|
Restoran Nasi Beriani Buluh, Bertam Kepala Batas |
|
Restoran Nasi Beriani Buluh, Bertam Kepala Batas |
Restoran Nasi Beriani Buluh ni ada beberapa cawangan. Di Bertam ni, yang ni kira macam baru la...sebelum restoran beriani buluh ni ambil alih, ada beberapa restoran pernah berniaga di sini, tapi tak bertahan lama...moga-moga Restoran Nasi Beriani Buluh ni dapat bertahan lama laπππ... Tapi kalau service diorang tiptop, makanan pun sedap, tak mustahil akan bertahan lama...
|
Kaunter ala-ala macam restoran fast food |
Menu nasi beriani di sini takda la pelbagai lauk, tapi standard beriani yang kebiasaan orang makanan ada di sini. Yang ada kelainan sikit adalah di Restoran Nasi Beriani ni, diorang ada nasi beriani lamb shank dan juga beriani set dulang. Gambar kat bawah ni adalah menu yang diorang sediakan di restoran ni....
|
menu restoran nasi beriani buluh |
Aku beli takeaway jer...jadi takde la gambar sepinggan nasi beriani yang aku order tuπππ...Tapi dari segi kesedapan tu, memang sedap la..mungkin lagi syahdu kalau makan dine-in terus kat situ la kot...
Pada ada sedap dan sesuai untuk di makan bersama keluarga....Korang boleh cari Restoran Nasi Beriani Buluh ni di Pusat Bandar Bertam, bersebelahan dengan restoran anjung satey. GPS koordinat dan google map adalah seperti berikut:
GPS koordinat: 5°31'01.6"N 100°26'52.8"E atau 5.517115525140408, 100.44799642733992
https://maps.app.goo.gl/jGNCLDFqCxMid7Sy6
Alhamdulillah terima kasih sudi promote restoran kami. Semoga tuan diberi kemudahan dan rezeki sebanyak buih dilautan.
ReplyDeleteya sedap, haritu singgah nk beli air shuib tu, ternampak kedai ni. Esok nya pergi cuba makan memang kena dengan selera. Rupanya ade cawangan lain. asalnye dari KL tak silap kan? Papepun moga maju jaya dan terus berjaya ya. Terus kekalkan kesedapan tu…
ReplyDelete