Showing posts with label Ampang. Show all posts
Showing posts with label Ampang. Show all posts

Restoran mamak Selera Ampang, Wisma Central sebelah KLCC

 

Restoran Selera Ampang
Restoran Selera Ampang

Restoran Selera Ampang
Restoran Selera Ampang

Lot 1.03-1.04, Tingkat Bawah, Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur....Berdekatan dengan KLCC...kepada sesiapa yang nak makan diluar sikit dari KLCC, terutamanya food court dalam KLCC (agak mahal sikit), boleh layan kedai mamak ni, 24 jam buka...

Di Selera Ampang ni, selain nasi kandar, ada banyak lagi menu-menu makanan yang boleh korang try...roti canai wajib adala kedai mamak kannn...nak tau menu apa yang ada di Selera Ampang ni, boleh tengok menu kat bawah ni..

menu makanan
menu makanan

menu minuman
menu minuman
Lokasi yang strategik, tempat orang lalu lalang, dekat dgn KLCC pulak tu....memang sentiasa la ramai orang datang ke restoran selera Ampang ni. Kalau nak layang nasi kandar, boleh pilih lauk-lauk nasi kandar seperti gambar di bawah ni....
antara lauk/masakan nasi kandar
antara lauk/masakan nasi kandar

antara lauk/masakan nasi kandar
antara lauk/masakan nasi kandar
Aku layan roti canai ja, roti bakar dan rojak pasembor jer di sini...sebab masih awal lagi nak makan tengahari😅😅
roti canai
roti canai

roti bakar
roti bakar

rojak pasembor
rojak pasembor
Kalau korang taknak makan nasi kandar di sini, korang boleh pilih untuk makan nasi ayam...kat sini pun ada nasi ayam ooooo😁😁
ayam penyet, nasi ayam, mee kari, laksa
ayam penyet, nasi ayam, mee kari, laksa
Kalau nak makan di sini, boleh rujuk GPS koordinat dan google map seperti di bawah ni.

GPS koordinat: 3.158882092582373, 101.71447441895677

X

Restoran Beriani Ipoh, Ampang Jaya, Ampang - nasi beriani ala nasi kandar

 Restoran Beriani Ipoh yang beralamat di no 1, Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor, merupakan restoran nasi beriani yang lain macam sikit. Yang macam yang macam mana? haaaa, restoran nasi beriani, tapi macam nasi kandar pun ada. Tapi memang nasi dan lauk adalah nasi beriani, cuma cara nak ambil nasi dan lauknya cara nasi kandar.....kuah campurrrrr..

Restoran Beriani Ipoh, Ampang Jaya, Ampang
Restoran Beriani Ipoh, Ampang Jaya, Ampang

Restoran Beriani Ipoh, Ampang Jaya, Ampang
Restoran Beriani Ipoh, Ampang Jaya, Ampang
Restoran Beriani Ipoh ni dekat tingkat atas banguan. Orang tua yang sakit lutut cabaran la sikit nak panjat tangga yang agak curam tu. Tapi demi sepinggan nasi beriani ala nasi kandar yang rare ni, tangga yang curam sanggup atok panjat cuuuuu...

tengok lauk dan kari nasi beriani pun dah meleleh air liur
tengok lauk dan kari nasi beriani pun dah meleleh air liur
Nampak tak gambar kat atas tu, sebijik macam nasi kandar kan? Tu yang mantap tu bila makan. Kombinasi yang padu. Ada pelbagai jenis lauk yang sedap-sedap antaranya adalah beriani ayam merah, beriani ayam madras, beriani goreng, beriani ayam tanam, beriani kari ayam, beriani daging masala, beriani kari kambing, beriani kurma kambing, beriani kosong dan beriani telur.
beriani ayam madras, kuah campur
beriani ayam madras, kuah campur

