Resepi Popia Basah kulit buatan sendiri

popia basah
popia basah

Bahan-Bahan:
Bahan Kulit:
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan Inti Popia:
  • 1/2 biji kobis – di racik halus
  • 3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
Bahan Sos Sambal:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar – jika suka
Cara Membuat:
Kulit Popia:
  • Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
  • Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
  • Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat.
Inti Popia:
  • Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  • Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
Sos Sambal:
  • Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  • Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
  • Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.
Tip:
cara penyediaan popia bergantung pada citarasa. Jika anda hendak letakka sambal dahulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pun boleh. Ikut selera anda.

No comments:

Post a Comment