RESEPI AYAM TANDORI

AYAM TANDORI
AYAM TANDORI

Bahan bahan: (untuk 2 ekor ayam dipotong 4)
Campuran rempah ratus:
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar cserbuk jintan putih
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 2 inci hirisan halia
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 ikat daun pudina
  • 2 biji buah lemon
  • 1 cawan susu cair
  • 2 ikat daun ketumbar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit pewarna merah
Cara membuat tairu:
  • Potong lemon dan gunakan 1/2 sahaja. 
  • Kemudian perahkan ke dalam satu cawan susu cair. 
  • Kacau sehingga sebati. 
  • Susu cair akan berubah tekstur. 
  • Kalau malas nak buat, cuma beli plain yogurt sahaja.
Cara membuat bahan perapan:
  • Campurkan kesemua bahan-bahan rempah ratus ke dalam mesin pengisar. 
  • Perah satu biji lemon ke dalamnya. Kemudian masukkan tairu atau plain yogurt. 
  • Kisar bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
  • Kemudian sediakan ayam dan lumurkan bahan perapan kesemua tempat.
  • Perapkan ayam di dalam beg kedap udara. 
  • Hal ini bertujuan untuk mendapatkan rasa dan aroma yang lebih kuat ke dalam ayam. 
  • Perap ayam selama 5 jam.
  • Kemudian bakar di dalam oven bersuhu 170C selama 1 jam. 
  • Kalau nak cepat, boleh goreng seperti biasa ..
Selamat Mencuba..

No comments:

Post a Comment