Resepi Chocolate Lava Cake

Chocolate Lava Cake
Chocolate Lava Cake

Bahan-bahan:
  • 5 sudu besar butter
  • 100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
  • 2 biji telur saiz besar
  • 1 kuning telur saiz besar
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar tepung
  • 2 sudu kecil serbuk koko
  • 1 secubit garam
  • 4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter
Cara penyediaan:
  • Panaskan oven – 200degree (atas bawah) 180degree (hot air/udara panas)
  • Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” , atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.
  • Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
  • Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yg tebal yg telah disapu dgn butter.
  • Kalau ada masa sejukkan dulu adunan di dalam freezer selama 5 minit namun kalau taknak boleh terus masuk oven.
  • Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava. Kalau tak nak masuk oven boleh steam. Atau boleh juga guna teknik “waterbath” kalau nak, tapi make sure pakai ramekins lah yer.  Angkat dan biarkan sejuk seketika dan hidangkan.

RESEPI KASWI PANDAN

 

kaswi pandan
kaswi pandan

Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air + 4 helai daun pandan blender dan tapis(pastikan dapat 2 cawan juga air daun pandan tu tau..kalau kurang tambah air)
  • 4 sudu besar air kapur
  • Sedikit pewarna hijau
  • kelapa ambil putih sahaja
  • sedikit garam
Cara-cara:
  • satukan tepung gandum,tepung beras dan gula.
  • masukkan air daun pandan,air kapur dan sedikit pewarna gaul sebati dan tapis.
  • sapu minyak pada acuan dan tuang adunan.
  • kukus 30 minit
  • sejukkan dulu sebelum potong
  • gaul kelapa.
Kredit resepi: Nur Eisya MAHN 

Restoran Selera Nogori, Seremban, Negeri Sembilan

 

Restoran Selera Nogori,  Seremban
Restoran Selera Nogori,  Seremban

Restoran Selera Nogori,  Seremban
Restoran Selera Nogori,  Seremban
Kalau korang ada kat Seremban, Negeri Sembilan, nak makan nasi campur berlaukkan masakan orang negeri sembilan, boleh la singgah di Restoran Selera Nogori. Di restoran ni banyak pilihan makanan yang korang makan. Restoran pun luas dan selesa..kalau dah penuh di bahagian bawah, korang boleh naik ke tingkat atas.
ada kuih-kuih
ada kuih-kuih

pelbagai jenis masakan yang ada di restoran ni
pelbagai jenis masakan yang ada di restoran ni

ada ikan bakar
ada ikan bakar

Kepada yang nak try makan di restoran ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 2°42'27.1"N 101°55'09.6"E atau 2.7074992309852455, 101.9193211273443

https://maps.app.goo.gl/oqXdEJNPb1DCjQ1K9


Restoran Thai Smile - Original Thai Food

 

Restoran Thai Smile - Original Thai Food
Restoran Thai Smile - Original Thai Food
Thai Smile ni adalah restoran masakan ala thai yang terletak di Jalan Perda Jaya, Kawasan perniagaan perda jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Restoran ni macam eklusif jugak la...lain dari yang lain yang kebiasaan yang kita makan di restoran masakan ala thai.
tempat makan yang selesa
tempat makan yang selesa
Tempat makan pun selesa...siap dengan aircond lagi...so korang takde l kepanasan....makanan panas-panas takpa😆😆..

Banyak juga menu makanan yang menarik yang ada di restoran Thai Smile ni...makanan pun nampak macam eklusif..macam makan kat hotel😅...Menu apa yang ada di sini?, boleh tengok gambar-gambar menu kant bawah ni....

Thai Smile - Original Thai Food menu
Thai Smile - Original Thai Food menu

Thai Smile - Original Thai Food menu
Thai Smile - Original Thai Food menu

Thai Smile - Original Thai Food menu
Thai Smile - Original Thai Food menu

Thai Smile - Original Thai Food menu
Thai Smile - Original Thai Food menu

Thai Smile - Original Thai Food menu
Thai Smile - Original Thai Food menu

Thai Smile - Original Thai Food menu
Thai Smile - Original Thai Food menu
Dalam banyak-banyak menu tu, aku pilih untuk makan green kari thai style, kangkung goreng belacan, dan daging harimau menangis yang dimakan bersama nasi putih. Air aku pilih sirap bandung dan sirap limau...
sirap bandung dan sirap limau
 sirap bandung dan sirap limau

kangkung goreng belacan
kangkung goreng belacan

sambal belacan dan timun
sambal belacan dan timun

green kari thai style
green kari thai style

daging harimau menangis
daging harimau menangis
Ternyata menu yang aku makan ni memang padu, memang sedap..terutamanya green kari thai style...dengan rasa berlemak dia.....ngam betul😋😋😋😋..

Sangat recommended untuk korang try makan di sini..Boleh cari berhampiran dengan simpang nak masuk ke bnadar Perda dan bersebelahan dengan stesen petronas. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat:  5.363806199932666, 100.43327164240503 

https://maps.app.goo.gl/sREVdWnkdaGHFJfr7