Resepi Roti John

Roti John
Roti John

Bahan-bahannya:
  • Telur
  • Serbuk perasa
  • Lada putih
  • Daun sup
  • Bawang putih goreng
  • Sosej, filet ketam, atau daging burger (ikut apa yang ada di dalam peti ais)
  • Kobis yang diracik halus
Cara-cara membuatnya:
  • 5 biji telur atau lebih dikocak rata. Campurkan dengan serbuk perasa, daun sup, bawang putih yang telah digoreng dan lada putih. 
  • Kemudian, masukkan isi seperti sosej atau daging burger. Masukkan sekali kobis yang telah diracik halus dan goreng seperti telur dadar. 
  • Selepas itu, tempelkan pada roti. Akhir sekali boleh tambah perisa sos atau mayonis.

No comments:

Post a Comment