KEK COKLAT MOIST |
BAHAN BAHAN KEK:
- 240g Tepung gandum
- 60g serbuk koko
- 230g gula
- 1 cawan minyak
- 1 cawan susu cair (guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air pun boleh )
- 5g asen vanila
- 5g sodium bikarbonat
- 2 biji telur
CARA-CARA:
- Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati (Sebelum tu panas pengukus dulu )
- Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi.
- Ikat kain pada penutup periuk pengukus.
- Kukus kek selama 60 minit (Dah boleh mula check kek dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau dah ok boleh tutup api )
BAHAN TOPPING:
- 30g serbuk koko
- 2 sudu minyak masak
- 1 cawan susu pekat manis
- Coklat rice
CARA-CARA:
- Campurkan susu pekat manis, minyak dan serbuk koko dan gaul secara double boil. Agak agak likat terus angkat.
CARA HIDANG:
- Setelah kek sejuk, letakkan toping keseluruhan kek.
- Taburkan coklat rice.
- Siap!
TIPS:
Kukus kek lebih moist berbanding bakar.
Topping boleh adjust ikut selera masing masing, lebihkan/kurangkan susu atau serbuk koko.
Letak topping ketika kek sudah sejuk.
Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat cupcake. (Kukus 20 minit )
Selamat mencuba!
Kredit resepi: Nor Fahimah Abdul Halim.
No comments:
Post a Comment