Kaysorn Souvenir, Hatyai |
Kaysorn Souvenir, Hatyai |
Di sini adalah salah satu gudang untuk membeli belah yang terdapat di Hatyai. Kebanyakan orang yang mengunjungi tempat ini adalah orang Malaysia. Korang akan lihat bila musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu atau cuti perayaan, pasti dan pasti ramai pelancong dari Malaysia akan ke sini untuk mendapatkan cenderamata Hatyai.. Sekali datang berbas-bas, mana tak penuh satu kedai dengan rakyat Malaysia jerπ
π
pelbagai baju yang cantik-cantik |
pelbagai baju yang cantik-cantik |
Pelbagai jenis corak & jenis baju yang terdapat di sini. Saiz juga available bermula dari bayi sehingga orang dewasa. Kain baju di sini dikatakan lebih berkualiti dan pastinya harga sedikit berbeza dari pasaran luar. Mudahnya di sini, saiz dan corak baju yang begitu banyak membuatkan kita rambang mata.
baju-baju tshirt |
Kat sini juga ada banyak keychain and fridge magnet tapi harganya sama je dekat tempat lain, cuma korang ada banyak pilihan la di sini. Jadi bolehlah borong kalau nak bagi hadiah kat orang lain.. atau souvenir untuk kawan-kawan atau keluarga.
Beg kat sini ada macam-macam size. Pelbagai kegunaan. Beg dompet kecil atau beg barang yang besar pun ada di sini..
Selain itu, ada jugak jual produk barangan keluaran Thailand seperti Meggi, pes tomyam, beras, kacang, coklat, dan lain-lain. Harga mahal sikit la compare denga ntempat lain. Sebab kedai dia more to souvenir..
Jadi jangan lupa singgah sini bila dah datang Hatyai..
Sebagai panduan lokasi Kaysorn ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan.
GPS Koordinat: 7.003432811346121, 100.47892361902207
No comments:
Post a Comment