Ternyata selain buahnya yang sedap dimakan,bahagian-bahagian lain pokok ini juga mempunyai banyak khasiat:
DAUN:
Untuk bayi yang diserang penyakit kuning,
Cara:mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya.
merawat sawan@sawan tarik.
Cara:kerap mandi dengan memasukkan daun ini ke dalam air mandian. Guna beberapa helai daun, lagi banyak lagi bagus.
Merawat:
Gatal-gatal kulit yang ringan.
Jerawat, panau dan sakit-sakit sendi.
kulit muka.
Cara:Ambil beberapa helai daun, tumbuk halus dan dilumurkan pada tempat yang dimahukan.
BUNGA:
Rawat sakit gigi:
Cara: Bunga ditampal digigit yang sakit.
Rawat batuk:
Cara 1: Bunga direbus dgn gula batu (rock Sugar) dan minum airnya.
Cara 2, bahan-bahan:
Segenggam bunga belimbing buluh.
Sedikit jus dari pegaga yg ditumbuk.
2 biji bawang merah
Kulit kayu manis sebesar jari kelingking.
CARA: Rebus semuanya,tapis dan campurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.
BUAH:
menurunkan tekanan darah tinggi
merawat pitam
Cara: Petik 3 biji buah belimbing buluh.
Potong kecil-kecil dan rebus bersama air.
Minum air rebusannya selepas mengambil sarapan pagi, setiap hari.
No comments:
Post a Comment