|
Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari |
|
Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari |
Nasi Kahwin Hari-Hari yang aku terjah ni ada Restoran Nasi Kahwin Hari-Hari. Sebenarnya dioarang ada satu lagi gerai yang viral yang diorang buka di celah-celah lorong. Kedua-duanya di Bukit Bintang. Gerai lorong dan restoran ni berdekatan jer...Yang restoran ni beralamat di Jalan Beremi, Bukit Bintang, manakala yang di celah-celah lorong tu adalah di lorong Jalan Berangan, juga di Bukit Bintang. Restoran ni sebenarnya di tingkat bawah rumah flat...
|
kena beratur untuk pilih lauk |
|
makan kat restoran ni selesa la sikit |
Menu diorang ni berkonsepkan menu kenduri kahwin orang utara. Di sini nasi yang diorang sediakan adalah nasi hujan panas. Pilihan lauk pula adalah masakan ayam rose terangkat, ayam madu dua, daging masak hitam, kambing pasamah, gulai ikan termenung dan ayam goreng berempah, serta tidak ketinggalan papadom. Air pun air kenduri standard iaitu air sirap yang disediakan percuma dan boleh refill...
|
senarai menu dan harga Nasi Kahwin Hari-Hari |
Gambar kat atas tu senarai harga setipa menu di sini. Tapi ni tertakluk kepada perubahan la...aku biasanya dalam posting blog aku, jarang nak bagitau harga, sebab harga mungkin berubah berdasarkan ekonomi semasa😅😅...
|
nasi kenduri yang aku order |
|
nasi hujan panas, daging masak hitam, jelatah timun |
|
nasi hujan panas, ayam madu terangkat, jelatah timun |
|
nasi hujan panas, ayam goreng, jelatah timun |
Aku boleh cakap semua menu memang padu...terasa macam betul-betul makan kenduri ala kampung belah-beah utara...syahdu oooo...teringat masa kenduri kahwin aku dulu-dulu....
Kepada yang nak datang ke sini, boleh cari di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Tapi korang kena masuk ke dalam sikit baru boleh jumpa Nasi Kahwin Hari-Hari ni..Diorang buka seawal jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam. Boleh pilih nak makan di warung celah-celah lorong atau nak makan di restoran..
Bagi memudahkan korang, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang.
GPS koordinat: 3°08'51.0"N 101°42'36.2"E atau 3.147506, 101.710057
No comments:
Post a Comment