RESEPI KUIH TALAM KACANG MERAH

KUIH TALAM KACANG MERAH
kuih talam kacang merah

BAHAN LAPISAN BAWAH:
  • ½ tin kacang merah
  • 250gm tepung beras
  • 80gm tepung gandum
  • 80gm gula
  • 1 sudu teh tepung ubi
  • 500ml air
  • 350ml santan
  • Pewarna warna jambu secukupnya
 BAHAN LAPISAN ATAS:
  • 150gm tepung gandum
  • 150gm gula kastor
  • 450ml air
  • 250ml santan
  • 1 sudu teh tepung ubi
  • 1½ sudu teh garam
 CARA MEMASAK:
  • Untuk membuat lapisan bawah, satukan kesemua bahan kecuali kacang merah.
  • Kemudian tapiskan ke dalam periuk dan didihkan di atas api sehingga naik wap.
  • Seterusnya masukkan kacang merah dan dikacau rata.
  • Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
  • Untuk membuat lapisan atas pula, satukan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk.
  • Kacau di atas api sederhana sehingga naik wap.
  • Setelah itu, tuangkan ke atas loyang lapisan bawah tadi.
  • Akhir sekali, kukus selama 30 minit. 

No comments:

Post a Comment