RESEPI NASI GORENG

nasi goreng
nasi goreng

(untuk 3-4 orang makan) nak buat banyak..lebihkan bahan.

Bahan-bahan:
  • Nasi putih 
  • Segenggam ikan bilis
  • 3 biji telur
  • Sayur (miya suka taruk kacang panjang dan karot (potong dadu))klau nk buh kangkung,atau syur lain ok ja ...kalau tak suka sayur tak yah buh
  • Udang kering dua sudu kecil* (rahsia penyedap )
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Cili padi* (ikut suka korang tapi lagi pedas lagi sedap)
nota: bahan bertanda (*)..sila tumbuk ya..tumbuk lagi sedap lagi buat nasi goreng kita bertambah sedap...Ni petua org tua...jangan degil dan derhaka hahaha

Cara-cara:
  • panaskan Sedikit minyak masukkan telur ..Biar telur mgeras dulu sat then baru kacau biaq telur jadi hancur-hancur sedikit kasar..angkat dan ketepikan dulu
  • Tambah sedikit lagi minyak.. goreng garing ikan bilis..Angkat dan ketepikan dulu.
  • GUNA minyak ikan bilis tadi(ni tips penyedap tau)..masukkan bahan tumbuk tadi kacau hingga hampir layu atau hampir garing..Masukkan garam dan serbuk perasa siap-siap..masukkan sayur.
  • Kacau sebati masukkan nasi putih kacau sebati ,hancur-hancur kan dengan sudip supaya nasi tak berketul dan akhir sekali masukkan telur dan ikan bilis yg kita goreng tadi.Kacau sebati dan sekata dan sayur dah layu...tadaa siap.
Nota : kalau nk nasi berkilat sebelum tumis bahan tumbuk tu lebihkan sikit minyak tapi jangan banyak sangat..agak-agak je hehehe..tp selalu miya lebihkn siap-sap masa goreng ikan bilis tu..guna minyak lebihan lepas goreng ikan bilis tu je..sedap wei..nak Nasi goreng berderai cntik.pastikan nasi putih kita tu jangan lembik tau.😁

Kredit Resepi: miya aira via mahn

No comments:

Post a Comment