Menikmati panorama menarik di BOH Sungai Palas Tea Centre, Cameron Highlands

BOH Sungai Palas Tea Centre
BOH Sungai Palas Tea Centre

BOH Sungai Palas Tea Centre
BOH Sungai Palas Tea Centre
Ladang Teh BOH Sungai Palas tea centre ni terletak di atas bukit. Aku ni kira first time la sampai ke BOH Sungai Palas walaupun dah banyak kali datang ke Cameron Highlands. Aku macam tak pernah terfikir untuk datang ke BOH Sungai Palas dan lagipun aku tak pernah tahu pun akan kewujudan BOH Sungai Palas niπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Kalau dari Brinchang, Landmark lokasi adalah ada simpang ke kiri selepas Kea Farm. Dari Simpang tu nak naik ke atas akan melalui jalan bukit ladang teh yang adakalanya agak sempit bila nak berselisih kereta.

Korang kena drive sampai la korang akan terjumpa parking kereta yang agak luas dan besar serta selesa la untuk nak parking...Tapi itu bukan pengakhiranya...😁😁😁

laluan ke atas BOH tea centre bermula di sini
laluan ke atas BOH tea centre bermula di sini

bermula di sini
bermula di sini

tengah-tengah perjalanan ada tempat untuk bergambar berlatar belakang 'BOH'
tengah-tengah perjalanan ada tempat untuk bergambar berlatar belakang 'BOH'

Pandangan dari atas laluan yang korang kena hadap
Pandangan dari atas laluan yang korang kena hadap
Cer tengok laluan tu, agak tinggi jugak kan...tapi jangan risau sebab takde la penat sangat..enjoy jer mendaki...sambil naik anak tangga, sambil enjoy view ladang teh yang cantik...Bila dah sampai di atas, lagi cantik permandangan yang korang boleh tengok sambil ber OOTD😍😍😍😎
ada cafe yang korang boleh minum teh boh dan juga makan-makan
ada cafe yang korang boleh minum teh boh dan juga makan-makan

ada juga Tea Shop yang korang boleh shopping produk BOH
ada juga Tea Shop yang korang boleh shopping produk BOH
Terdapat anjung dengan view ladang teh yang cantik, sesuai untuk bergambar...Selain tu, yang paling best, korang boleh melawat masuk ke kilang memproses teh yang terdapat di sini. Korang boleh tengok proses-proses untuk menghasilkan teh...cuma packaging tak di buat disini...Ada masa tertentu untuk melawat kilang tersebut dan tidak dibenarkan untuk ambil gambar bila berada dalam tu..so aku tak boleh nak explain kat korang la proses tu..kena datang sendiri tengokπŸ˜…
kilang pemprosesan BOH
kilang pemprosesan BOH

waktu yang ditetapkan untuk lawatan ke kilang BOH
waktu yang ditetapkan untuk lawatan ke kilang BOH

tour kilang BOH bermula di sini
tour kilang BOH bermula di sini

teh dari daun hijau ke serbuk teh
teh dari daun hijau ke serbuk teh

permandangan dari balcony cafe
permandangan dari balcony cafe

balcony cafe
balcony cafe
Satu pengalaman yang menarik la bagi aku yang first time sampai ke BOH Sungai Palas Tea Centre niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...Korang pun patut singgah ke sini kalau ke Cameron Highlands....Wajib datang ladang teh!

Sebagai panduan bagi yang first time nak ke sini, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 4°30'57.3"N 101°24'58.4"E atau 4.515915, 101.416214

No comments:

Post a Comment