Resepi Rendang Ayam

Rendang Ayam
Rendang Ayam

Bahan-bahan: (5-6 orang)
  • 5-6 ketul ayam
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 7 biji cili padi
  • 3-4 batang serai – dititik
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose / serbuk kari
  • 1 sudu besar gula Melaka
  • 1 mangkuk santan
  • 5 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam dan gula
Cara-cara:
  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.
  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.
  • Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan ayam.
  • Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
  • Masak sehingga kuah pekat.
  • Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat.
Selamat mencuba 

No comments:

Post a Comment