beriani ayam madras, kuah campur
beriani ayam madras, kuah campur

menu utama restoran Beriani Ipoh
menu utama restoran Beriani Ipoh
Selain menu nasi beriani, ada juga menu lain terutamanya jenis-jenis roti canai. Kadang-kadang datang dengan anak kecil, diorang tak makan sangat kan nasi beriani, jadi boleh order roti canai untuk budak-budak.
roti canai
roti canai

senarai menu-menu yang ada di Beriani Ipoh
senarai menu-menu yang ada di Beriani Ipoh
Restoran Beriani Ipoh buka dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari Isnin hingga hari Sabtu. Ahad cuti. Parking pun ok kat depan restoran ni. Last sekali,sebagai pencuci mulut kita layan aiskrim roti pelangi..
aiskrim roti pelangi
aiskrim roti pelangi
Kepada yang beminat nak makan nasi beriani ala nasi kandar ni, boleh datang terjah di Ampang Jaya. Di sertakan juga kat bawah ni gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang ke sini.
GPS koordinat : 3°09'40.1"N 101°45'37.9"E atau 3.161138, 101.760534

enjoy jalan-jalan di ZOO NEGARA

 Ni kali kedua aku datang ke Zoo Negara. Kali pertama pada September 2018. Dah lama tak datang, rasa seronok dan excited untuk masuk sekali lagi. Compare dengan first time yang aku masuk dulu, ada lah jugak sikit perubahan yang aku dapat tengok. Kebanyakannya sama saja.

Zoo Negara Malaysia
Zoo Negara Malaysia

Pintu masuk Zoo Negara
Pintu masuk Zoo Negara
Banyak binatang-binatang yan korang boleh tengok di sini. Kalau nak ikutkan Zoo Negara ni sama je dengan Zoo Taiping di Perak. Cuma bezanya di Zoo Negara, korang boleh tengok panda. Zoo Taiping takde panda. Panda ni special sikit kandang dia. Kandang saja dah berjuta. Kalau Zoo Taiping, ada night safari.
biodata panda Fu Wa
biodata panda Fu Wa

biodata panda Feng Yi
biodata panda Feng Yi

panda sekor ni tengah tidur terkangkang
panda sekor ni tengah tidur terkangkang

yang sekor panda ni pulak tengah makan buluh
yang sekor panda ni pulak tengah makan buluh
Panda ada dua ekor dan siap ada nama lagi. Sekor nama Fu Wa dan sekor lagi namanya Feng Yi. Panda di duduk dalam bangunan khas untuk diorang. Siap ada aricond lagi. Kalau korang pun nak rasa sejuk aircond, kena la masuk melawat panda dua ekor ni. Tiket dah cover dalam tiket yang mula-mula korang masuk tu. Masa mula-mula panda ni masuk malaysia, tiket kena bayar asing.
ni la banglo panda dalam zoo negara. Besar kan?
ni la banglo panda dalam zoo negara. Besar kan?
Lain-lain binatang, banyak juga la. Budak-budak memang suka tengok binatang-binatang ni. Harimau kita boleh tengok dekat-dekat. Seram gak la. Dinding kaca je jadi penghalang kita dengan harimau tu. Ada la sikit binatang-binatang yang sempat aku snap untuk nak masuk dlm blog ni.
kuda belang
kuda belang

zirafah
zirafah

seladang
seladang

badak sumbu
badak sumbu

singa
singa

singa
singa

harimau
harimau 

harimau
harimau 
Benda baru yang ada waktu sekarang compare dengan yang lepas aku datang adalah RIMBA REPTILIA, iaitu tempat untuk tengok ular, biawak dan kura-kura. Yang rare kat sikit adalah kura-kura. Bukan biasa-biasa kura-kura ni. Kura-kura ni adalah KURA-KURA GERGASI.
bangunan rimba reptilia
bangunan rimba reptilia

sangkar ular dan biawak
sangkar ular dan biawak

kura-kura gergasi
kura-kura gergasi
Dan banyak lain la haiwan lain.... so kena datang sendiri untuk tengok semua haiwan yang ada di zoo negara ni. Selain tu, setiap hari ada pertunjukan haiwan di sini. Waktu hari biasa, persembahan tersebut sekali je. Kalau waktu cuti Sabtu Ahad, akan ada dua persembahan dalam sehari.

