RESEPI MAKARONI GORENG KARI

makaroni goreng kari
makaroni goreng kari

Bahan-bahan:
  • 3 cawan makaroni
  • 1 periuk air
  • 2 sudu besar minyak masak (untuk rebus makaroni)
  • 1 sudu besar garam (untuk rebus makaroni
  • 1/2 biji bawang besar (di mayang)
  • 4 ulas bawang putih (di cincang atau potong dadu)
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
  • 1 mangkuk isi ayam kisar (brand Ramly)
  • 1/3 batang lobak merah (di hiris dadu kasar)
  • 1/4 biji capsicum hijau (di potong dadu kasar)
  • 1 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pedas MAHSURI
  • 1 senduk minyak masak
Cara-cara:
  • Panaskan air dalam periuk dan masukkan makaroni, garam dan minyak. Masak hingga makaroni betul betul kembang. Kemudian angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan isi ayam dan kacau hingga masak. Kemudian masukkan serbuk kari ayam, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap pedas. Kacau lagi hingga sebati. Masukkan sedikit air rebusan makaroni.
  • Masukkan lobak merah, capsicum dan makaroni tadi. Kacau hingga semua bahan rata dan sebati. Perasakan dengan garam jika perlu. Saya tak letak sebab sos tiram dah masin.
  • Tadaaa! Dah siap makaroni goreng kari yang sedap dan tak muak. Lagi pedas lagi sedap. 
Kredit resepi: Nor Zahida Aini 

No comments:

Post a Comment