luar yang nak cuba sendiri laksa ikan sekoq nih. Banyak artikel-artikel surat khabar yang owner ni 'frame' kan dan gantung kat dinding. Ada juga plat jalan-jalan cari makan TV3 tergantung dalam kedai ni. Gambar owner dengan Dr Azizan pun ada. Sebab tu la ke'famous'an laksa ikan sekoq semankin menjadi-jadi.

Sarapan di Hotel Tabung Haji (TH) Alor Setar

Posting ni saja je aku bagitau kat korang aku lepak kat TH hotel ni. Sebab hotel ni ada kolam, nak bagi anak-anak aku mandi kolam. Keliling hotel ni penuh dengan sawah padi. Lagi satu Hotel ni dekat dengan airport Kepala Batas. Aku bukan nak story pasai hotel ni cantik ke apa...aku sebenarnya nak habaq kat hampa, sarapan kat sini tiptop terbaik...Memang standard hotel la kan...ok itu je nak habaq..bye...

Ek ek...sebelum tu aku kasi la sikit gambar-gambar yang aku sempat snap dekat tempat sarapan hotel ni...
pilihan makanan side tepi
sebelah belakang ada lagi pilihan makanan

TAT Nasi Ayam - ALor Setar

Kalau teringin nak makan nasi ayam kat Alor Setar ni, ada satu restoran yang memang spesifik jual nasi ayam je..Restoran ni namanya TAT Nasi Ayam. Kalau keluar dari tol, terus je sampai jumpa traffic light besar..kalau ke kiri, korang akan ke Bandar Alor Setar...Traffic light tu, korang terus je...nanti akan nampak TAT nasi ayam di sebelah kanan korang.
TAT nasi ayam Alor Setar                       
Dalam kedai TAT nasi Ayam 
Camna rupanasi ayam ni, ni aku dah berjaya snap sekeping gambar nasi ayam untuk tatapan korang semua hasil order aku kat sini. semoga terhibur...

Restoran Cendol Pulut Haji Johari - Jitra

Jitra-Pekan Napoh, satu restoran berada di laluan menuju ke Arah negeri Perlis seringkali menjadi tumpuan dan persinggahan kepada pengunjung-pengunjung yang bercuti ke Utara terutamnya yang ke langkawi melalui jeti Kuala Perlis. Kalau singgah tengahari, boleh la makan tenghari kat sini.
Signboard restoran cendol Haji Johari
Permandangan restoran cendol Haji Johari
Sebab nama pun restoran cendol aku pun order la menu berasakan cendol....cendol pulut dengan cendol jagung. Cendol aku dah penah rasa kat banyak tempat lain..macam kat warung pokok asam, pak nik cendol, etc.

Nasi Lemak Royale (jalil) Alor Setar

Kalau dah sampai Alor Setar, orang selalu dok sebut-sebut pasal nasi royale. Aku pun dengan pantas menggunakan khidmat pakcik google, nak cari apa benda ni nasi royale ni...Rupanya kat Alor Setar ni, belambak restoran nasi royale ni..dalam banyak-banyak dok ada kat sini, aku pilih satu restoran nak try rasa...nak masuk semua mana nak cukup bajet...nak suruh aku muntah ke apa kalau satu malam nak pi melahap semua nasi royale kat Alor Setar nih, kihkihkih....
Restoran nasi lemak royale - Alor Setar
Saya aku singgah ni restoran nasi lemak royale Jalil. Rupanya restoran ni macam restoran nasi kandar gak..sebijik..cuma nasi yang diorang pakai bukan nasi putih biasa...diorang pakai nasi lemak warna kuning...lain-lain lauk sama je dengan restoran nasi kandar.

Lauk pauk pilihan nasi lemak royale
Ni la first time aku makan nasi kandar guna nasi lemak...hanya terdapat di Alor Setar Kedah. Mula-mula cam pelik gak la...sebab tak biasa la katakan...lama-lama makan, sedap pulak aku rasa. Ni aku tempek gambar rupa nasi lemak royale macam mana...

nasi lemak royale - ayam goreng, bendi rebus, kuah campoq

Pak Nik Cendol Sungai Petani


Pak NikCendol Sungai Petani
Pak NikCendol Sungai Petani - tepi jalan besar jer
Kalau ke Sungai Petani, jangan lupa singgah kat Pak Nik Cendol. Dari tol Sungai Petani Selatan, ambil kanan..jalan terus jer...kedai nak kat sebelah kiri jalan...Kat sini boleh pekena cendol sedap...Aku order cendol pulut dengan cendol jagung cam dalam gambar kat bawah nih...

Cendol Pulut - Pak Nik Cendol
Cendol jagung - Pak Nik Cendol
Selain tu, ada menu lain yang aku suka, which is koey teow goreng. Memang sedap, memang berbaloi-baloi..koey teow dia rasa cam koey teow doli kat Taiping tu..terbaik..Laksa pun ada kat sini,..not bad gak la..korang boleh cuba try test....tak suka laksa or koey teow, boleh cuba bihun sup..