GPS koordinat Zoo Negara : 3°12'36.7"N 101°45'33.1"E atau 3.210186, 101.759180

nikmati makanan arab di restoran Wadi Hadramawt, Ampang Kuala Lumpur

 Semenjak balik dari Umrah, teringat-ingat plak makan nasi arab masa di Madinah dan Mekah. Rasa keaslian nasi arab di sana memang terbukti padu. Jadi nak cari nasi arab yang sama rasa macam di Arab memang payah la... walaupun tukang masak yang di Malaysia ni adalah orang arab. Mungkin bahan-bahan mentah Malaysia dengan Arab lain sikit kot. Iye la kan takat pak arab nak pakai rempah kari alagapas...hihihi.

restoran Wadi Hadramawt, Ampang Kuala Lumpur
 restoran Wadi Hadramawt, Ampang Kuala Lumpur

restoran Wadi Hadramawt, Ampang Kuala Lumpur
 restoran Wadi Hadramawt, Ampang Kuala Lumpur

So, disebabkan itu, terjumpa la restoran Wadi Hadramawt di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang bersebelahan dengan stesen minyak petronas dan kedai jual kereta, Hamza Motors Sdn Bhd. Masuk je dalam restoran, semua pekerja orang arab daaa.... ingat nak kena speaking london masa nak order, tapi diorang dah fasih bahasa melayu...fuh, tak sempat aku nak tunjuk skill berabuk aku speaking london.

dessert
dessert

menu utama nasi arab
menu utama nasi arab

Sebenarnya ada lagi menu-menu lain, aku cuma ambil menu utama je untuk tunjuk kat korang. Antranya adalah lamb mandy, quarter lamb mandy, lamb haneeth, oven baked chicken, Lamb Madghout, chicken kabsa, half chicken mandy, lamb buramlamb kabsa, chicken madghout.
Manakala untuk dessert pula, korang boleh try sama ada dates masoob, mix fruits large, Banana masoob, kulafa....
jus mango ni memang padu!
jus mango ni memang padu!

dessert ni ingatkan free, rupanya tengok bil RM16!
dessert ni ingatkan free, rupanya tengok bil RM16!

chicken madghout
chicken madghout

lamb mandy
lamb mandy

sambal
sambal

Pastinya hingga menjilat jari....
Kepada yang nak mencuba nasi arab di Wadi Hadramawt, Jalan Ampang Kuala Lumpur ni, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat Wadi Hadramawt : 3°09'40.3"N 101°43'47.3"E atau 3.161197, 101.729799

Restoran mamak Safreen, Taman Cempaka, Ampang

Restoran Safreen, Taman Cempaka, Ampang

dalam restoran Safreen
Peminat-peminat mamak...opssss!!  Peminat-peminat makan di restoran mamak sekiranya korang berada di Taman Cempaka, Ampang, boleh la singgah di Restoran Safreen. Restoran ni berkembar dengan pasaraya Matahari. Standard makan di restoran mamak, roti canai dan segala jenis roti mesti ada...
ni la roti canai restoran safreen
Yang nak makan berat-berat sikit, macam nasi lauk campur, boleh la nak makan di sini. Ada banyak jugak lauk pauk yang ada. Semua dimasak mamak style ler... takde melayu style...
banyak menu yang best-best

ikan-ikan goreng pun ada

laku keras kalau di restoran mamak, ayam goreng ler...
Boleh la datang sini buat perindu-perindu restoran mamak..awwwummmm dapnyer.... Aku kasi gps koordinat dan juga google map sebagai panduan untuk korang.
gps koordinat : 3°08'13.2"N 101°44'51.2"E atau 3.137008, 101.747546