Showing posts with label Pongsu Seribu. Show all posts
Showing posts with label Pongsu Seribu. Show all posts

Eifi Murtabak dan Roti Canai Flyover, Jalan Pongsu Seribu, Kepala Batas

 Eifi Murtabak dan Roti Canai ni terletak betul-betul di bawah flyover highway utara selatan yang berdekatan dengan Jalan Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang. Depa kat roti canai kat sini sedap lebih-lebih lagi depa kata roti canai sardin memang padu la. 

Eifi Murtabak dan Roti Canai Flyover
Eifi Murtabak dan Roti Canai Flyover

menu-menu roti canai
menu-menu roti canai
Di sini juga ada roti telur, roti cheese, roti planta, roti telur double, roti kaya, roti susu cheese, roti boom, roti bawang, roti kaya cheese, roti canai telur goyang.

Disebabkan musim pendemik ni, tak boleh nak makan terus kat warung tu. Kalau makan panas-panas kat situ terus, baru terangkat selera. Tapi buat masa sekarang, kita beli bungkus je dulu. Lain kain, bila covid-19 dah settle kita pi sekali lagi makan situ terus. Jangan mai hari Isnin. Isnin depa tutup.

Disertakan kat bawah ni, gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang kalau nak makan roti canai di Eifi Murtabak & Roti Canai Flyover ni.

GPS Koordinat : 5°29'49.4"N 100°26'09.2"E atau 5.497046, 100.435874

Restoran Nasi Malam Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Nasi Malam Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang

Restoran Nasi Malam yang terletak di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang ni menyediakankan menu nasi campur. Tapi bukan nasi campur untuk makan tengahari ek... Nasi campur ni untuk makan malam. Jarang ada kedai makan yang menyediakan nasi campur waktu malam. Jadi, jika nak makan nasi campur, boleh lah datang ke Restoran Nasi Malam ni.
Selain nasi campur, ada juga menu goreng-goreng di sini. Mana la tau kot-kot ada yang tak boleh makan nasi campur waktu malam kan....
Restoran Nasi Malam Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang
Menu-menu nasi campur banyak jugak di Restoran Nasi Malam ni. Petang-petang memang menjadi tumpuan orang ramai sama ada beli bungkus ataupun makan je di situ. Parking pun ada luas dan selesa disediakan.
pelbagai menu lauk-pauk untuk nasi campur

lauk-pauk, ulaman, sayur
Banyak kan lauk untuk nasi campur? sebab tu orang selalu datang restoran ni, rare sikit menunya untuk makan malam. Biasanya malam dikebanyakkan restoran, menu adalah masakan ala thai.
nasi campur

nasi goreng telur mata

koay teow goreng
Kepada yang nak datang makan nasi campur waktu malam, boleh la datang ke Restoran Nasi Malam di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.
gps koordinat : 5°29'50.2"N 100°26'19.9"E atau 5.497274, 100.438863

D'Seribu Citarasa Nasi Daging Dan Nasi Ayam, Pongsu Seribu, Kepala Batas

D'Seribu Citarasa Nasi Daging dan Nasi Ayam
Terletak di Pongsu Seribu, Kepala Batas Pulau Pinang. Berdekatan dengan Matrikulasi Pulau Pinang. Buka setiap hari kecuali hari Ahad. Ahad tutup. Waktu operasi bermula dari pukul 10.30 hingga pukul 4 petang. Boleh pilih nak makan nasi ayam atau pun nasi daging. Ada yang biasa, ada juga yang special. Kalau ambil set yang tambah air, jimat sikit. Tambah rm1 jer. Air boleh refill. Air yang boleh refill ni tak banyak. Ada 2-3 jenis jer...
antara menu D'Seribu Citarasa Nasi Daging dan Nasi Ayam

nasi daging
Selain nsi daging dan nasi ayam, ada juga makanan sup-sup, seperti bihun sup, koay teow sup.. Boleh la datang mencuba. Aku sertakan gps koordinat dan googpe map sebagai rujukan.
gps koordinat : 5°29'50.9"N 100°26'24.7"E atau 5.497473, 100.440181