|
97 Pavilion Food Space |
Salah satu port makan yang ala-ala hipster sikit di Kepala Batas, korang boleh cari 97 Pavilion Food Space yang terletak di Jalan Pokok Sena, Kampung Banggul, Kepala Batas, Pulau Pinang. Sebenarnya macam food court la jugak ni,,,Ada banyak gerai-gerai jual makanan di sini dengan pelbagai makanan, cuma bezanya dengan food court yang biasa tu adalah di sini bila order terus bayar..boleh bayar terus melalui online transition..
|
97 Pavilion Food Space ni ada 2 tingkat |
|
ada banyak gerai-gerai makanan |
Walaupun 97 Pavilion Food Space ni nampak macam parking terhad kalau dari jalan utama, sebenarnya diorang ada sediakan tempat parking percuma di bahagian belakang dan yang menariknya dari parking tersebut ke kawasan kedai ada disediakan laluan berbumbung....
|
nasi set ikan keli |
|
set nasi daging danok |
|
nasi goreng chicken chop |
|
char koay teow |
|
koay teow kerang |
So, gambar-gambar kat atas tu lah yang aku dan famili aku makan....cuma bagi aku char koay teow tu agak kering sikit la...biasa kalau yang biasa aku makan, char koay teow tu macam berkuah sikit...tapi tu ikut tekak masing-masing la....
Jika korang nak datang ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
GPS koordinat: 5°28'46.9"N 100°27'27.6"E atau 5.479695123300226, 100.45766587792573
No comments:
Post a Comment